Followers

Sunday 5 June 2011

就活終了 (End of job hunting)

Penerimaan 内定 (Informal decision) daripada syarikat 富士古河E&C tempoh hari sekaligus menamatkan aktiviti 就職活動 (Job hunting) ak di Jpon pada tahun ini meskipun masih ada beberapa syarikat yang ak belum pergi untuk 面接 (Interview).. Entri kali ini ak ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman ketika 就職活動 bermula daripada awal sehingga ke akhir.. Ak telah menghantar 6 エントリシート (Entry sheet) setelah berpuas-hati dengan penerangan yang diberikan ketika 会社説明会 (Job fair).. Berikut merupakan nama syarikat mengikut kronologi:-


京セラ (KYOCERA)
Dalam 6 エントリシート yang telah ak hantar, 京セラ punya mungkin paling leceh walaupun hanya 4 soalan yang ditanya.. Biasanya kita hanya perlu menulis sekitar 100~300 patah perkataan bagi setiap soalan yang ditanya, tapi bagi 京セラ, calon perlu menulis sehingga 500 patah perkataan! Pening juga apabila disuruh ceritakan mengenai kesilapan terbesar dalam hidup sebanyak 500 patah perkataan.. Teringin nak dapatkan 一次選考 (First selection) dalam 英語 (English), tapi malangnya dah penuh -_-" Memandangkan 面接 京セラ paling awal, kurangnya persediaan mungkin punca utama ak tidak dipanggil untuk 二次選考 ;)

オムロン (OMRON)
Salah satu syarikat terbesar di Jpon, semestinya ramai yang memohon untuk memasuki syarikat ini.. Ak bertuah kerana terpilih untuk menghadiri 説明会 syarikat yang paling lama dalam banyak-banyak syarikat yang ak pergi.. Siap bawa naik bas pergi ke pusat inovasi syarikat yang mengambil masa hampir 1 jam perjalanan! オムロン juga syarikat pertama yang melihatkan ak kecundang di 最終面接 (Final interview); Ak ditemu-ramah untuk kerja dengan ものづくり革新本部 dan ak meminta kerja dalam sektor 生産技術 (Industrial Engineering), tapi malangnya ak langsung tiada asas dalam sektor ini.. Malah visi yang ak beri langsung bercanggah dengan apa yang ingin dicapai oleh 本部 ini iaitu bukan mencipta mesin, tapi lebih kepada mencipta teknologi untuk membuat mesin! Ia mengambil masa hampir 2 minggu untuk memberitahu ak gagal di 最終面接 -_-"


関西ペイント (Kansai Paint)
Satu-satunya syarikat yang ak begitu menaruh harapan untuk masuk memandangkan adanya 留学生特別枠 (Special frame for foreign students) yang mana 留学生 akan bekerja selama 5 tahun di Jpon sebelum dihantar pulang ke negara asal untuk bekerja sebagai 幹部 (Manager)! Semangat gila bila dapat tahu syarikat ini terletak di Klang, begitu dekat dengan rumah ;) Ingatkan rezeki bila mendapati hanya ak sorang sahaja 留学生 ketika 一次選考 namun sebaliknya berlaku apabila ak kecundang di situ~ Punca kegagalan mungkin sebab 研究 (Research) ak tentang motor yang terlalu asing bagi syarikat yang menghasilkan cat, dan juga keinginan untuk pulang ke Malaysia terlalu menonjol ketika ditanyakan sebab ingin masuk ke syarikat itu -_-"

富士古河E&C
Jika bukan kerana 一次選考 syarikat 関西ペイント yang dijalankan di 神奈川県 (Kanagawa Pref.), ak mungkin tidak pergi ke 説明会 syarikat ini yang kebetulan berlangsung sehari selepas 一次選考 tersebut.. Ternyata pengalaman menghadapi 面接 daripada syarikat lain sedikit sebanyak membantu menenangkan emosi dalam memberikan jawapan yang terbaik ketika ditanya soalan.. Agak risau juga apabila ditanya level keISLAMan diri sewaktu 面接, namun Alhamdulillah, Allah sudah sediakan jalan untuk ak, jadi ak rasa senang sahaja mengikut jalan tersebut.. Tamat sahaja 最終面接, ak mendapat panggilan daripada 人事 (Human Affairs) yang memberitahu mereka berminat dengan ak dan meminta ak menghantar beberapa dokumen sebelum memberikan 内定~


SONY
Penghantaran エントリシート ke sesuatu syarikat adalah berlainan bergantung kepada syarikat itu sendiri.. Ada syarikat yang minta calon menghantar menggunakan pos, dan ada juga yang membenarkan calon menggunakan internet.. Servis yang disediakan oleh SONY mungkin paling gempak bagi ak sebab gambar pun boleh diupload! Ak sanggup ulang-alik キャリアセンタ (Career center) untuk meminta tolong semak エントリシート sebelum dihantar kepada SONY; cuma tertipu dengan Web Test yang dijalankan sejurus selepas menghantar エントリシート.. 

Ingatkan 適性検査 (Aptitude test) biasa, tak sangka pula ditanya soalan SPI yang memang mencabar minda.. Macam tak percaya bila mendapat email yang memberitahu ak layak untuk maju ke 一次選考 namun tarikhnya terpaksa ditunda sehingga ke hujung bulan 5 dek tsunami tempoh hari.. Waktu tu dah dapat 内定 daripada syarikat lain, teringin nak pergi saja-saja tapi memandangkan 交通費 (Transportation fee) pun tidak disediakan, malas aa~ (konon nya SONY tengah tiada duit buat masa ini dek isu sekuriti PSN baru-baru ini)

曙ブレーキ (Akebono Break)
Syarikat ini antara syarikat yang menyediakan 人事 di kalangan 外国人 (Foreigners) bagi memudahkan 留学生 berinteraksi mengenai kehidupan di syarikat.. Ini merupakan suatu tindakan yang bagus dan cuba langkah terbaik untuk PR syarikat kepada 留学生.. Layanan yang ak terima sewaktu menghadiri 説明会 syarikat ini juga terbaik memandangkan 人事 yang bertugas sempat bertegur sapa dan mengucapkan terima kasih kerana sanggup datang.. Walaupun layak untuk maju ke peringkat 一次選考, ak rasa berat hendak pergi memandangkan keputusan itu tiba selepas berita 内定 itu sampai.. Malah 交通費 juga tidak disediakan kendatipun tempat 面接 di 関東 (Kantou).. Gelabah gila bila mendapat panggilan daripada 人事 yang menggunakan telefon bimbit sendiri bertanyakan sebab mengapa ak tidak menempah tarikh 面接..


他社 (Other companies)
Selain syarikat yang dinyatakan di atas, ak juga ada menghantar プレエントリー(Pre-entry) ke beberapa buah syarikat tapi atas sebab malas nak tulis エントリーシート, ak 辞退 (Stop) awal (笑) Yang lecehnya ialah bila kita dah プレエントリー, setiap maklumat terbaru daripada syarikat itu tetap akan dihantar ke email kita -_-" 


適切なお断り方 (Best rejection)
Seeloknya calon memikirkan terlebih dahulu apa yang perlu diucapkan sekiranya mendapat panggilan daripada syarikat lain bertanyakan tentang situasi semasa.. Setelah puas menggeledah internet, ak mendapati ayat dibawah paling sesuai:

「他社から内定いただいたもので、今回は辞退させていただきます」

まとめ (Conclusion)
Alhamdulillah, tujuan asal ak membuat 就職活動 adalah untuk merasai pengalaman mencari pekerjaan di Jpon bersama rakan-rakan lab disamping membina keyakinan diri ketika menghadapi 面接.. Oleh demikian, ak hanya mengikuti kursus yang disediakan khas untuk 留学生 sahaja, malah syarikat yang dicari juga bercirikan global.. Pada awalnya memang begitu makan duit kerana perlu menghadiri 説明会 dsb, namun beruntung juga bila dapat melepasi 面接 lalu diberi wang tambang ke 関東; seronok naik 新幹線 (Bullet train) berkali-kali (leh kelentong cakap naik 新幹線 tapi sebenarnya naik bas)..  Daripada 10 pelajar M2 di lab, ak merupakan orang ketiga terawal yang mendapat 内定.. Buat masa kini, 5 orang masih lagi menjalankan 就職活動 dan kerap tiada di lab.. 


感想 (View)
Waktu awal-awal buat 就活, hampir semua kenalan memberitahu syarikat yang ak ingin masuk mesti berlumba-lumba nakkan ak hanya kerana 留学生, boleh bercakap 英語 (English) dan 日本語 (Japanese) dengan baik, dan juga rekod akademik yang kukuh.. Manusia, bila dah diperkatakan sampai begitu sekali, kian lupa diri, menghadapi dengan tenang jer sehinggalah mendapat keputusan 落ちた (Reject) yang pertama.. Waktu itu rasa macam dunia gelap gelita juga la lebih-lebih lagi 第一志望.. Berkat sokongan rakan sekeliling benar-benar membantu ak untuk bangun semula dan mencari jalan lain yang akhirnya dipertemukan dengan syarikat yang mungkin menepati kriteria ak..

Memandangkan 就職活動 ak telah tamat, supervisor dah mula memberikan pelbagai tugasan termasuk menyiapkan pelbagai data untuk dihantar ke 学会 (Conference).. Kesian juga pada beberapa member yang turut sama berduka dek gagal 第一志望 meskipun pernah buat インターンシップ (Internship) di syarikat terbabit.. Rezeki manusia tiada siapa yang tahu melainkan Dia.. 日本人 (Japanese) begitu cerewet dan berhati-hati ketika memilih syarikat kerana mereka akan bekerja di syarikat tersebut dalam 1 tempoh masa yang lama (sampai pencen).. Malah saingan untuk mendapat tempat juga tinggi lebih-lebih lagi kesan tsunami tempoh hari yang memaksa beberapa syarikat mengurangkan pengambilan pekerja baru..  

p/s Terbaca entri yang begitu menarik tentang tips menghadapi 面接 yang dikarang oleh UZAR (link)    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC