27 February - KAWASAKI
Salah satu tugas yang perlu ak laksanakan sebelum pulang ke Malaysia ialah menjalani 健康診断 (Medical checkup) dan juga 寮見学 (Hostel check).. Pihak syarikat meminta semua 内定者 mengambil pada hari yang telah ditetapkan awal iaitu 13 Mac tapi memandangkan ak masih berada di Malaysia pada tarikh tersebut, ak seorang sahaja terpaksa mengambilnya terlebih dahulu.. 健康診断 dijadualkan pada 0900 jadi pihak syarikat sudah menempah Hotel Sunroute Kawasaki yang terletak berhampiran dengan 川崎駅 (Kawasaki Station)~ Naik 新幹線 (Bullet train) daripada 米原 (Maibara) sengaja nak dapat harga murah ;p Mujur tak perlu bayar harga tambahan sewaktu turun di 川崎駅 o_0
Kedudukan hospital pula tidak jauh daripada hotel~ Seperti biasa, calon dikehendaki mengisi アンケート (Survey) ketika mendaftar; pertama kali diberikan baju salinan dan locker~ 検査 (Examination) bermula daripada ujian air kencing sekitar jam 0945, kemudian 心電図 (Electrocardiogram), physical check, 聴力 (Hearing ability), 視力 (Eyesight), ujian darah, dan X-ray.. Pertama kali ambil 心電図, 聴力 dan ujian darah di Jpon, jadi agak janggal pada mulanya.. Alhamdulillah, doktor pun tidak cakap banyak sewaktu dia check perut dsb.. Keputusan 健康診断 biasanya mengambil masa 2~3 minggu tapi sekiranya ada masalah, mungkin pihak hospital akan hubungi pihak syarikat ;p
Oleh kerana ada ujian darah, ak sudah dimaklumkan awal agar tidak mengambil sarapan pada pagi itu.. Alhamdulillah pihak syarikat belanja makan tengahari di restoran うなぎ (Eel)~ Puas hati makan うな重 set yang berharga 3000円++ Waktu makan tengahari, sempat berborak tentang life, gempa bumi dsb.. o_0 Selesai makan, maju ke syarikat pula untuk sesi claim duit, test baju dan kasut 工事 (Construction), dan ambil gambar.. Destinasi terakhir ialah 寮見学 di 鹿島田 (Kashimada)~ Mujur tak banyak barang yang ak perlu bawa kerana kebanyakannya dah memang sedia ada di 寮 cuma yang tak bestnya ialah tak boleh masak dalam rumah~ Menariknya, pihak syarikat akan tanggung kos penghantaran barangan ke 寮 \(^o^)/
p/s Cepat sungguh masa berlalu..
No comments:
Post a Comment