Followers

Monday, 19 September 2011

Langkawi Trip

12~14hb September - LANGKAWI

Memandangkan cuti musim panas tidak lama dan masa yang agak panjang di Malaysia tidak disia-siakan apabila perancangan ke Langkawi telah dibincangkan rapi beberapa bulan yang lepas.. Kebetulan 3 rakan Jpon turun ke Malaysia pada 12hb itu jadi kami bawa mereka sekali untuk percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam sebelum bertolak pula ke Singapore pada petang 14hb itu.. Berikut merupakan rentetan peristiwa sepanjang percutian kami ke Langkawi dan tragedi sebelum bertolak ke Singapore..


12hb September
Member Jpon Zahir tiba di LCCT sekitar jam 0700 dan Zahir telah siap menunggu mereka tiba sejak Subuh lagi.. Flight pada jam 1250 tapi atas faktor yang tidak dapat dielakkan, kami selamat tiba di LCCT sekitar jam 1210 menaiki kereta.. Kami menaruh harapan kepada Zahir untuk selesaikan tiket penerbangan tapi malangnya Zahir hanya tiba 5 minit kemudian di LCCT setelah membawa rakan Jpon nya menziarah Masjid Putrajaya.. Kami cuba berbincang dengan akak kaunter bagasi tapi dia mempertikaikan bagaimana kami boleh sempat print out tiket penerbangan tersebut memandangkan tiket tersebut sepatutnya hanya boleh print out 1 jam sebelum penerbangan sahaja (-_-")


Habis masa yang banyak kerana akak tersebut tidak mahu terima bagasi dan jam sudah menunjukkan hampir jam 1230.. Hanya 2 orang geng Jpon yang tidak lepas bagasi untuk dibawa masuk membuatkan kami plan untuk hantar 2 bagasi melalui pos sementara yang lain terus masuk flight.. Pintu sepatutnya ditutup 20 minit sebelum berlepas tapi malangnya sewaktu kami tiba, pintu telah di tutup sedangkan jam masih belum menunjukkan jam 1230! "Indah" sungguh pengalaman pertama ak menggunakan AirAsia apabila terpaksa membayar penalti RM107 seorang untuk menaiki penerbangan seterusnya yakni jam 1410.. Penerbangan mengambil masa 1jam dan kami tiba di lapangan terbang dengan cuaca agak OK..


Urusan tempat tinggal, kereta sewa, dan pelan pelancongan sudah sempurna; cuma agak terkilan apabila harga yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan di Airport lebih rendah daripada harga yang kami bayar termasuk kereta sewa (-_-") Kami bermalam di Malibest Resort; betul-betul di belakang Pantai Cenang! Check in sekitar jam 1600, selesai solat dan berehat, kami berlepas ke destinasi pertama iaitu Hanging Bridge yang berdekatan dengan Telaga Tujuh.. Berada di situ sehingga Maghrib tapi malang tidak dapat melihat matahari terbenam cantik.. Makan malam di Kuah; boleh tahan harga yang ditawarkan jika nilai dari segi matawang Yen ;) Sebelum tidur, kami pusing-pusing di Pantai Cenang yang agak nyaman dan tenteram!


13hb September
Pagi itu selesai solat Subuh, kami pergi sekali lagi ke Pantai Cenang dengan niat untuk melihat matahari terbit tapi gagal kerana posisi terbalik; sepatutnya cari kawasan belah Timur ;) Naik kereta sanggup untuk mengejar matahari terbit tapi gagal juga~ Kami diberitahu untuk berkumpul di Jeti pada jam 0830, punya la "rushing" sampai tidak sempat sarapan dengan betul dan bila kami tiba, rupa-rupanya abg yang uruskan syarikat pelancongan beritahu yang itu "Janji Melayu", 0930 baru ferry berlepas (-_-") Berlepas ke Pulau Payar yang mengambil masa 1 jam daripada Jeti untuk merasai pengalaman "Snorkelling".. Alhamdulillah cuaca pada hari ini begitu indah meskipun ramalan cuaca mengatakan minggu ini hujan~


Sengal tak bawa kamera sebab ingatkan akan berada di bawah laut sepanjang masa; pengajaran supaya selidik terlebih dahulu apa itu snorkelling (-_-") Mujur rakan Jpon ada yang bawa.. Makan tengahari yang disediakan agak mewah, siap nasi sedangkan sebelum itu kami di suruh beli nasi di restoran Mamak~ Sebelum pulang, ada babak mencemaskan apabila arus air terlalu kuat membuatkan ak sukar untuk berenang ke pesisiran pantai.. Mujur rakan Jpon yang mempunyai lesen berenang mampu untuk menarik ak~ Selamat tiba di Jeti semula sekitar jam 1630, kami terus pecut ke tempat penginapan kerana masing-masing agak lesu sehari suntuk meskipun sudah tidur dalam ferry.. 


Bagi menjimatkan wang, kami beli juadah untuk makan malam di Pasar Awam yang berhampiran Kedawang.. Teringin nak menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati makan malam di Pantai Cenang tapi malangnya atas faktor kelewatan, kami gagal juga~ Mujur durian ada di jual di Pasar memandangkan seorang Jpon ini dah mengidam sungguh untuk makan Raja Buah setelah tidak puas hati dengan coklat Durian yang diberi.. Tapi bila beri dia rasa durian sebenar, mereka tidak dapat menerima pula (笑) Memandangkan minyak masih banyak dan esok merupakan hari terakhir, kami bawa kereta pusing-pusing sekitar Langkawi terutamanya Awana Resort dan beberapa destinasi sekitar Malibest..


14hb September
Destinasi pertama kami pada pagi ini ialah Laman Padi yang begitu hampir dengan tempat kami tinggal.. Tak sangka tiada bayaran yang dikenakan ketika masuk, dan Tour Guide begitu rajin membawa kami mengelilingi kawasan sambil menerangkan jenis pokok dan khasiatnya.. Malang apabila aktiviti menanam padi tidak dapat dijalankan kerana banyak tanah di situ rosak akibat bancir yang melanda beberapa hari yang lepas.. Destinasi seterusnya ialah Telaga Tujuh; banyak guna tenaga kerana terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke telaga tersebut.. Sayang sungguh tidak bawa pakaian renang kerana pelancong dibenarkan berenang di sekitar air terjun yang memang TERBAEEEK!


Kemudian kami pergi ke Makam Mahsuri yang agak terkenal di kalangan pelancong; agak penuh waktu kami tiba dengan rombongan pelancong daripada Thailand.. Tidak sangka ada lagi generasi Mahsuri sehingga kini yang konon nya berada di sekitar Thailand! Destinasi terakhir kami sebelum menuju ke Airport ialah memborong coklat di Kedai Haji Ismail di Kuah.. Hampir RM70 dibelanjakan untuk pelbagai jenis coklat sahaja; jumlah yang agak besar dan pertama kali digunakan hanya untuk itu ;) Selamat tiba di airport sekitar jam 1530, agak awal dan sepatutnya selamat daripada dikenakan penalti memandangkan waktu penerbangan kami adalah pada jam 1650..


Penerbangan ke Singapore dari LCCT pula ialah pada jam 1800, dan kami hanya ada sela-masa 1 jam tapi ada kuasa yang lebih besar pada hari tersebut; penerbangan dari Langkawi terpaksa di tunda memandangkan KL hujan lebat! Pada mulanya kami diberitahu penerbangan ke Singapore akan di tukar masa dan tiada bayaran akan dikenakan; kami berlepas dari Langkawi sekitar jam 1730 dan bila tiba di LCCT, kami terus ke kaunter 68 untuk bertanyakan penerbangan ke Singapore tapi nasib tidak menyebelahi kami apabila dikenakan penalti RM100 setiap seorang jika ingin pergi ke Singapore! Akak kaunter itu mempertikaikan kami sepatutnya tiba 1 jam awal jika ingin menukar waktu penerbangan (-_-")


Melihatkan cuaca yang agak teruk pada hari tersebut, dan ramalan cuaca menunjukkan Singapore juga mengalami cuaca yang sama, dan setelah berbincang dengan Ummi, ak membuat  keputusan untuk membatalkan sahaja trip ke Singapre kendatipun duit penerbangan tidak boleh re-fund.. 3 orang buat keputusan yang sama manakala 4 lagi nekad ke Singapore kerana ada 3 lagi "Jpon-mari" yang menunggu mereka di sana.. Agak rugi sebab kami dikenakan penalti RM50 seorang kerana terpaksa membatalkan sewa bilik untuk malam tersebut di Singapore (-_-") Pulang menaiki bas pada harga RM8; dalam perjalanan dapat melihat kemalangan jalan raya di hadapan Istana Negara (笑) 


p/s Tension je bila lihat gambar member yang pergi Singapore; boleh pulak tak hujan.. Rezeki depa~ Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC