Salah satu 祭り (Festival) paling besar di daerah 関東 (Kanto) ialah 三社祭 (Sanja Matsuri) yang diadakan setiap minggu ke 3 bulan Mei bertempat di 浅草神社 (Asakusa Shrine)~ 祭り ini berlangsung selama 3 hari dan aku berkesempatan untuk menyertai hari ke-2 di mana mereka mengusung puluhan 神輿 (Portable shrine) beramai-ramai mengelilingi bandar besar di 浅草 (Asakusa) dan berhenti di tokong untuk mendapat "rahmat" ketua sami? di situ.. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga ada mengusung 神輿 tapi bersaiz kecil~ Paling mengejutkan ialah kelibat 2 jejaka yang hanya memakai seluar dalam, badan belakang penuh tattoo dan berdiri disebelah ketua sami itu..
Selesai majlis "doa selamat" oleh pihak sami sekitar jam 1500, aku turut-serta rombongan membawa 神輿 itu mengelilingi beberapa kawasan sebelum patah balik ke 浅草神社~ Kebetulan ada persembahan tarian oleh gadis-gadis yang memakai kimono khusus sempena 三社祭 ini.. Video dibawah menunjukkan aksi mereka ketika menari lagu Mambo No 5~ Selesai persembahan, aku sempat mengambil gambar kenangan bersama salah seorang penari cuma agak lucu sebab muka putih habis tapi gigi kuning (笑) Asalnya selepas 三社祭, plan nak pergi 東大 (Tokyo University) sebab kebetulan hari yang sama ada 学園祭 (School Festival) tapi sayang tak jadi sebab tak cukup masa (-_-")
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
wiit wiit ..untunglah begambor dengan gadis kimono ...xpo xpo ... wait for jejaka japan ...
ReplyDeleteI like kimono !!><
pakai la kimono waktu raya nanti..
Deletehaha
putih melepakkk tuh...nak signnn huhu
ReplyDeletesila2 mai..
Deletehaha
putihnya..tapi kalau tanpa tuh nanti mesti orangnya manis kan..
ReplyDeleteye kot..
Deleteorang kata don't judge a book by its cover..
haha
sempat lagi ushar gigi org kuning..ekeke
ReplyDeleteactually tak payah usha pun, waktu dia senyum memamg jelas sangat kelihatan :p
Delete