28 February - KOBE
Bas daripada 町田 (Machida) bertolak sekitar jam 2355 dan selamat tiba di 京都駅 (Kyoto station) sekitar jam 0600.. Mujur sepanjang perjalanan dapat tidur walaupun kurang nyenyak ;p Selamat tiba di rumah sekitar jam 0715, ingatkan nak tidur sekejap, tapi tak dapat langsung menunggu sepupu dan rakannya siap mandi untuk maju ke Kobe pula pada pagi itu.. Bertolak dari rumah sekitar jam 1000, pergi beli tiket keretapi murah pada harga 1600円 seorang untuk perjalanan pergi dan balik~ Perjalanan mengambil masa 90 minit dan destinasi pertama kami ialah Masjid Kobe~ Kebetulan tiba di situ waktu mereka baru sahaja hendak mengerjakan Solat Zuhur pada jam 1230, dapat pahala berjemaah ;p
Makan tengahari di restoran Naan Inn yang terletak berdekatan dengan masjid.. Restoran ini terkenal (kot) dikalangan masyarakat Malaysia kerana Siti Nurhaliza dan Aizat pernah makan di sini~ Selesai mengisi perut, kami berjalan kaki pula ke Merican Park untuk melihat kesan tinggalan gempa bumi teruk yang menimpa sekitar 関西 (Kansai) pada tahun 1995.. Kemudian, kami pergi ke 人と防災未来センター (Disaster Reduction and Human Renovation Institution) kerana sepupu ingin merasa gempa bumi~ Ambil kupon di Information Center Sannomiya Station khas untuk pelancong asing supaya boleh dapat tiket masuk pada harga 480円~ Pergi ke 岩屋駅 (Iwaya Station) dan daripada situ jalan kaki selama 10 minit untuk menuju ke destinasi..
Sayangnya di situ juga tidak disediakan fasiliti untuk merasa gempa bumi ;p Kononnya paling dekat ialah di Osaka.. Lepak di situ sehingga jam 1700, kemudian bertolak pula ke Osaka sekadar untuk menunjukkan bagaimana keadaan Osaka alang-alang tiket murah tersebut memang akan berhenti di Osaka.. Jalan-jalan sekitar stesen sambil menunjukkan apa yang ada disitu.. Balik dari Kusatsu, ajak mereka makan di kedai お好み焼き (Okonomiyaki)~ Agak kaget apabila melihat chef tersebut menyapu minyak daripada bekas yang mengandungi objek seperti daging.. Selepas ditanya, dia menggunakan daging lembu dan bukannya daging khinzir~ Selepas ini kalau nak pergi makan kedai camni memang kena selidik dahulu la~
No comments:
Post a Comment