25 June - OTSU
Hasil kenalan ayah angkat seorang pelajar RITS, kami dijemput untuk turut-serta bermain bola sepak pada pagi hari ini sekitar jam 0900 di sebuah taman berdekatan 膳所駅 (Zeze station).. Jika lihat pada 天気予報 (Weather forecast) kelmarin yang menunjukkan hari akan hujan, ak begitu yakin cuaca akan bertukar mendung meskipun pagi itu agak terik.. Ayah angkat pelajar itu memperkenalkan diri dengan nama SAM dan berusia 63 tahun; kemudian kami diperkenalkan dengan rakan-rakan beliau yang turut berusia dalam lingkungan 60~70-an seramai 40++ orang.. Paling tua pula berusia 80 tahun! Pada mulanya kami bermain bola sepak kanak-kanak iaitu semua masuk padang dan bermain seperti biasa.. Selepas itu barulah dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil..
Padang agak luas tapi veteran2 ini boleh lari laju plak tuh~ |
Sebelum perlawanan dimulakan, upacara penyampaian hadiah telah dijalankan bagi meraikan orang yang berusia 80 tahun dan juga yang berusia 70 tahun.. Hadiah berupa seluar sukan berwarna emas dan perak itu di taja oleh Japan Football Association (JFA) bagi menghargai orang yang berusia.. Setiap perlawanan mengambil masa 15 minit; pertama kali bermain bola sepak di atas padang berpasir, tak sangka cepat juga pancit (笑) Kagum bila sepakan penalti yang diambil pemain berusia 80 tahun itu masuk! Terkejut dengan stamina yang dimiliki pakcik-pakcik ini sehinggakan ak yang berusia 20-an pun boleh berhenti setelah bermain sehingga jam 1130 o_0 Padah bila ak mengenakan baju tanpa lengan semasa bermain menyebabkan 日焼け (Sunburn) melampau selepas itu -_-"
Sengal tak pakai 日焼け止め (suntan cream), mujur ada lotion untuk sapu lepas kena 日焼け.. Beli di kedai farmasi pada harga promosi sebanyak 500円 |
Sempat berborak dengan seorang pakcik yang berusia 63 tahun; kononnya dia bekerja di 沖縄 (Okinawa) dan kini berulang-alik ke 関西 (Kansai) semata-mata untuk bermain bola sepak dengan kumpulan ini.. Di Jpon, ada liga khas untuk pemain berusia dalam lingkungan 30-an, 40-an, 50-an, 60-an dan 70-an! Perlawanan hari ini hanya aktiviti memanaskan badan kerana kumpulan ini mempunyai 試合 (Match) pada keesoakan harinya untuk liga 60-an~ Kesemua pemain mempunyai pengalaman yang tinggi dalam sukan bola sepak jadi persembahan yang ditunjukkan di atas padang seperti bermain dengan orang muda! Kumpulan ini sering melakukan latihan setiap hari sabtu, namun mereka juga berkumpul untuk bermain badminton dan sebagainya pada hari lain..
p/s Pedih sungguh 日焼け (-_-") No wonder bola sepak Jpon mantap; dah tua-tua pun masih semangat sepak bola.. ;)
No comments:
Post a Comment