Followers

Saturday, 8 June 2013

Jakarta Aku Datang

3 June - JAKARTA

Sebagai meraikan tamatnya kursus setahun kami sebelum masing-masing dipecahkan kepada 部門 (Department) yang diminta, pihak syarikat ada menyediakan majlis makan-makan bersama 社長 (President) dan 本部長 (Head of departments) pada pertengahan bulan Mac yang lepas.. Bermula bulan April, aku ditempatkan di 海外事業本部 (Global Business Headquarters) jadi aku berkongsi meja dengan beberapa orang atasan dari department tersebut.. Sewaktu sedang menjamu selera, bekas 社長 yang kini beraksi sebagai penasihat hadir ke meja kami dan bertanya kepada 本部長 kemana hala tuju kami dan disitulah buat pertama kali aku mendapat tahu 本部長 ingin menghantar aku ke Indonesia~

Bowling bersama 同期 (Same batch)

Ingatkan dia hanya bergurau sebab sebaik aku masuk ke 海外事業本部 secara rasmi pada awal bulan April, langsung tiada cerita tentang Indonesia sebaliknya aku ditugaskan dengan projek mega di Vietnam~ Cerita tentang Indonesia kembali berputik pada minggu terakhir bulan April apabila aku dipanggil oleh 本部長 dan memberitahu niat untuk menghantar aku ke Indonesia bagi membantu boss di sana membangunkan anak syarikat ke-8 di luar negara.. Sengaja tanya berapa lama bakal berada di sana, dan 本部長 menerangkan paling kurang pun 3~4 tahun! Tapi waktu itu dia belum beritahu bila tarikh sebenar aku bakal dihantar jadi hanya perlu bersiap sedia..

Sebaik sahaja tamat cuti Golden Week (10 hari), aku terus dimaklumkan bahawa aku bakal dihantar pada 3 June menjadikan masa aku di Jpon tak sampai sebulan! Lantas aku terpaksa kerja dalam satu masa termasuk membantu menguruskan projek di Vietnam, Indonesia, dan selebihnya menguruskan proses perpindahan antaranya:


① 予防接種 (Vaccination) 
Aku terpaksa mengambil suntikan Hepatitis A (1st), B (1st), dan Tetanus toxoid (3rd)~ Oleh sebab aku bakal pergi ke Indonesia, doktor nasihatkan untuk aku ambil suntikan 狂犬病 (Rabbies) dengan 日本脳炎 (Japanese encephalitis) di hospital di Indonesia sebab kononnya jumlah suntikan yang perlu diambil memakan masa yang lama~ 
 
② 引越し (Moving)
Oleh sebab aku bakal menetap di Indonesia buat tempoh masa melebihi setahun, aku nekad untuk keluar daripada 寮 (Hostel) sebab rugi bayar setiap bulan tapi tidak menetap di situ.. Jadi awal-awal lagi sudah perlu hantar email pada syarikat Yamato Logistics untuk dapatkan maklumat tentang proses penghantaran~ Terkejut apabila kos penghantaran ke Indonesia menggunakan kapal bagi 1m3 ialah 15万円 (RM5k)! Aku hantar separuh ke Indonesia dan selebihnya disimpan dalam kontena di Jpon dah alang-alang pihak syarikat tanggung segala kos ;)
 
③ 転出届 (Notification of moving out)
Penduduk di Jpon yang ingin berpindah ke tempat yang lain perlu menghantar 転出届 ke 市役所 (Municipal office) di kawasan yang didiami dan ia boleh dilaksanakan 2 minggu sebelum tarikh berlepas~ 転出届 adalah penting supaya kita tak perlu bayar 住民税 (Municipal tax) setiap bulan yang melebihi RM300 (笑) Tak sangka hanya perlu isi borang dan hantar sahaja tanpa perlu menunjukkan dokumen lain~


④ 再入国 (Re-entry permit)
Bermula July tahun lepas, 外国人 (Foreigners) yang memiliki 在留カード (Residence Card) dibolehkan keluar Jpon tanpa berbayar tapi dengan syarat perlu kembali semula dalam masa setahun daripada tarikh dia keluar.. Oleh sebab aku sendiri tidak pasti bila aku boleh kembali ke Jpon, adalah selamat untuk aku beli setem 再入国 siap-siap sementara visa kerja masih hidup sehingga Mac 2015.. 

⑤ 住所 (Home address)
Secara rasminya aku sudah tiada alamat tetap di Jpon setelah aku keluar dari 寮.. Tindakan ini agak melecehkan pelbagai perkara antaranya barangan pos, dan alamat bank~ Asalnya nak minta pihak bank tukar kepada alamat di Indonesia tapi pihak bank tidak benarkan.. Mujur ada rakan yang bakal tinggal di Jpon lama beri kebenaran untuk guna alamat dia.. Barang pos biasa aku guna alamat syarikat memandangkan syarikat akan menghantar pelbagai pos di tempat pekerja yang outstation berada.. 
 
⑥ VISA
Kalau diikutkan orang ASEAN tak perlu membuat Visa untuk masuk ke Indonesia tapi oleh sebab aku pergi atas tujuan kerja dan kena masuk 現場 (Construction Site) membuatkan perlu mengambil visa terlebih dahulu di kedutaan Indonesia~ Pihak syarikat menyerahkan kepada pihak travel agency untuk uruskan hal visa tapi Indonesia antara negara yang ketat membuatkan tuan badan perlu berada di kedutaan sewaktu proses pemohonan walaupun tugas aku hanya perlu tanda tangan 2 helai borang sahaja tanpa perlu berjumpa pegawai dan sebagainya (笑)  


Secara jujur memang hati terasa berat ingin meninggalkan Jpon lebih-lebih lagi tidak pasti bila akan kembali semula.. Indonesia, walaupun lebih dekat dengan Malaysia berbanding Jpon (2 jam ++ penerbangan) tapi suasana kerja dan kehidupan pastinya berbeza.. Paling sedih ialah ibu angkat yang kerap telefon dan mesej bertanyakan khabar dan sebagainya.. Hujung minggu terakhir di Jpon, agak bertuah bila kebetulan abang angkat ada meeting di Tokyo jadi aku ajak dia tidur rumah member di 埼玉 (Saitama) Sabtu malam dan keesokan harinya jalan kaki ke 鉄道博物館 (The Railway Museum), kemudian ke 埼玉大学 (Saitama U) untuk menghadiri majlis meraikan kelahiran sulung bekas roommate di JAD, dan malam itu pula turut-serta event マレーごはんの会 di 高田馬場~
 

Hari yang begitu sibuk sampai terpaksa balik awal sedikit sebab perlu tukar iPhone kepada telefon biasa bagi mengekalkan nombor telefon Jpon (Perlu bayar 1000円 sebulan)~ Malam itu tidur di Malaysia Hall Tokyo sebab 寮 dah hampir kosong (笑) Pertama kali naik ANA Flight tapi geram juga kena bangun awal pagi sebab flight jam 0955 jadi perlu sampai di Narita Airport sekitar jam 0800.. Bersyukur dapat tempat duduk yang ada 2 seat kosong di sebelah jadi boleh baring sambil kaki di atas tempat duduk.. Servis ANA memang terbaik, makanan juga sedap, movies dan drama juga yang terkini, penumpang boleh bawa 2 bagasi berjumlah 46kg secara percuma, cuma yang tak best, tempat duduk dia agak sempit (-_-")


Alhamdulillah aku selamat tiba di Soekarno-Hatta International Airport sekitar jam 1530; pertama kali menjejakkan kaki di bumi Indonesia~ Agak bengong bila tengok ramai 外国人 beratur untuk mendapatkan Visa on Arrival; mujur aku sudah ada Visa jadi hanya perlu maju ke meja imigresen.. Pertama kali dikehendaki membuka bagasi untuk tujuan pemeriksaan.. Mujur tidak dikenakan bayaran apa-apa walaupun kantoi aku bawa 2 external hard disk (笑) Kesilapan besar sewaktu mengambil teksi dari airport ke tempat penginapan; sebab tak tahu harga main belasah sahaja cakap OK, agak terkejut bila yang datang ambil ialah Toyota Alphard dan yang naik cuma aku seorang! 2 jam perjalanan, jumlah jarak hanya sekitar 40km (笑) 

MACET!

p/s Yang faham bahasa pon boleh kena tipu (笑)     





14 comments:

  1. banyak juga benda yang kena uruskan untuk pindah . tapi best juga kan dapat duk dekat dengan malaysia lepas ini boleh la rajin2 balik malaysia.

    ini ke entri yang tak sempat save tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nih..
      ada yg satu lagi..
      tu pon malas giler nak type balik
      haha

      Delete
  2. tak sedih ke nak tinggalkan jepun??? setahun lebih tu agak lama juga tu.. heheh apapun, jge diri ye

    ReplyDelete
  3. berhijrah ke negara lain :) good luck n hati2.

    ReplyDelete
  4. tggalkan jepun..ahh xleh mkn takoyaki dh..haha tetiba ;p tc

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      minat lagi jempot2 pisang daripada takoyaki :p

      Delete
  5. Pengembaraan baru bermula!!! Jauh dari ibu angkat dekat dengan umi sebenar...dh x de la 4 musim~~~ x kering la kulit kyo lagi nanti...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. umi sebenar? lol

      x kering tapi makin gelap la lepas nih.. haha

      Delete
  6. Pengembaraan baru bermula!!! Jauh dari ibu angkat dekat dengan umi sebenar...dh x de la 4 musim~~~ x kering la kulit kyo lagi nanti...haha

    ReplyDelete
  7. Pengembaraan baru bermula!!! Jauh dari ibu angkat dekat dengan umi sebenar...dh x de la 4 musim~~~ x kering la kulit kyo lagi nanti...haha

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak baca journey in Indonesia pulak pasni.. mesti banyak terselit bahasa indonesia pulak kat dalam blog nie. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      skang ni pon dah rojak..
      lepas ni x tau la apa jadi ek :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC