Followers

Sunday 19 June 2011

30 days

30 days merupakan sebuah rancangan realiti yang dikemudikan oleh Morgan Spurlock untuk siaran kabel FX di US.. Bagi setiap episod, Spurlock atau orang lain akan hidup dikalangan komuniti yang agak ganjil bagi mereka selama 30 hari sambil membincangkan masalah isu sosial dsb.. Beberapa peraturan telah ditetapkan dari awal bagi setiap misi bagi membuatkan rancangan itu lebih menarik.. Episod yang begitu menarik minat ak ialah S01E103 Muslims and America dimana seorang rakyat US beragama Kristian hidup di kalangan komuniti Muslim di US, dan menumpang di sebuah rumah pasangan Muslim selama sebulan tanpa dibenarkan pulang ke rumah sendiri.. Memang bukan calang-calang orang yang sanggup melakukan perkara sedemikian dan menariknya ialah orang tersebut merupakan seorang yang begitu taat dengan agama yang dianutinya..


Peraturan yang ditetapkan ialah perlu belajar AlQuran, belajar cara Muslim bersolat, dan ikut cara hidup masyarkat Muslim! Lawak bila dia kena tahan beberapa kali sebelum menaiki pesawat gara-gara berpakaian jubah~ Sepanjang episod, Spurlock turut menemu-ramah beberapa orang US tentang Islam dan bagaimana imej Islam di sana.. Kagum dengan sikap ingin tahu orang Kristian ini yang bertindak mendalami bahasa arab semata-mata ingin tahu apa maksud bacaan yang disebut ketika orang Islam solat.. Tak boleh blah bila orang Kristian ini turut-serta dalam menunaikan solat Jumaat meskipun dia hanya berdiri sahaja kerana "taat" dengan agama yang dianuti.. Secara jujur, episod ini begitu menarik untuk dikongsikan kerana ia juga mengajar para daeei cara yang sesuai berkomunikasi dengan non-muslim di samping mempelajari mengapa bulan sering dikaitkan dengan Islam, kenapa perempuan apabila solat hendaklah dibelakang lelaki dsb~


p/s Macam mana pula Muslim jika ditempatkan dalam komuniti Kristian lalu dipaksa belajar gaya hidup mereka, cara mereka sembahyang dll.. Tentu jadi kontroversi ;) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC