Followers

Friday, 21 June 2013

Trip to Bandung

15~16 June – BANDUNG

Entah apa mimpi aku membuat keputusan untuk pergi melawat seorang sepupu yang kini sedang menuntut di Padjadjaran University di Bandung~ Plan yang dibuat beberapa sehari sebelum berangkat dan kebetulan sepupu itu juga tiada masalah dan siap membenarkan aku tinggal di hostelnya memandangkan ada rakannya yang pergi ke Jakarta pada malam yang sama.. Aku semak pelbagai kaedah untuk pergi ke Bandung, dan akhirnya memilih untuk pergi menggunakan 特急電車 (Express Train) tapi malas nak 予約 (Booking) sebab yakin mesti ada tiket kosong lagi pagi itu..

Bertolak dari tempat tinggal sekitar jam 0745 dan menuju ke Stesen Gongdangdia?, sampai di sana aku mendapat kejutan rupanya 電車 berharga Rp1000 itu tidak lalu Stesen Gambir iaitu tempat 特急電車 itu gerak.. Berbeza sungguh di Jpon membuatkan aku terpaksa bergegas menggunakan Ojek walaupun perlu akur dikenakan caj Rp10,000 untuk perjalanan sekitar 1km sahaja! Sesampai di Stesen Gambir, sekali lagi aku dikejutkan bahawa tiket jam 0830 sudah habis! Alternatif lain untuk bergerak pagi itu hanya tinggal trafel, bas mini yang mengenakan caj Rp80,000 seorang..

Turut sama naik pada pagi itu merupakan seorang wanita yang asalnya hendak menjual tiket 特急電車 dia pada aku memandangkan dia tak boleh lupuskan tiket yang dibeli sebab terlewat 30 minit.. Baru nak beli tiket dia tapi sayang setiap tiket akan disemak nama dan kad pengenalan sebelum masuk jadi dah sah-sah tak lepas! Dalam perjalanan lagi wanita itu terus melepaskan kemarahan dia walaupun dalam kes ini memang dia yang silap (笑) Menarik juga naik trafel kerana di situ dapat berkomunikasi dengan orang sebelah tentang Indonesia dan sebagainya~

Kononnya naik trafel lagi cepat sampai daripada 特急電車 yang mengambil masa 3 jam tapi “macet bangaatt” pada pagi itu mengakibatkan kami tiba di Stesen Bandung pada jam 1200! Sebelum itu dah rancang dengan sepupu untuk menyewa kereta bersama supir (driver) selama 12 jam pada harga Rp250,000; punyalah mengharap dia sudah sampai, tapi dia pun macet gak membuatkan aku terpaksa tunggu selama 1 jam setengah di stesen! Destinasi pertama kami pada tengahari itu ialah Kambing Bakar Cairo yang kononnya No.1 di Indonesia?


Ini merupakan kali ke-2 aku makan di kedai sini; kali pertama ketika di Jakarta~ Selesai makan, kami bergerak ke Cikawalk untuk membeli belah apa yang patut.. Mungkin Bandung ini lebih sesuai untuk orang perempuan, sebab kebanyakan kedai yang aku pergi menjual pada harga yang boleh tahan mahal untuk pakaian lelaki! Hajat asal untuk makan malam di Karnivor terpaksa dilupakan kerana ingin bergegas tiba di Jatos 21 untuk menonton Man of Steel pada jam 2100..


Kebetulan ada masa 20 minit sebelum tayangan mula, kami pergi mengisi perut di salah sebuah restoran di situ~ Sewaktu tiba semula di panggong, agak terkejut apabila tayangan sudahpun bermula kendatipun kami tiba sebelum jam 2110! Jpon yang terkenal dengan “punctuality” pun memberikan masa sekitar 10 minit untuk iklan sebelum tayangan bermula (笑) Satu lagi layanan yang mengejutkan aku ialah sewaktu menunjukkan tiket masuk sebelum masuk panggung, staff disitu memimpin kami sehingga tiba di tempat duduk!


Selesai tayangan, kami jalan kaki menuju ke Asrama Padjadjaran iaitu hostel di mana sepupu aku menetap.. Kononnya rumah di Indonesia agak murah, malah kontrak rumah juga berbeza kerana penetap hendaklah melangsaikan bayaran sewa rumah untuk setahun (Sekitar 8万円)~ Keesokan harinya kami bersarapan di restoran Padang sebelum sepupu aku membawa mengelilingi universitinya.. Naik shuttle pada harga Rp13,000 menuju ke Batos? pada jam 1030 dan selamat tiba di destinasi 1 jam berikutnya.. Daripada situ aku terus bergegas ke Stesen Bandung kerana aku sudah beli siap-siap tiket 特急電車 di Indomaret untuk naik jam 1200.. Mujur selamat tiba di destinasi jam 1135..


Pemandangan dalam 特急電車 agak berbeza dari yang aku gambarkan; ingatkan tempat duduk eksekutif itu dah macam dalam kapal terbang (笑) Pemandangan luar memang menarik sebab lalu kawasan kampong, bukit-bukit, dan hutan-hutan.. Agak terkejut bila keretapi lalu kawasan perumahan; yang mana jarak antara rumah dengan keretapi begitu rapat! Aku bawa laptop bagi menghilangkan bosan tak buat apa-apa selama 3 jam; siapa sangka ada movie ditayang dalam keretapi itu, malah siap ada soket untuk cucuk plug o_0 Tertidur sewaktu menonton movie dan hanya dikejutkan oleh staff keretapi yang memberitahu sudah tiba di destinasi.. 




Selesai solat di stesen, aku pilih untuk jalan kaki pulang memandangkan jarak antara stesen dengan tempat tinggal tidak jauh sangat.. Singgah sebentar di MONAS (National Monument) yang kebetulan ada mengadakan pesta~ Kagum dengan bilangan orang yang membanjiri kawasan MONAS tapi kurang enak melihat sampah sarap di jalanan (-_-“) Asalnya ingat nak panjat naik menara MONAS tapi sayang tak jumpa pintu masuk (笑) Suasana di pesta dah macam kat pasar tani! Lucu tambah sedih juga bila dengar banyak pengumuman yang melaporkan kanak-kanak hilang (-_-“) Nasib aku balik jalan kaki, sebab jalan raya waktu itu maceeeeeeettttttt bangat!

p/s Dah mula rindu Malaysia~

20 comments:

  1. masuk bab pimpin tangan, aku tergelak..

    penjaga tiket lelaki..?
    ntah2 dia gay kot..?

    korang ensem sangat..kakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..
      takdelah sampai pegang tangan..
      kira staff tu bawa kitorang sampai ke tempat duduk gitu jer.. btw, staff tu pompuan.. mungkin ada layanan tu sebab citer dah pun bermula jadi bilik sudah gelap..

      Delete
  2. Ko tengah cuti ke ni Kyo..? Jalan sakan sekarang ni..

    *Ko takde nak jual2 kain cotton Jepun ke..? Ada blogger tu dok Jepun, laris dia punya jualan kain cotton.. Tapi akak tak berani nak tanya harga sebab takut mahal.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat kembali ke blog ni kak :p

      skang ni saya kena "campak" ke Jakarta..
      bakal duduk sini buat suatu tempoh yg lama..
      tak pasti bila dapat balik Jpon semula (-_-")
      bagus la rezeki dia dapat jual kain :)
      kyo bukannya rajin nau nak buat bisnes gitu :p

      Delete
    2. thanks sbb kasi idea..
      mungkin ada pembaca dari Jpon yg terbaca komen akak akan buat kot~ waktu tu pandai2 cucuk dia buat join venture ke ape.. hehe

      Delete
    3. Ehh, dah lama ke ko kat Jakarta tu..?
      Tapi okay la dok situ, dekat sikit nak balik sini, kan..?

      Ehh, sori la dah lama tak jenguk sini.. hehe..

      Ko pun boleh buat biz sikit2 pe.. Dapat untung sikit jadi la.. Masa dok luar negara ni la nak cari duit lebih.. huhu..

      Delete
    4. Kyo boleh jual tudung, kain ela bersulam dari indonesia...ada market juga tu

      Delete
    5. hahahaha..
      nanti kyo bagitau cousin kyo kot2 dia minat
      lol

      Delete
  3. indonesia dan macet xdpt dipisahkan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih mengharap satu hari nanti akan ada orang dapat pisahkan :p

      Delete
  4. wow....gi Indonesia ya maz ???

    waduh-waduh , kapan seyh mahu ke maysianyaaa ... nyut nyut !!!


    gue ini sangat jeles dengan mu , suka amat jejalan .... hukhuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancangannya mau pulang sebelum lebaran.. nyut nyut !!!

      kamu juga bisa buat gue jeles bangat sih..

      sebab dekat dengan family sepanjang masa~~~~

      Delete
  5. amboii..kalo kat sini masuk panggung pandai2 la nk cari tempat duduk dalam gelap tu..takde org nk tolong de haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      tu lah pasal..
      kt Jpon pon xde layanan first class cam kat sini :p

      Delete
  6. Salam kyo..

    wah..akhirnya..dah berpindah ke indonesia pula...mesti rindukan negara jepun kan? apa2 pun tahniah, dah dekat dgn mlys..blh lah balik beraya dgn klgr tahun ni...tiket air asia murah dong...

    p/s: lepas "dicampakkan" ke indonesia, bila nak dicampakkan ke malaysia pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ct

      insyaAllah dapat balik raya this year :)

      p/s wallahua'lam..

      Delete
  7. salam...
    beshnyer jln2 bndung..
    hehe mmg tmpt cmtu ssuai utk pmpn ler kot..biase bnyk tmpt shopng kt sane kan.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam
      haah.. laki cuci mata benda lain kot #eh

      Delete
  8. p/s Dah mula rindu Malaysia~


    haha. balik la..singgah malaysia kejap.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC