Alhamdulillah.. sudah seminggu lebih ak berada di Malaysia untuk pulang beraya bersama keluarga di kampung setelah 8 bulan meninggalkan negara tercinta.. Ternyata pulang beraya tahun ini merupakan pilihan paling tepat; masih menyesal tidak pulang beraya tahun lepas ;) Agak terkilan tiada WiFi sepanjang berada di kampung pada tahun ini, ada hikmah juga kerana jika tidak, mesti akan terlalu asyik dengan iPhone sehingga kurang bersosial dengan saudara di kampung ;p
Bersyukur juga sempat mengerjakan solat tarawikh lengkap dengan sunat withir pada malam ke 28 di rumah Habib Omar.. Siap dapat hadiah 2 buah buku Fiqh secara percuma sebelum pulang.. Malam berikutnya ikut Ummi pergi "Shopping Raya" di Jalan TAR yang penuh dengan orang asing; yang Melayu pun dah tak macam Melayu.. Siap ada babak pekik-memekik macam nak gaduh seperti filem KL Gangster (-_-") Terserempak dengan Dato' Mukhriz waktu lepak layan bola di Mamak malam itu o_0
Jalan raya sepanjang musim perayaan juga agak lancar meskipun Ops Sikap menunjukkan angka kematian tetap meningkat setiap hari.. Dalam perjalanan pulang, banyak juga kereta yang rosak di tepi jalan o_0 Menu wajib setiap rumah yang ak ziarah sepanjang musim raya ialah Mee Kari ;) Layan betul sebat kuih raya yang guna cornflakes (笑) Di radio, lagu yang paling kerap ak dengar ialah Good Life nyanyian One Republic.. Boleh tahan juga video clip lagu ini ;)
p/s Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog ini!
No comments:
Post a Comment