Followers

Sunday, 14 July 2013

Gelar Jepang 19

6 July - DEPOK

Gelar Jepang 19 (GJ) merupakan sebuah acara tahunan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar fakulti ilmu pengetahuan budaya khususnya budaya Jepun di University of Indonesia.. Kebetulan mendapat tahu tentang adanya acara sebegini ketika terlihat iklan dalam surat khabar The Daily Jakarta yang dilanggan oleh Guest House tempat aku tinggal.. Alang-alang tiket masuk percuma, pertama kali juga naik keretapi menghala ke Bogor; tiket keretapi juga murah iaitu sebanyak Rp. 3000 (30円) sahaja.. 30 minit juga menunggu keretapi tiba, kemudian 30 minit tunggu sehingga tiba di Stasiun Universitas Indonesia.. 


Kebingungan ketika keluar dari keretapi tidah tahu hala tuju.. Hanya ikut orang hadapan sehingga terlihat iklan GJ ditampal banyak di jalan raya.. Sewaktu tiba di lokasi pendaftaran sekitar jam 1100, agak kagum dengan pintu masuk yang dihiasi 鳥居 (Torii) dan poster.. Agak bosan datang keseorangan, aku cuba memilih aktiviti yang seronok, sibuk melihat 受付 (Reception) lalu tertarik dengan お化け屋敷 (Haunted House) yang mengenakan caj Rp. 10,000 seorang.. Suasana di dalam Pusat Studi Jepang saling tak tumpah seperti 学園祭 (School Festival) yang pernah aku turut-serta di RITS tapi kali ini pada skala kecil ;)


Banyak gerai yang menjual makanan-makanan Jepun di sini; kalau di 学園祭 hanya boleh cium bau sahaja, tapi kali ini insyaAllah semua halal tapi sayang tiada selera sangat hari ini (笑) Tertarik dengan gerai 書道 (Calligraphy) di situ jadi aku minta dibuatkan satu menggunakan kain gulungan untuk ditampal pada dinding rumah~ Kebetulan orang ketika itu sedang sibuk memenuhi dewan untuk menyaksikan penutup pertandingan cosplay jadi aku pun turut mengikuti arus :) Salah seorang juri merupakan 日本語先生 (Japanese Teacher) di situ tapi fasih berbahasa Indonesia.. Lucu kerana pemenang cosplay tersebut paling ringkas rasanya antara yang lain ;p


お化け屋敷 agak menarik sebab lain dari yang lain.. Belum pernah lagi お化け屋敷 yang aku masuk selama ini si hantu boleh pegang anggota badan peserta (^_^") Nasib refleksi badan aku masih boleh dikawal, silap haribulan ada hantu yang masuk hospital (笑) Teringin nak masuk pertandingan Lumba Kanji konon-konon nak "test power" tapi sayang pendaftaran hanya terhad untuk pelajar di situ sahaja (笑) Kebosanan tak tahu nak buat apa membuatkan aku meninggalkan acara sekitar jam 1300 lalu pusing-pusing kawasan dalam universiti, bertemu dengan fakulti ekonomi dan juga fakulti teknikal (engineering)


Teringin nak masuk 図書館 (Library) tapi sayang hari Sabtu hanya buka sehingga jam 1300 katanya.. Ternyata tak boleh lawan RITS sebab 図書館 buka setiap hari kot! Suasana dalam universiti seperti di dalam kampung, suatu perasaan yang tidak aku alami ketika berada di universiti di Jepun terutamanya RITS (笑) Keretapi waktu pulang ternyata paling parah, ingatkan 満員電車 (Crowded train) di Jepun paling gila, rupanya Indonesia juga boleh tahan sadisnya bila penumpang tetap masuk walaupun dah diberitahu sudah penuh, paling tak boleh blah bila penumpang yang bawa muatan tetap merempuh masuk sampai penumpang yang sudah ada di dalam dah jadi macam domino (笑) Mujur tiada istilah 痴漢 (Molester) di sini (-_-")

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

11 comments:

  1. WOW ..... MENARIK ...

    .............:3

    ReplyDelete
  2. penah je jumpa penumpang kat malaysia pun sama. tren dah penuh masih nak masuk, last last tersepit kat pintu. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersepit kat pintu pastu train jalan kan?
      haha

      Delete
  3. kenapa aku tak boleh view gambar? huhu...


    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak view gambar di facebook perlu jadi friend dulu :p

      Delete
  4. anyway, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

    ReplyDelete
  5. dkt sini xde ke wat mcm ni?nak jugakk mkn makanan jepun byk2..kehkeh padahal geli makan sushi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      sama la kita kureng minat makan sushi..
      dah la x masak.. eeewwww

      Delete
  6. sbb tu ada istilah padat macam tin sardin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak makan dah aku sardin lepas nih.. haha
      xde kene mengena..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC