Followers

Saturday, 5 November 2011

献血 (Blood donation)

1 November - KUSATSU

Maskot 献血 di Jpon

Kali terakhir ak menyempurnakan tanggungjawab untuk 献血 ialah sewaktu sedang menuntut di UniSEL beberapa tahun yang lepas.. Waktu itu entah kenapa ada program 献血 secara besar-besaran dan diadakan di MPH (Multi-purpose Hall); semangat nak menderma kerana sibuk mengejar sijil (笑) dengan kad?.. Lawak juga sebab ak terpengsan buat seketika ketika 献血 disebabkan tidak makan apa-apa sejak pagi; pastu oleh sebab kena kejar masa untuk hadiri kuliah, ak gagal mendapatkan sijil yang dihajati (-_-") 

Berbalik kepada isu semasa di RITS, van 献血 boleh dilihat hampir sebulan sekali berbanding di Malaysia yang setahun sekali (笑) Dah 3 tahun asyik mengelak setiap kali lihat van 献血 di hadapan perpustakaan dengan alasan tidak cukup tidur, tidak makan, dll; aklhirnya hari ini terbuka juga hati untuk cuba mendaftar nama sebagai penderma setelah diajak oleh 後輩 (Junior) ketika makan bersama tengahari itu.. Seronok dengar penerangan, tetapi sewaktu mengisi borang survey, tiba-tiba pemohonan ak ditolak apabila mereka dapat tahu ak pernah menetap di UK lebih daripada sebulan dalam tempoh 1980~1996 o_0

Kononnya undang-undang Jpon melarang atas alasan wabak vCJD (Creutzfeldt-Jakob Disease) atau nama lainnya Penyakit Lembu Gila yang pernah merebak di UK, Amerika, dan Canada sekitar 1980~1996.. Pembacaan lanjut mengenai beberapa 制限 (Limit) yang dikenakan ketika ingin 献血 boleh dilihat melalui sini (link)~ Meskipun pemohonan ak gagal, pihak pengurusan tidak membenarkan ak pulang dengan tangan kosong; sebaliknya mereka beri air kotak sebagai sagu hati (笑) 

p/s Tiba-tiba rasa serba salah sebab pernah 献血 di Malaysia.. (笑) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC