29~30 December - NIIGATA
Oleh kerana tahun ini merupakan tahun terakhir majoriti geng JAD 6 berada di Jpon, kami telah merancang untuk bermain snowboard pada penghujung 2011 dan sekitar Febuari 2012 kelak.. 苗場 (Naeba) yang terletak di 新潟県 (Niigata Prefecture) menjadi destinasi pertama meskipun hanya 2 hari dengan bayaran 16500円 (RM 675) termasuk board dan baju.. Seramai 18 orang turut-serta di mana 4 daripadanya merupakan ahli keluarga rakan yang kebetulan sedang melancong di Jpon.. Bertolak daripada 新宿 (Shinjuku) sekitar jam 2230 pada malam 28hb dan selamat tiba di destinasi keesokan harinya sekitar jam 0530 yang mana suhu luar pada ketika itu ialah -9℃ o_0
|
Tempat kami menetap selama 1 malam.. |
|
Hari pertama.. Ramai masih happy lagi sebelum mula main.. |
Ini merupakan kali pertama untuk ak bermain snowboard di 苗場 yang agak berhampiran dengan 妙高杉の原 (Myoko Suginohara), destinasi kami pada tahun yang lepas dan juga tahun sebelumnya.. Sebelum mula bermain, kami pergi mengambil baju dan board di kedai sewa yang terletak agak jauh daripada tempat meluncur.. Tiba di sana, kami dikejutkan apabila disuruh bayar 2000円 (RM 81) untuk insurans baju dan papan luncur selama 2 hari.. Asalnya nak ambil insurans untuk papan sahaja, tapi orang kedai berjaya memanipulasikan kami untuk ambil insurans baju kononnya hujung tahun dan orang ramai memudahkan baju senang koyak apabila berlaku pelanggaran?
|
Happy walaupun sakit-sakit pada hari ke-2 |
|
Bergambar di hadapan peta 苗場 |
Hari pertama paling terbaeeekkk sebab salji tidak turun dan matahari jelas kelihatan.. Kami dapat meluncur dengan tenang sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan (笑) Sepanjang 2 hari itu, makanan tengahari ak adalah udon dan kentang goreng yang berharga 1000円 (RM 40) (-_-") Course yang disediakan di 苗場 agak mencabar dan banyak pilihan; sayang tidak dapat cuba course paling "gile" sebab main dengan geng amateur (笑) Ada peluang untuk main pada belah malam sampai jam 2100; plan asal nak gerak selepas makan malam jam 1800 tapi bas terakhir berlepas jam 1830 dari hotel (-_-") Malam itu plan nak borak-borak, sekali jam 2000 lagi dah terbongkang pastu bangun pagi keesokan harinya pada jam 0630 (笑)
|
Gambar rakan yang sempat penulis tangkap.. |
|
Makan malam agak "grand" |
Hari kedua agak 大変 (Terrible) sebab salji turun sepanjang hari! Memandangkan ak gagal membawa kamera semalam, jadi ak tiada pilihan lain daripada terpaksa mengambil gambar dengan banyak pada hari ini.. Kami berlepas agak lewat kerana check out jam 1000.. Salji yang agak lebat membuatkan ada beberapa gondola yang tidak berfungsi pada pagi itu menyebabkan orang beratur macam semut untuk main di gondola biasa.. Salji yang lebat juga menyukarkan untuk meluncur hatta untuk orang yang sudah pakai goggles! Takziah untuk seorang rakan yang terjatuh teruk ketika meluncur sehingga gagal untuk bernafas selama 4 saat! Selepas jatuh dia asyik merungut sakit pada tulang rusuk sepanjang hari~
|
Sempat bergambar bersama snowman.. |
|
Port lepak untuk makan tengahari selama 2 hari.. |
Petang itu kami terpaksa berjalan jauh untuk memulangkan baju dan board sebelum berangkat pulang.. Agak sakit hati sewaktu memulangkan baju kerana pihak kedai langsung tidak periksa baju tersebut.. Rugi sahaja bayar 1000円 untuk insurans baju tu! (-_-") Selesai urusan pulangkan barang, kami kembali semula ke hotel untuk mandi dan bersiap untuk pulang.. Naik bas sekitar jam 1830 dan selamat tiba di 新宿 semula sekitar jam 2130.. Beberapa hari selepas itu, rakan yang jatuh teruk pergi jumpa doktor kerana tidak tahan sakit, rupa-rupanya benda yang bersambung antara tulang rusuk dan tulang tengah dia tercabut! Jadi berpada-padalah bermain snowboard bagi amateur ;)
|
Alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan.. Selamat pakai protection pada badan dan punggung bagi mengurangkan kesakitan ketika terjatuh.. |
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment