Pagi ini semangat tidak tidur selepas Subuh kononnya nak keluar awal pagi, tapi disebabkan hujan pula pagi itu ditambah lagi dengan member pun masih hanyut dibuai mimpi; maka hari ke-2 pun keluar rumah pada waktu yang sama seperti kelmarin.. Agak sakit hati apabila bas lalu meninggalkan kami gara-gara tidak angkat tangan membuatkan terpaksa tunggu lagi 40 minit untuk bas berikutnya tiba.. Agak bernasib baik apabila sempat mengejar ferry sebelum berlayar jadi jimat masa menunggu ferry tiba ;) Plan tengahari ini ialah pusing-pusing sekitar Jeti bagi melihat bangunan-bangunan bersejarah di situ.. Sewaktu tiba di Jeti, hujan turun sedikit, tapi apabila kami tiba di Fort Cornwallis, hujan turun dengan lebat membuatkan kami terpaksa tumpang berteduh di restoran berdekatan situ selama hampir 2 jam!
Apabila hujan sudah semakin reda barulah kami sambung perjalanan menuju ke destinasi terdekat iaitu Masjid Kapitan Keling~ Jalan Masjid Kapitan Keling juga digelar "Street of Harmony" kerana menghimpun pelbagai bangunan keagamaan pada setiap paksi~ Selesai solat, pergi gunting rambut memandangkan caj yang dikenakan hanya RM5; Shah Alam biasa RM8~ Kemudian kami berjalan kaki menuju ke KOMTAR dalam misi mencari pusat urut kaki~ Lenguh berjalan kaki sejak tiba di Malaysia 1 March lalu dan bila jumpa sahaja kedai urut, memang laju sahaja masuk~ 1 jam RM38! Selesai mengurut sekitar jam 1700, kami pusing-pusing sekitar KOMTAR dahulu sebelum naik bas menuju ke Batu Feringghi pada harga RM2.70 kononnya untuk melihat matahari terbenam~
Interior masjid yang dimaksudkan |
Perjalanan menuju ke destinasi memakan masa hampir 1 jam daripada KOMTAR.. Apabila tiba di situ, kami bingung nak berhenti di mana sehingga melepasi kawasan pantai, masjid terapung dsb.. Akhirnya kami berhenti di hadapan stesen minyak Petronas Batu Feringghi yang mana persekitarannya orang sudah mula berniaga untuk "Night Market".. Rakan ajak usya "Sunset" di Hard Rock Hotel jadi kami terus berjalan kaki agak lama sehingga azan Maghrib berkumandang tapi bayang hotel masih tidak kelihatan.. Bila diberitahu masih jauh lagi, kami terus batalkan niat sebaliknya berhenti solat~ Subhanallah, kagum dengan interior masjid itu! Selesai solat, usya barangan di Night Market, makan malam di restoran sebelum pulang.. Konon nak makan Nasi Kandar, alih-alih minta makanan barat sebab kempunan ;p
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment