11 June - KYOTO
Workshop ini dikendalikan oleh We Are One; sebuah pertubuhan yang mengumpulkan 留学生 (Foreign students) dan 外国人 (Foreigners) sekitar 関西 (Kansai) untuk melakukan aktiviti bersama-sama.. Pagong merupakan jenama sebuah kedai pakaian yang terletak di 京都 (Kyoto) dan 2 buah butik di luar negara; Thailand dan Singapore.. Dalam workshop kali ini, hanya 10 orang yang cepat mendaftar sahaja yang boleh turut-serta; ini adalah kerana keluasan kilang yang terlalu kecil untuk memuatkan orang ramai.. Workshop kali ini dijalankan di 本店 (Main shop) yang terletak berdekatan dengan 西院 (Saiin) dan bermula sekitar jam 1430..
Pagong bermaksud "Penyu" dalam bahasa tagalog; mengapa penyu? sebab nama Owner dia ialah 亀田 (KAMEda) yang juga bermaksud penyu dalam bahasa Jpon ;) Pada mulanya, kami didedahkan dengan teknik penyediaan cat tersebut yang merupakan gabungan warna dan gam.. Kemudian, kami ditunjukkan dengan teknik kerja dalam menghasilkan kain "batik".. Setiap orang dibenarkan "test run" terlebih dahulu sebelum maju ke "main event" iaitu menghasilkan kain batik sendiri mengikut corak yang telah dipilih.. Hanya 2 corak yang disediakan iaitu corak bunga dan corak setan..
Corak bunga memerlukan 5 peringkat untuk dihasilkan.. Kronologi penghasilan bunga tersebut boleh difahami melalui urutan gambar di atas.. Ia menggunakan sejenis papan khas yang bernama "Silk Screen" yang mana cat akan ditaburkan di atas papan tersebut; kemudian cat tersebut akan diratakan ke bawah.. Kaedah memegang papan getah untuk meratakan cat serta kekuatan yang diperlukan memainkan peranan penting dalam menghasilkan corak yang berkualiti tinggi.. Konon nya purata pekerja di situ mempunyai pengalaman 30 tahun malah yang paling tinggi pula 50 tahun!
Owner begitu bermurah hati untuk menghantar hasil kerja kami setelah proses pengeringan selesai yang dijangkakan mengambil masa selama 2 minggu.. Setelah itu, kami dibawa ke sebuah bilik untuk sesi Q&A.. Bilik tersebut menggantungkan pelbagai jenis barangan dan poster Pagong; apabila ditanya tentang produk terbaru, Owner yang juga merupakan designer Pagong menjelaskan penggunaan warna "Glow in the Dark" pada barangan; mendapat ilham setelah kematian salah seorang pekerja nya pada tahun lepas yang dilanggar kereta pada waktu malam.. Majlis bersurai sekitar jam 1630~
p/s Pagong pernah memiliki butik di Malaysia namun terpaksa di tutup beberapa tahun yang lepas kerana tidak laku -_-" Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~
*EDIT*
Alhamdulillah, hanya seminggu sahaja yang diambil untuk hantar siap hasilnya.. Bukan sahaja kos penghantaran ditanggung, malah siap diletakkan sekali sekeping gambar ketika ak sedang melakukan kerja ;) Berikut merupakan hasil kerja ak~ ;) Hmm.. nak gunakan dekat mana ek? Ataupon nak kasi orang?
No comments:
Post a Comment