29 October - OSAKA
Pada 春 (Spring) yang lepas, salah seorang bekas pensyarah JAD, 和田先生 (Mr. Wada) menghubungi ak meminta tolong untuk daftar Osaka Marathon yang bakal diadakan julung kalinya pada akhir bulan Oktober.. Jangkaan orang yang berdaftar terlalu ramai maka pihak pengurusan akan memilih secara cabutan membuatkan 和田先生 meminta ak dan beberapa orang 後輩 (Junior) untuk tolong dia daftar sekali.. Ajaibnya, nama ak terpilih daripada 6 orang pelajar JAD yang dia minta.. Memandangkan dia berada di Malaysia, ak dikehendaki menguruskan hal pembayaran terlebih dahulu yang mencecah 1万円 (RM400) seorang!
Setelah sekian lama menunggu, hari ini merupakan hari untuk 30,000 orang peserta bertuah check-in untuk mengambil nombor di Intex Osaka.. Kaunter telah dibuka sejak semalam dan hari ini merupakan hari terakhir bagi calon mengambil nombor larian.. 和田先生 meminta ak berjumpa dengan dia di 高槻駅 (Takatsuki Station) sekitar tengahari; bertolak bersama-sama menaiki kereta selepas dia belanja makan di restoran Jpon ;) Turut-serta pada hari itu merupakan salah seorang bekas pelajar dia sewaktu di 舞鶴高専 (Maizuru High School) yang kini berusia 28 tahun~ Ajaibnya nombor pendaftaran dia betul-betul sebelah ak!!
Sewaktu makan, tiba-tiba anak perempuan sulung 和田先生 muncul bersama anak perempuan dia yang baru sahaja lahir 2 bulan yang lepas.. Sayang tak ambil gambar cucu pertama 和田先生 yang sedang tidur dalam kerusi bayi (笑) Ketika sedang makan, 和田先生 menunjukkan jam tangan baru dia berjenama Garmin; mempunyai teknologi GPS malah boleh mengira denyutan nadi ketika berlari.. Pengguna juga boleh mengetahui halaju ketika berlari; penting bagi mereka yang ingin mengekalkan halaju dan stamina terutamanya sukan marathon~
Perjalanan daripada 高槻駅 menuju ke Intex Osaka mengambil masa hampir 1 jam; sewaktu tiba memang sukar juga nak cari parking kereta kosong dengan lautan orang yang hadir dalam masa yang sama.. Mujur proses pendaftaran tidak mengambil masa yang lama, kagum dengan bilangan staff yang agak ramai bagi memudahkan kerja pada hari terbabit.. Meja pendaftaran berbeza mengikut angka giliran; sewaktu mendaftar, setiap peserta akan menerima nombor, bracelet, baju-T, beg plastik untuk baju untuk disimpan di dalam locker khusus dan juga beg pakaian..
Terkejut juga bila lihat kebanyakan pengunjung yang hadir dengan beg besar; kononnya datang dari jauh semata-mata untuk turut serta dalam larian marathon 42km.. Selesai urusan pendaftaran, kami pusing seluruh dewan Intex yang turut menempatkan pelbagai gerai yang menjual alatan larian daripada produk berjenama seperti Adidas, Puma, dll.. Kononnya elok pakai pakaian ketat sewaktu berlari bagi mengelak stamina berkurangan dek goyangan otot sewaktu berlari dan juga penyerapan peluh yang pantas.. Sempat pekena たこ焼き (Takoyaki) sebelum dihantar pulang..
p/s Teringin nak join marathon, tp yang sekitar 5km jer kot (笑)
No comments:
Post a Comment