Antara siri paling laku di Jpon, 踊る大走査線 (Bayside Shakedown) menceritakan tentang kisah hidup seorang detektif yang baru sahaja menyertai pejabat polis setelah berhenti daripada pekerjaan asalnya iaitu seorang サラリーマン (Salary man).. Drama berunsur komedi dan aksi ini wajar ditonton oleh semua lebih-lebih lagi mereka yang menuntut di Jpon kerana kita boleh mempelajari serba-sedikit tentang polis di sini yang ternyata berbeza dari polis Malaysia.. Malah watak utama turut berasa terkejut kerana polis juga bertindak seperti サラリーマン; pelbagai taktik kotor yang dilakukan oleh pihak atasan tapi polis terpaksa tutup sebelah mata.. Fakta yang mengejutkan ialah polis Jpon tidak dibenarkan melepaskan tembakan meskipun di tembak oleh penjenayah! Drama ini begitu terkenal sehingga telah difilemkan sebanyak 4 kali; malah game pun dikeluarkan!
No comments:
Post a Comment