Followers

Thursday, 12 January 2012

Kamakura Trip

3 January - KAMAKURA

Suasana di dalam stesen

Sebelum ak pulang ke 関西 (Kansai) pada malam itu, ak rancang untuk pergi ke salah satu tempat pelancongan di sekitar 関東 (Kantou) iaitu 鎌倉 (Kamakura) yang mirip Melaka (笑).. Walaupun keluasan 鎌倉 pada masa sekarang agak kecil, ia pernah menjadi ibu negara Jpon ketika era Kamakura suatu ketika dahulu! Terkejut dengan bilangan pengunjung sewaktu tiba di 鎌倉駅 (Kamakura Station) pada tengahari itu; ingatkan ramai nak lihat patung Buddha sekali, tapi agak pelik takkan orang Jpon pun tak pernah tengok patung itu.. Kami main ikut sahaja orang lain jalan sampailah terpaksa beratur untuk memasuki sebuah tokong.. 


Sepanjang berada di Jpon, inilah kali pertama ak terpaksa beratur panjang hampir 1 jam semata-mata untuk memasuki tokong.. Ini adalah kerana budaya orang Jpon pada awal tahun baru untuk menziarah tokong berdekatan yang dipanggil 初詣 (Hatsumoude)~ 鶴岡八幡宮 (Tsurugaoka Hachimangu) merupakan salah sebuah tokong paling penting dalam agama 神道 (Shinto) dan tokong ini juga termasuk dalam senarai  重要文化財 (Important Cultural Properties)~ Pertama kali didirikan pada tahun 1063, padanlah tokong ini destinasi utama penduduk sekitar 神奈川県 (Kanagawa Prefecture) ziarah untuk 初詣~ 

Nak naik tangga pun beratur..
Nak masuk tokong pon ada masa dia.. Begitu sistematik Jpon dalam bidang pengurusan~

Selesai mengambil gambar apa yang patut tak sampai seminit di dalam tokong itu, kami masuk ke dalam muzium kecil yang terletak di dalam tokong.. Agak terkejut apabila diberitahu destinasi utama kami iaitu 高徳院 (Koutoku-in) terletak agak jauh daripada tokong itu sehingga perlu menggunakan keretapi! Dalam perjalanan pulang ke stesen, ak sempat menjamah chocolate crepe buat pertama kali pada harga 300円! Tiba di 鎌倉駅, ak cuba bertanyakan jalan di pondok polis.. Siap diberikan peta, confident boleh pergi dengan jalan kaki meskipun mengambil masa hampir 30 minit, namun baru jalan sedikit dah tak tahu jalan membuatkan kami tiada pilihan lain untuk pergi dengan keretapi menuju ke 長谷駅 (Hase Station)

Tangkal laku macam pisang goreng panas! 
Chocolate Crepe! 

Untuk ke situ kami perlu menggunakan perkhidmatan 江ノ電 (Enoden).. Nyaris-nyaris sempat tiba sebab 高徳院 tutup pada jam 1700 dan kami tiba awal 30 minit sebelum itu.. 300円 dikenakan sebagai caj tiket.. Di dalam tokong ini ada 鎌倉大仏 (The Great Buddha of Kamakura) iaitu sebuah monumen gergasi berimejkan Buddha sedang duduk bersila.. Kononnya mula dibina pada tahun 1252, namun kurang jelas samada apa yang ada sekarang merupakan struktur asal atau tidak.. Ketinggian 13.35m dan berat 93 ton! Terkejut mendapati ada selipar gergasi tergantung di dinding tokong itu (笑) Tiada apa sangat di sini, teringin nak singgah 江島神社 yang kononnya dalam gua? tapi sayang dia tutup lebih awal iaitu jam 1600~


Buat pertama kali ak dapat naik bas ke 関西 daripada 町田 (Machida) walaupun terpaksa bayar pada kos yang paling mahal pernah ak bayar iaitu 5000円 (-_-") Tarikh-tarikh begini memang agak genting membuatkan kebanyakan harga adalah sekitar 5000円 jadi ak tiada pilihan~ Alhamdulillah, malam sebelum pulang itu kami dijamu dengan menu nasi lemak buatan sendiri oleh Cik Syasya (笑) Siap ada tetamu Jpon 2 orang yang ak kenali sewaktu bersama-sama melancong ke Langkawi pada September yang lepas (link).. Borak sakan dengan mereka kerana kali terakhir berjumpa adalah sewaktu di LCCT~ 

Credit to Cik Syasya for the lovely dish~ 

p/s Cik Syasya adalah seorang lelaki macho! Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC