Followers

Thursday, 22 September 2011

Back 2 Japan

21 September - JAPAN

Setelah lebih 3 minggu ak "merempat" di tanah air tercinta, tibalah masa untuk ak mengucapkan selamat tinggal bagi meneruskan perjuangan membawa pulang sijil sarjana pada tahun hadapan.. Bersyukur kerana beli tiket kapal terbang pada 21hb dan bukannya 20hb iaitu plan asal; jika tidak ak pasti tersangkut dengan cuaca buruk di sekitar 関西 (Kansai) lebih-lebih lagi dengan kehadiran taufan yang kini sedang "menyerang" bumi matahari terbit.. Bertolak daripada rumah sekitar jam 2130, dan selamat tiba di KLIA sekitar jam 2210.. Mujur tempat duduk sudah ditempah awal oleh salah seorang member yang mempunyai "kabel" dengan MAS (笑)

Taufan Talas

Tempat duduk yang diberi boleh kata menarik; seat no. 28 yakni berdekatan dengan pintu jadi tiada masalah ruang kaki sempit.. Penerbangan dari KLIA pada jam 2345; ingatkan dah sedap tapi malangnya susah nak melelapkan mata dek diganggu bunyi pintu tandas bila orang keluar masuk (-_-") Pastu MAS tidak menyediakan penutup mata; pancaran lampu skrin di hadapan yang agak kuat juga menyukarkan ak untuk tidur~ Selamat mendarat di Kansai Airport pada jam 0700, kami naik Haruka dengan harga tiket 3250円; agak mahal tapi terpaksa sebab barang banyak sangat kali ini.. Tak larat nak tarik untuk naik bas~

Haruka

Terpaksa menunggu keretapi Haruka bertolak pada jam 0845, dan selamat tiba di rumah sekitar jam 1100.. Bersyukur juga penggantung baju yang dibiarkan di beranda selamat tidak diterbangkan angin taufan (笑) Teringin nak lelapkan mata tapi gagal juga; kebetulan CALL orientation yang sepatutnya dijadualkan pada 21hb telah ditunda pada 22hb dek taufan jadi ak tiada alasan untuk tidak menghadirkan diri (-_-") Orientasi bermula sekitar jam 1300 dan tamat dalam masa 2 jam.. Isi perut di Saizeriya pada belah petang baru pulang semula ke rumah.. Tertidur selepas solat asar dan terbangun bila dengar azan Isya' pada jam 1930 (-_-") 

p/s Ya Allah, berikanlah ak kekuatan untuk meneruskan perjuangan di bumi asing ini~     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC