Followers

Wednesday, 21 September 2011

Open House

18 September - SHAH ALAM

Antara makanan yang di hidang.. 

Oleh kerana ini merupakan minggu terakhir ak berada di Malaysia, Ummi bercadang membuat Open House untuk saudara-mara terdekat pada hari ini.. Ak mengambil kesempatan untuk mengumpulkan geng Teknik Melaka (TM) yang boleh hadir untuk memeriahkan lagi majlis memandangkan kami memang bercadang untuk mengadakan reunion sempena kepulangan ak.. Majlis bermula selepas Zuhur; sekitar jam 1400 pula ak berlepas ke Dewan SUK untuk menghadiri perkahwinan salah seorang sahabat PLKN setelah 6 tahun tidak bertemu.. 


Macho pergi keseorangan sebab ingat boleh reunion sekali dengan member PLKN di situ, tapi malangnya cuma ak seorang sahaja yang hadir pada waktu itu (-_-") Alhamdulillah, Beca sanggup hadir meredah lebuh raya PLUS dari Melaka dengan motor mantap dia untuk reunion= Rupa-rupanya dah ramai geng TM yang mencari rezeki di sekitar lembah Klang sekarang.. Open House kali ini juga dimeriahkan dengan kehadiran seorang kenalan dari Jordan yang biasa ak hubung melalui twitter sahaja.. Paling mengejutkan apabila diberitahu bahawa hubungan dia dengan ak adalah "Empat pupu" (笑)

Tak sah kalau tak layan PES lepas juadah..
p/s Dah nak balik Jpon tapi barang tak pack lagi nih.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC