Followers

Wednesday, 4 January 2012

Kanazawa Trip

24 December - KANAZAWA

Peluang untuk menuntut ilmu agama disamping menziarah kawasan yang tidak pernah ak jejaki sepanjang berada di bumi matahari terbit ini sememangnya suatu peluang yang tidak akan ak lepaskan begitu sahaja.. Untuk itu, seminggu sebelum tarikh berlepas lagi ak sudah membeli siap-siap tiket keretapi menuju ke 金沢 (Kanazawa) yang terletak di kawasan 北陸 (Hokuriku) melalui co-op RITS.. Perjalanan sejauh 5 jam menggunakan keretapi daripada 南草津 (Minami Kusatsu) menuju ke 能登部 (Notobe); daripada 米原 (Maibara) kena naik 特急しらさぎ (Shirasagi Express) menuju ke 金沢 membuatkan jumlah tambang adalah 6050円 (RM 245).. Harga adalah selepas diskaun pelajar ;)


Memandangkan selesai program ak akan terus berlepas ke 関東 (Kanto), ingatkan nak naik 新幹線 (Bullet train) sahaja daripada 金沢, sekali terkejut bila mendapati tiada 新幹線 di situ! Kalau nak naik juga, perlu patah balik ke 米原~ Biasanya orang 関東 guna kapal terbang untuk pergi 北陸 (-_-") Nasib baik dapat beli tiket bas のびのび pada harga 4000円 (RM 165) pada malam 27hb meskipun terpaksa akur berada di dalam bas selama 8 jam perjalanan~ Ini merupakan kali pertama ak menggunakan pengangkutan awam melebihi jangka masa 4 jam bagi keretapi dan 6 jam bagi bas ;) Trip kali ini keseorangan kerana 26hb masih hari sekolah di RITS (Ada kelas TA hari itu tapi minta 後輩 tolong ganti)


Memandangkan sesi pendaftaran bermula sekitar jam 1600 dan shuttle bus daripada 能登部 akan berlepas pada jam 1530, ak terpaksa bertolak daripada rumah sekitar jam 0930~ Peristiwa menarik berlaku ketika hendak beratur menunggu keretapi 特急しらさぎ tiba di 米原~ Tiba-tiba ditegur salah seorang penumpang Jpon dengan panggilan "ARSENAL!" apabila melihat emblem pada jumper yang ak pakai.. Awalnya kami berborak di dalam 英語 (English), namun kemudian terus bersambung dalam 日本語 (Japanese) setelah dia tahu ak boleh berkomunikasi dalam bahasa dia.. Sepanjang perjalanan, kami banyak berborak tentang bola sepak sahaja; suatu pengalaman baru untuk ak dengan seorang yang tidak ak kenali (笑)


Selepas dia berhenti untuk turun di 福井 (Fukui), sekali lagi ak dikejutkan apabila mendapati ak duduk di gerabak yang sama dengan ustaz dan 2 orang rakan IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) menuju ke destinasi yang sama *Subhanallah* Ustaz tersebut merupakan abang ipar kepada pakcik belah Ummi; terkejut juga dia mengenali ayah ak kerana masing-masing berkongsi guru yang sama ;) Dalam perjalanan dah boleh lihat salji turun dengan lebat.. Kononnya 北海道 (Hokkaido) memang kawasan paling sejuk di Jpon, tapi 北陸 boleh berbangga dengan kawasan paling tebal salji di Jpon! Paling 'syahdu' apabila naik daripada 金沢 menuju ke 能登部 kerana terpaksa berdiri selama 1 jam setengah (17 stesen) ;)  

Solat di dalam stesen yang agak sempit sementara menunggu shuttle bus tiba..

p/s Dalam perjalanan, banyak kali keretapi berhenti sebab salji tebal nau (-_-")         

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC