Followers

Sunday, 27 November 2011

Isu Lesen Memandu Antarabangsa

Isu yang paling hangat dan sering dipandang remeh oleh pelajar Malaysia yang memandu kenderaan di Jpon.. Ramai berfikir dia selamat memandu dengan adanya lesen memandu antarabangsa (国際運転免許) malah ada yang sanggup memperbaharui lesen berkali-kali setelah tempoh setahun itu tamat.. Ramai yang buat begitu dan sehingga kini masih belum ak dengar ada yang kena tahan sebab lesen dia melebihi tempoh dsb.. Namun, tahukah anda perbuatan itu adalah salah dan sekiranya ditahan polis, anda dianggap memandu tanpa lesen (無免許) meskipun lesen anda masih "hidup" pada waktu itu? Sila perhatikan gambar di bawah:


2 syarat yang membolehkan anda memandu kenderaan menggunakan 国際運転免許 adalah seperti berikut:

  • Tempoh yang dibenarkan adalah 1 tahun bermula tarikh dapat lesen itu..
  • Hanya boleh dibenarkan memandu dalam masa 1 tahun selepas anda mendarat di Jpon.. Sekiranya anda keluar daripada Jpon tidak sampai 3 bulan dan masuk kembali, anda akan dianggap sebagai 無免許 meskipun anda memiliki 国際運転免許 yang masih hidup.. 

Usaha mendapatkan lesen memandu Jpon adalah langkah paling terbaik setelah tempoh 1 tahun 国際運転免許 anda tamat; namun, kos yang tinggi dan terpaksa bersabar dengan kerenah pegawai yang banyak songeh pastinya membuatkan seseorang itu mengambil jalan mudah dengan "update" 国際運転免許 dengan hanya meminta bantuan ahli keluarga di Malaysia.. Kini, pihak MITI telah melaksanakan undang-undang baru yang menyaksikan pelajar yang ingin menggunakan AP untuk membawa pulang kenderaan PERLU mempunyai lesen memandu Jpon! (need citation) April 2012 dengar cerita masih boleh lagi guna 国際運転免許 kerana undang-undang tersebut baru sahaja berkuat-kuasa September lepas.. Para 後輩 (Junior) kena berhati-hati la lepas ni~

*UPDATE*
Kononnya jika anda didapati bersalah memandu dalam keadaan 無免許, secara automatik anda akan mendapat -19 point.. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar dalam undang-undang Jpon yang boleh menyaksikan lesen memandu anda digantung serta-merta meskipun anda berjaya mendapatkannya selepas itu.. Dengar cerita, dapat -5 point sahaja sudah boleh buat lesen digantung sementara waktu; seseorang itu perlu menghadiri kelas memandu semula selama beberapa kali dalam masa setahun? bagi membolehkan dia memandu.. 
p/s Dah makin susah la nak jual AP lepas nih (-_-") 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC