Followers

Wednesday, 3 July 2013

Visa Extension

3 July - JAKARTA

Seharusnya rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Indonesia; tapi oleh kerana aku hadir atas urusan kerja, aku terpaksa mendapatkan Business Visa terlebih dahulu.. Aku bakal berada di Indonesia dalam suatu tempoh masa yang lama jadi Multiple Business Visa amat diperlukan; tapi sayang pihak kedutaan Indonesia di Jepun hanya memberikan Single Business Visa atas alasan aku orang Asean (-_-") Oleh itu, aku terpaksa pergi ke 入国管理局 (Immigration Office) untuk memohon pemanjangan~ Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  • Borang pemohonan berserta file (Boleh didapati di kooperasi kantor imigrasi)
  • Sponsor letter 
  • KTP atau KITAS sponsor 
  • 2 gambar berukuran 6 x 4 [cm] berlatar-belakang merah

Kali pertama ke Kantor Imigrasi kelas 1 Jakarta Pusat sekadar untuk bertanyakan samada aku bisa melanjutkan tempoh dengan menggunakan sponsor letter teman sekerja (Indonesian) tapi sayang ditolak atas sebab visa aku menggunakan nama perusahaan jadi perlu dapatkan sponsor letter dari perusahaan yang sama (-_-") Mujur direktor perusahaan tersebut bermurah hati memberikan kerjasama untuk menanda-tangani sponsor letter berserta salinan KITAS pada belah pagi, tapi sayang bila aku pergi ke kantor imigrasi pada belah petang, hanya sempat untuk hantar borang sahaja tapi tak sempat untuk buat pembayaran kerana kaunter pembayaran tutup jam 1500 sedangkan kaunter pemohonan tutup jam 1600 (-_-") 


Terpaksa pergi ke kantor imigrasi buat kali ketiga semata-mata untuk langsaikan pembayaran sebanyak Rp 250,000 dan resit itu diserahkan semula ke kaunter pemohonan.. Keesokan harinya langsung kena hadir sekali lagi ke kantor imigrasi untuk mengambil gambar menggunakan komputer dan juga cap jari.. Pertama kali juga kena ambil cap jari bagi semua jari! 延長 sehingga 1 August (Khamis) sedangkan aku plan hendak naik kapal terbang ke Malaysia 3 August~ Cuba minta 延長 sedikit tapi sayang tidak bisa melainkan aku bayar Rp 200,000 sehari untuk overstay (笑) Kena yakinkan boss untuk benarkan ambil cuti panjang sedikit untuk sambut lebaran di Malaysia!


p/s Rugi beli tiket AirAsia July tahun lepas untuk balik raya tahun nih! 


6 comments:

  1. style menulis pn dah gaya2 sana pak..

    hahaha..

    slmt menyambut puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      itu perkembangan yang positif :p

      Delete
  2. Hamboihh...

    Baru berapa hari kat sana, dah mula guna ayat sana..

    Dah gaya macam Ashraff Sinclair la pulak.. Ke, dah ada Bunga yang ko jumpa kat sana tu... *geleng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat jumpa Bunga,
      itu maknanya Mission Accomplished :cool

      Delete
  3. Ahaha selamat merantau xD Untunglaa dia. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the comment
      selamat menyambut bulan Ramadhan juga ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC