Followers

Sunday, 29 January 2012

Proses Penukaran Status Visa

19 January - OTSU

Pada penghujung tahun lepas lagi ak sudah dimaklumkan oleh pihak syarikat tentang proses penukaran visa daripada pelajar kepada pekerja memandangkan ak bakal bekerja di sini bermula April insyaAllah.. Kami disarankan untuk memohon di pejabat imigresen terdekat dengan tempat tinggal secepat yang mungkin kerana proses penukara ini mengambil masa yang lama (2 minggu ~ sebulan).. Agak beruntung kerana pihak syarikat sudah menyediakan segala dokumen yang perlu ak serahkan, tinggal pada ak untuk isi bahagian yang di suruh berserta dengan dokumen yang perlu ak serahkan sekali ketika membuat pemohonan tersebut.. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang di maksudkan:

Senarai dokumen yang disediakan oleh pihak syarikat:
  • 在留資格変更許可申請書 (Application for change of status of residence)
    1) 申請人用 (For applicant)
    2) 所属機関等用 (For organization)

  • 会社四季報 (Company journal)  

Senarai dokumen yang perlu ak sediakan:
  • Passport
  • 外国人登録証明書 (Alien card)
  • 成績証明書 (Transcript of results)
  • 卒業見込み証明書 (Transcript of expectation of graduation) 


Mujur tidak banyak yang disoal oleh pihak imigresen memandangkan syarikat ini adalah 株式会社 (Joint-stock company) dan agak kukuh.. Selesai 審査 (Check) segala dokumen yang dibawa, ak dikehendaki menulis nama dan alamat rumah di atas sekeping 葉書 (Postcard) kerana pihak imigresen akan menghantar 葉書 tersebut ke rumah ak bagi memaklumkan bahawa visa ak sudah siap untuk diambil.. Passport dan alien card dipulangkan setelah selesai 審査 dan ak dibenarkan pulang.. Namun, proses penukaran status visa masih belum tamat kerana selepas mendapat 葉書 tersebut, ak dikehendaki menyediakan dokumen seperti dibawah ketika melawat pejabat imigresen:

  • 葉書 (Postcard)
  • Passport
  • 外国人登録証明書 (Alien card)
  • 卒業証明書 (Certificate of graduation)
  • 手数料 (Commission) sebanyak 4000円

p/s Dokumen yang perlu ketika memohon penukaran visa mungkin berbeza mengikut pejabat imigresen.. Ak tidak diberitahu pun perlu bawa 成績証明書 dan 卒業見込み証明書 oleh pihak syarikat jadi bila diminta oleh pegawai imigresen, ak dah fikir kena datang sekali lagi.. Namun, alhamdulillah bila dia benarkan untuk hantar pakai pos sahaja.. ;) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC