29~31 May - BANDUNG
Sebaik mendapat pelepasan 4 hari sempena cuti Hari Kenaikan Isa Al-Masih (Cuti umum di Indonesia) dan juga cuti ganti Isra' Mi'raj pada hari Jumaat, aku terus hubungi sepupu di Bandung pada Khamis malam untuk memberitahu aku mahu ke sana pada keesoakan harinya.. Plan nak beli tiket keretapi malam itu juga tapi sayang agak terlambat kalau mahu beli di コンビニ (Convenience Store) atas jam 1900 kerana semua sistem online ditutup.. Kalau nak juga harus ke stasiun kerana di situ sistem operasi 24 jam.. Apabila diberitahu aku boleh beli on the spot sebelum naik pada keesoakan harinya, aku nekad mengambil risiko..
Bangun awal sekitar jam 0430, aku sudah keluar rumah selepas solat Subuh sekitar jam 0515 lalu naik ojek ke Stasiun Gambir dengan bayaran IDR 10k (RM 3).. Agak cuak apabila melihat bilangan pengunjung yang turut beratur panjang untuk membeli tiket di situ.. Alhamdulillah aku dapat membeli tiket keretapi ke Bandung pada harga IDR 110k dan berlepas pada jam 0545.. Perjalanan memakan masa selama 3 jam dan aku selamat tiba di stasiun Bandung sekitar jam 0900.. Sepupu aku datang jemput naik motor dan daripada situ kami pergi ke Tangkuban Parahu yang mengambil masa kira-kira 90 minit.. Mujur naik motor kerana kondisi jalan yang agak macet mungkin mengambil masa lebih daripada 3 jam kalau bernasib baik!
Tangkuban Parahu sememangnya tempat yang agak menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan dia mirip seperti melawat Great Wall of China di Beijing.. Agak terkejut apabila diberitahu kami perlu mengambil penunjuk jalan ketika mahu melawat Kawah Domas kerana kononnya ia sudah bukan milik kerajaan (swasta).. Awalnya dia minta bayaran IDR 150k tapi selepas nego kami dapat pada harga IDR 50k tapi perlu ikut serta dengan 2 lagi Indonesian yang ingin melawat tempat yang sama.. Pengalaman yang luar biasa di Kawah Domas kerana suasana di sekeliling seolah-olah anda berada di dalam gunung berapi (笑) Selepas itu kami berjalan-jalan mengambil foto di Tangkuban Parahu sebelum beransur pulang..
Ternyata pengembaraan kami tidak berakhir di situ sahaja apabila mendapati tayar motor belakang sepupu aku bocor.. Sangkaan awal risau ada orang yang berniat buruk di situ tapi bila melihat bilangan pengunjung lain selepas itu yang turut mengalami masalah yang sama kononnya perubahaan tekanan di dalam tayar akibat daripada perbezaan suhu di luar yang agak panas.. Agak lama menunggu lori kecil hadir bagi membolehkan motor sepupu itu diangkat dan langsung di bawa ke bengkel yang terletak berdekatan dengan kawasan peranginan ini.. Sebelum terlupa kami dikenakan bayaran masuk sebanyak IDR 35k memandangkan masing-masing mempunyai KITAS.. Kalau tidak ada, pelancong asing dikenakan caj IDR 75k seorang!
Mujur kos untuk menampal tayar yang bocor itu cuma IDR 6k jadi kami dapat pulang dengan aman pada hari itu.. Perjalanan dari Tangkuban Parahu ke Jatinangor iaitu tempat sepupu aku tinggal ternyata mengambil masa lebih daripada 3 jam! Oleh kerana esoknya sepupu aku ada kelas, aku terpaksa berjalan seorang diri.. Mujur ada servis kereta sewa berserta supir pada harga IDR 270k sehari (tidak termasuk duit minyak, tol, makan supir, dan parkir) membolehkan aku merancang perjalanan keesokan harinya dengan lancar.. Bertolak dari rumah sekitar jam 0900, langsung berlepas ke lokasi pertama iaitu Gedung Sate yang terletak di kota Bandung..
Mereka bukan dilahirkan sebegini.. |
Malangnya waktu itu mereka sedang ada tetamu dari luar membuatkan orang lain hanya dibenarkan masuk selepas jam 1600 (-_-") Lokasi ke dua iaitu Muzium Geologi juga tiada rezeki apabila diberitahu di pintu masuk bahawa hari Jumaat tempatnya ditutup! (笑) Langsung lanjut ke destinasi seterusnya iaitu Gedung Merdeka, lagi dikejutkan dengan berita ia dibuka pada jam 1400 selepas Solat Jumaat (笑) Oleh kerana belum makan lagi pagi itu, aku minta supir menghantar ke restoran Karnivor yang agak terkenal di Bandung kerana menyajikan makanan pada saiz yang luar biasa.. Tiba di lokasi pada jam 1100, dan makanan yang dipesan hanya tiba pada jam 1130! Mujur sempat pergi mengerjakan solat Jumaat di masjid berdekatan sekitar jam 1200..
Selesai solat, supir terus membawa aku ke Gedung Merdeka dan kami tiba di destinasi sebelum jam 1300.. Oleh kerana masih ada masa, aku terus bergerak seorang diri dengan jalan kaki ke Jalan Braga, kemudian lanjut ke Pasar Baru sehinggalah ke Masjid Raya Bandung! Kagum dengan Pasar Baru dengan bilangan pengunjung ramai rata-rata dari Malaysia! Mujur tiba di Gedung Merdeka betul-betul jam 1400, dapat mengunjungi muzium yang menempatkan tapak sejarah Asian-African Conference (Bandung Conference) pada tahun 1955.. Kebetulan ada pameran budaya keris dan pedang Samurai di lokasi yang sama! Berada di sana selama 30 minit sebelum bertolak ke objektif utama hari itu iaitu Saung Angklung Udjo..
Mujur sampai di situ awal beberapa minit sebelum jam 1500 iaitu waktu persembahan mereka.. Secara jujur persembahan selama hampir 2 jam itu merupakan antara persembahan terbaik aku pernah lihat selama ini.. Saung Angklung Udjo semestinya destinasi terbaik buat mereka yang ingin ke Bandung! Tiket masuk hanya IDR 100k, tapi pengalaman yang anda bakal rasa benar-benar berbaloi.. Selesai persembahan, aku bergerak menuju ke Caringin Tilu (Cartil), salah satu destinasi yang kurang mendapat tumpuan tapi menarik kerana lokasinya di atas bukit yang membolehkan anda melihat kota Bandung daripada atas! Solat Maghrib di atas puncak sebelum beransur pulang ke Jatinangor.. Singgah di Jatinangor Town Square (Jatos) untuk menonton Edge of Tomorrow bersama sepupu..
Keesokan harinya pulang ke Jakarta dengan menaiki mini van yang ternyata lebih murah, cuma IDR 60k.. Tapi nak naik harus ke Balubur Town Square (Baltos) yang terletak di Kota Bandung jadi perlu ke naik shuttle dari Jatinangor terlebih dahulu.. Mujur perjalanan kali ini berjalan dengan lancar tanpa kendala besar; cuma sayang dah dapat cuti 4 hari tapi pergi yang dekat-dekat sahaja sedangkan inilah peluang untuk pergi ke destinasi jauh seperti Surabaya ke, Yogjakarta ke.. Semoga ada rezeki dan peluang yang sama lagi di masa akan datang, insyaAllah..
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini..
Salam,,blog nya cantik sangat (y) .. nak izin share pakej ke Bandung kami ni..
ReplyDeleteBandung Trip 3D2N RM200/pax .. ehh x percaya? baca dulu hingga finish,, lepas tu whatsApp kami :)
Bandung Trip | Bandung tour 3 hari 2 malam atau (3D2N) 4 orang hanya RM200/pax dan ada pakej lain nya
Bandung trip Itinerary tour 3 hari 2 malam:
est tiba pagi pulang petang.
Day 1 - Welcome to Bandung kat Bandung airport (cadang tiba 8.00 am) terus shopping kat Pasar Baru Trade Center, lunch at local restaurant, shopping jeans kat Toko TIGA, terus bandung utara kawasan shopping area Riau, Dago dan setiabudi macam The Summit, Heritage, Stamp FO, Grande, Episode, Blossom dan factory outlet lain yang masih satu kawasan, dinner kat local restaurant, dan check in Hotel.
Day 2 - After breakfast at hotel (8.00 am) go to tangkuban parahu, terus De'Ranch, terus Rumah Mode dan factory outlet lainya, get lunch at Rumah Makan Mang Engking (One of the best sundanese food), shopping kat Cihampelas, get dinner at local restaurant, back to hotel.
Day 3 - After breakfast (8.30 am) terus kartika sari untuk beli oleh-oleh kek khas Bandung, jika masih sempat boleh pegi Pasar Baru lagi, lunch at local restaurant dan terus airport Huseinsastra negara Bandung tok check in Flight. terima kasih.
masih ada banya factory Outlet yang belum kami masukan dalam itinerary.. jom Shopping till drop
Jika akak dan abang berminat atau ada pertanyaan sila contact kami :)
- WhatsApp +6281322731636
- Email : emirtourtravel@gmail.com
tqsm :)
Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan
ReplyDeletesalam ... terimakasih banyak banyak sudah sudi memberikan ruang kosong untuk promote pengkhidmatan transport saya di blog yang best sangat ini
Yuk!! ke Bandung shoping & liburan. dika ada menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, peramah & sopan
(Company Name : diekha tour)
Jenis Kereta: Innova, Avanza, Apv Suzuki, Coster & Bas.
Anda boleh melawat beberapa tempat menarik di Bandung dengan menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kereta yang dikhaskan untuk di sewa di Bandung, dan anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk anda gunakan di Bandung. Anda hanya menulis e-mel kepada kami atau hubungi kami, pemandu kami dengan kereta yang anda perlukan akan mengambil anda di mana-mana di Bandung.
diekha tour membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar
Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat )
Toyota Avanza ( 6seat )
Toyota Innova ( 7seat )
KIA Pregio ( 10seat )
Isuzu Elf ( 11-15 seat )
Isuzu Elf Long ( 16 seat )
* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.
Email: diekha38@gmail.com;
phone +whats app: +6281 320 627 412
Fb. : diekha38@gmail.com / pusing pusing bandoeng
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan. Abang/ Akak
Minta maaf apabila mengganggu blog anda
kami dari Mekar Wangi Bandoeng Tour Syariah menyediakan pilihan dan harga terbaik untuk keselamatan familly anda semasa bercuti kat Bandung or Jakarta
Sebuah syarikat muslim kat Bandung dan Jakarta yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati. Driver & tour guide profesional kami inshaAlloh akan selalu bawa anda ke semua tempat menarik kat Bandung, Bogor and Jakarta.
special offer at 2015 jomm tempah murah jer *Include: minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
Rate per Kereta per Day
Suzuki APV / toyota avanza rate nye 400.000rupiah / RM 115 ---6seat
Toyota Innova / Kia Pregio rate nye 550.000rupiah / RM 160 ---8seat
Coaster Isuzu Elf rate nye 650.000rupiah / RM 185 ---12seat
Coaster Isuzu Elf Long rate nye 850.000rupiah / RM 245 ---17seat
Toyota Hiace commuter rate nye 850.000rupiah / RM 245 ---12seat
*company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture plight and tempahan kereta by whatapps or email
WhatsApp +62 877 1519 6061 (mas Bimo)
email mekarwangibandungtour@gmail.com
facebook page mekarwangi bandoeng tour
king regards,
Bimo
mekar wangi bandung syariah tour
PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak
Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan mesra akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.
Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .
Rate per Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115
# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185
# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
# Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
*Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu
Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.
Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour
Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : bimomekarwangi@gmail.com
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport