19~24 August - BEIJING
Ak cuba menghantar kertas kerja ke pelbagai jenis 学会 (Conference) memandangkan ini merupakan tahun terakhir ak sebagai pelajar; namun hanya ICEMS (International Conference on Electric Machines & Systems) sahaja yang memberikan lampu hijau.. Jika tahun lepas, ICEMS 2010 (link) telah diadakan di Incheon, Korea dan tahun ini pula ia telah diadakan di Beijing, China.. Tahun hadapan pula akan bakal diadakan di Hokkaido, Jpon.. Selepas membuat visa untuk memasuki China (link), barulah tiket kapal terbang boleh dibeli; oleh sebab beli agak lewat, kami tiada pilihan lain dan terpaksa berlepas awal pada 19hb dan pulang pada 24hb kendatipun 学会 adalah 20hb~23hb sahaja..
19 August
Memandangkan penerbangan kami adalah pada jam 1350, kami bertolak daripada rumah pada sekitar jam 1000 menuju ke Osaka dan daripada situ naik bas menuju ke KIX (Kansai International Airport).. Pertama kali naik bas daripada Osaka, sebelum ini naik daripada Kyoto sahaja tapi bila kira kos, ternyata gerak daripada Osaka adalah lebih jimat.. Selamat tiba di KIX sekitar jam 1215, terkejut dengan bilangan orang yang beratur untuk check-in menuju ke Beijing pada hari yang sama.. Tempoh penerbangan hanya 3 jam namun kami terpaksa membayar lebih 6万円; harga yang sama ak bayar untuk penerbangan ke Malaysia.. Mujur trip kali ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti ;)
Waktu check-in kami diberitahu waktu penerbangan ditunda pada jam 1400; pertama kali ak menggunakan surau yang disediakan khas di KIX tingkat 4 di antara terminal C&D.. Bikin panas apabila penerbangan sekali lagi ditunda selama hampir 50 minit kerana masalah teknikal dan lambat terima kebenaran untuk berlepas (-_-") Ruang dalam kapal terbang juga agak sempit; 6 penumpang dalam 1 baris dan dipecahkan kepada 2 lajur.. Walaupun sedang berpuasa, terpaksa juga memesan makanan setelah diperintah oleh SS (Supervisor) untuk dia (-_-") Tension juga dalam flight, nak baca Al-Quran dalam iPhone pun tidak dibenarkan kerana penggunaan semua telefon bimbit dalam penerbangan Air China adalah dilarang!
Kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang Beijing sekitar jam 1700 waktu tempatan.. Agak luas juga sehingga kami terpaksa turun menggunakan tangga dan transit ke terminal menggunakan bas.. Pertama kali menggunakan tangga dalam kapal terbang ;) Tension sekali lagi apabila WiFi gagal berfungsi menerusi iPhone sewaktu berada di Airport (-_-") Asalnya plan nak naik teksi menuju ke hotel, tapi SS risau tambang mahal membuatkan kami terpaksa pergi menggunakan bas yang agak murah; ¥16 untuk seorang.. Perjalanan menggunakan bas adalah 1 jam menuju ke Datun; seksa gila mencari hotel setelah turun daripada bas memandangkan majoriti orang China tidak mahu berbahasa Inggeris (-_-")
Paling mengejutkan ialah orang hotel juga tidak fasih berbahasa Inggeris! Jinjiang Inn merupakan salah satu daripada beberapa hotel yang dicadangkan oleh pihak ICEMS dan harga yang ditawarkan juga adalah paling murah, namun jarak perjalanan daripada venue adalah paling jauh.. Kami tiba di hotel agak lewat iaitu sekitar jam 2000, ingin mencari kedai seafood sekitar namun apabila bertanyakan pada orang hotel, dengan pantas dia kenakan kos ¥50 seorang untuk makan di cafeteria hotel tersebut.. Set hidangan buffet tapi paling bikin panas ialah, tiada hidangan seafood pun!! Selesai makan malam, ak beli tiket untuk turut-serta dalam tour ke Badaling Great Wall of China untuk keesokan hari dengan kos ¥180 seorang..
21 August
Hari ini merupakan hari pertama 学会; meja pendaftaran sudah bermula awal sejak jam 0830 dan majlis pembukaan bermula pada jam 0900.. Agak menyedihkan tidak menerima sijil kehadiran kerana hanya 教授 (Professor) sahaja yang layak (-_-") Ucapan oleh beberapa orang yang ak tidak kenal, disambung pula dengan special presentation oleh beberapa pakar sehingga waktu makan tengahari.. Memandangkan tempoh di Beijing adalah terhad, ak tidak mengikut langsung 学会 kali ini sebaliknya keluar pada petang itu menuju ke Masjid Niujie; masjid paling tua di China dan mula di bina pada tahun 996! Malam itu ak makan keseorangan di restoran Seafood berdekatan hotel.. Pesan nasi goreng pada harga ¥28; tak sangka dapat hidangan untuk 2 orang punya 0_o
22 August
Jika ICEMS tahun lepas ak memilih Poster Presentation, tahun ini ak mencabar diri untuk memberikan Oral Presentation dan giliran ak ialah jam 1100.. Bergerak ke venue dengan menggunakan subway yang mengambil masa agak panjang kerana terpaksa transit sebanyak 2 kali.. Namun, menjimatkan tenaga daripada berjalan kaki yang mengambil masa hampir 50 minit.. Agak cuak sewaktu present memandangkan ini merupakan kali pertama bilik tersebut penuh sehingga orang yang ingin mendengar terpaksa berdiri! Alhamdulillah, berjaya juga menyampaikan dengan jayanya sehingga dipuji SS buat pertama kali (笑) Selesai makan tengahari, kami dibawa ke dewan untuk tanda-tangan Beijing Declaration!
Ak skip untuk mendengar presentation pada belah petang sebaliknya nekad untuk menonton wayang Transformers 3 dalam 4D! Bayaran yang dikenakan ialah ¥150; meskipun pernah menonton wayang tersebut sebelum ini dalam 3D, ak yakin hanya filem ini sahaja yang boleh memberikan kepuasan sekiranya menonton dalam 4D! Waktu tayangan adalah sekitar jam 1550, ak buat keputusan untuk mencari ole-ole di Hongqiao Market yang agak terkenal di Beijing.. Konon nya segala jenis benda boleh didapati di sini, daripada alat elektronik kepada pakaian, kalah Low Yatt (笑) Harga yang tertulis memang tidak masuk akal, teringin nak angkat baju yang tertera "I've Climbed the Great Wall of China" tapi batal sebab harga~
Ternyata orang China memang handal dalam memanipulasi orang luar; selepas beli banyak, baru ak rasa cam kena kelentong dari segi harga.. Mereka letak harga paling tinggi dan tidak masuk akal, kompem korang akan minta kurang, kemudian bila korang rasa dah nak "kalah", mereka akan benarkan korang kasi harga yang korang mahu, tips di sini ialah beri harga paling rendah yang tidak masuk akal juga kerana orang China ini akan cuba sedaya yang mungkin untuk "menang" dalam urusan jual beli (笑) 4D serius gempak; ibarat layan cerita sambil naik roller coaster! Kerusi bergegar pastu naik turun; lampu tiba-tiba terang, kemudian ada angin keluar daripada kerusi.. Lebih menarik jika ada air pancut tapi malangnya tiada.. ;)
Selesai wayang, ak kembali semula ke venue kerana malam ini akan diadakan banquet bermula jam 1900.. Jika lihat pada jadual waktu 学会 tersebut, ada "Art Ceremony" pada jam 1800; ingatkan lihat hasil lukisan macam itu sahaja, rupa-rupa nya ada persembahan tarian tradisional China di dalam dewan (-_-") Bila sampai lewat, terpaksa akur duduk di meja paling belakang berdekatan dengan pintu masuk.. Rezeki berkongsi meja dengan pelajar PhD daripada UTHM dan kini menuntut di 名工大 (Nagoya Institute of Tech).. Set vegetarian yang diminta tapi yang dapat cuma kacang hijau dan beberapa sayur, mujur ada beberapa hidangan seafood pada malam itu.. Banquet tamat sekitar jam 2100 tanpa sesi bergambar beramai-ramai..
24 August
Penerbangan pulang ke Jpon ialah jam 0840 membuatkan kami terpaksa menempah teksi pada jam 0600.. Mujur tambang teksi tidak terlalu mahal memandangkan seorang rakan daripada Turki juga turut naik teksi yang sama.. ±¥100 termasuk tambang tol dan minyak (Pelanggan dikehendaki membayar kos minyak dan tol ketika menggunakan teksi di China) Selesai check-in sekitar jam 0730, terpaksa menghabiskan hampir ¥130 di kedai ole-ole Airport ;) Tak sangka penerbangan pulang juga ada delay hampir 1 jam gara-gara masalah yang sama.. Selamat mendarat di KIX sekitar jam 1300; solat sebentar sebelum pulang ke rumah.. Selamat tiba di rumah sekitar jam 1700~ Terlelap sehingga lewat berbuka 2 jam (笑)
p/s Perjalanan yang agak panjang, namun pengalaman yang diperolehi memang tiada nilai ;) Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~
No comments:
Post a Comment