26 July - KUNINGAN
Sepanjang berada di Jakarta, kereta yang aku naiki sering akan melalui Kedutaan Malaysia yang terletak di Kuningan, salah satu jalan yang perlu dilalui untuk menghala ke Menteng, Jakarta Pusat.. Ketika awal-awal menjejakkan kaki di sini, aku hanya mengenali sepupu yang menuntut di Bandung sahaja yang berwarganegara Malaysia, jadi ada satu tahap di mana timbul hasrat untuk pergi ke kedutaan untuk bertanyakan tentang port lepak orang Malaysia dsb (笑) 社長 (Boss) ada memberitahu tentang kewujudan Jakarta Japan Club (JJC) lantas membuatkan aku terfikir samada Malaysia juga ada kelab yang sama..
Hasil survey di internet menemukan aku dengan Malaysia Club Jakarta (MCJ), sebuah kelab yang menghubungkan golongan professionals yang menetap di Jakarta dengan diplomat Malaysia.. MCJ telah didirikan sejak 1989, dan menariknya tiada bayaran dikenakan untuk menjadi ahli, kerana 社長 perlu membayar USD100 untuk menjadi ahli JJC (笑) Kagum dengan pelbagai event yang diadakan oleh MCJ pada kalendar tahunan mereka; agak sayang kerana golongan professional Malaysia di Jpon masih belum mencapai tahap sebegini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan sendiri; yang aktif kebanyakannya golongan pelajar hasil bantuan dari 大使館 (Embassy)
Asyik mengintai peluang untuk melawat 大使館 dan akhirnya saat itu tiba apabila mendapat jemputan daripada pihak MCJ yang mengadakan Majlis Iftar Ramadhan bertempat di MPH Malaysia Embassy bermula jam 17:15 (Maghrib di sini jam 17:55)~ Pada awalnya aku agak kaget bila 社長 beritahu ada 打ち合わせ (Business meeting) pada hari yang sama pada jam 11:00 bertempat di Bekasi.. Dengan keadaan trafik teruk di tambah dengan bulan puasa, aku risau tidak sempat untuk tiba di 大使館 pada hari itu tapi alhamdulillah, hari Khamis dapat berita 打ち合わせ itu dibuat di 事務所 (Office) sahaja kerana kebetulan orangnya ada urusan di Jakarta..
打ち合わせ yang dimaksudkan pula adalah dengan orang Malaysia berketurunan Cina dan fasih berbahasa Jpon, menuntut di 富山大学 (Toyama U) dan bekerja selama 2 tahun sebelum pulang ke Malaysia.. Kagum dengan 先輩 (Senior) kerana sudah memiliki syarikat sendiri di Jakarta dan sering ulang-alik ke Malaysia.. Asalnya ingin ajak 先輩 sekali ke Iftar bersama 社長 tapi masing-masing ada urusan membuatkan aku terpaksa pergi seorang.. Bertolak dari 事務所 sekitar jam 16:30 dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 17:25~ Ingatkan aku antara yang terlewat, tapi rupanya aku terlupa yang ini majlis orang Malaysia, bukan orang Jpon (笑)
Majlis kali ini turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Indonesia, agak terkejut apabila beliau mengenali keluarga aku memandangkan beliau juga berasal dari Terengganu.. Sesi berkenalan dengan golongan berusia dan sekali lagi dikejutkan apabila seorang pakcik itu merupakan 後輩 (Junior) kepada ayah aku~ Pertama kali bertukar kad nama dengan orang Parlimen di Indonesia, dan juga beberapa pegawai diplomat Malaysia di sini.. Kebanyakan belia yang hadir dari Petronas, Technip, dan pilots.. Terkejut yang rata-rata orang Petronas menetap di hotel-hotel bertaraf 5 bintang di sini di mana kos 1 hari mencecah lebih USD200++ o_0
Sebaik azan, kami berbuka dengan sedikit buahan dan kurma dan kemudian langsung ke hadapan pentas untuk mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.. Selepas itu barulah menikmati juadah bersama rakan-rakan non-Muslim~ Sebaik azan Isya' berkumandang, kami berhenti makan untuk sama-sama mengerjakan solat Isya' dan tarawikh berserta withir.. Berbeza dengan cara Indonesia, tazkirah hanya diberikan usai solat withir berserta doa Qunut kendatipun Imam pada malam itu merupakan orang Indonesia ;) Selesai tazkirah, moreh sebentar dan majlis bersurai selepas sesi bergambar bersama tetamu yang hadir..
Sebelum balik, sempat berborak dengan duta yang ternyata bukan calang-calang orangnya.. Berkelulusan dari Universiti Harvard dalam bidang perhubungan antarabangsa.. Beliau berkata terdapat 2 aspek yang orang Indonesia tidak mahu orang luar campur tangan, hal maruah dan kedaulatan.. Percakapan beliau memang jelas menunjukkan betapa dalam pengetahuan tentang Indonesia, ternyata Malaysia tidak silap dalam memilih wakil duta ke negara asing~ Naik teksi untuk pulang dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit (笑) Sempat layan PES 2013 di pondok pak guard bersama geng pembantu rumah lelaki sebelum pulang ke kamar (笑)
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini~
nampak meriah sekali..
ReplyDeletealhamdulilah :)
Deleteam.julie's classmate looked like jackie chan...
ReplyDeletehaha..
Deletetau xpe!