30&31 July - NAGOYA
Apabila terlihat buat pertama iklan mengenai "International Seminar on Reforms in Islamic Higher Education in Meeting Contemporary Challenges" di facebook IPIJ, ak terus bersetuju untuk turut-serta memandangkan seminar mengenai Islam amat jarang sekali diadakan di negara bukan Islam; malah ak juga belum pernah berpeluang untuk melawat 名古屋 (Nagoya) jadi ini memang peluang keemasan!
Seminar yang dijalankan di 名古屋大学 (Nagoya U) ini merupakan hasil usaha Prof. Rosnani daripada UIAM yang kini berada di U tersebut sebagai "Visiting Professor" selama 6 bulan.. Konon nya perancangan seminar ini juga di jalankan secara tergesa-gesa iaitu pada bulan Mei yang lalu ;p Peserta terdiri di kalangan orang Turki, Jordan, Qatar, Malaysia, Indonesia, Brunei, Uzbekistan, dan Japan~
30 July
Sesi pendaftaran bermula pada jam 0845; agak payah juga nak bangun awal sebab tidur lepas solat Subuh, pastu biasa bangun lepas Zuhur (笑) Pelajar dikenakan bayaran 5000円; Alhamdulillah, 4500円 dipulangkan kerana selebihnya ditanggung oleh pihak penaja ;) Sesi pertama bermula sekitar jam 0915 dengan dimulakan oleh ucapan pembukaan oleh dekan fakulti pendidikan..
Salah seorang speaker pada pagi itu merupakan orang Jpon non-Muslim tapi topik beliau tentang perbandingan corak pendidikan Islam di Malaysia dan Indonesia! Prof. Mina Hattori yang merupakan salah seorang penganjur seminar ini juga non-Muslim tapi petah dalam bahasa Indonesia dan major dalam bidang pendidikan Islam di Indonesia dan Malaysia!
Speaker daripada Indonesia banyak memberikan persepsi tentang corak pendidikan Islam di Indonesia terutamanya di madrasah dan pesantren.. Rupa-rupanya kebanyakan sekolah agama di Indonesia didirikan tanpa bantuan kerajaan; sepenuhnya oleh komuniti masyarakat sekitar.. Menariknya ialah bidang sains dan agama dikendalikan oleh 2 kementerian yang berbeza!
Masalah komuniti masyarakat Islam masa kini ialah melahirkan seorang yang mahir dalam bidang sains dan juga bidang agama seperti yang kita lihat dalam sejarah Islam yang lalu yang mana tokoh-tokoh seperti al-Biruni dan Ibnu Sina.. Tokoh-tokoh Islam zaman dahulu bijak dalam bidang sains kerana berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..
Lunch break |
3 sesi berakhir sekitar jam 1530.. Selepas itu, kami dijamu dengan "Tea Ceremony" iaitu bagaimana meminum teh tradisional Jpon.. Dah berapa kali ak turut-serta dalam upacara sebegini sehingga dah jemu nak cerita di sini ;p Pada petang itu, kami dibawa menaiki bas ke 刈谷町 (Kariya-City) bagi melihat 満堂祭り (Manto Festival) yang kebetulan di jalankan pada tarikh yang sama dengan seminar.. (Akan diceritakan dalam entri akan datang)
31 July
Topik-topik yang diperbincangkan pada hari kedua lebih mencabar minda kerana bersifat globalisasi.. Ia dimulakan dengan topik isu kebebasan dalam pendidikan oleh seorang pensyarah dari UIA, Dr. Yedullah Kazmi.. Beliau menekankan bahawa "Freedom is something that we learned" dan antara kata-kata beliau yang ak minat ialah "University is a universe where people come together to create meaning"
Tekanan politik antara faktor utama yang menghadkan kebebasan pendidikan di negara-negara Islam masa kini; konon nya suatu ketika dahulu, orang yang pernah bekerja dengan kerajaan Arab Saudi tidak dibenarkan menjadi pendidik! Golongan pendidik tidak seharusnya merisaukan APA untuk diajar tapi SIAPA yang perlu diajar..
Seseorang akan mengajar mengikut cara bagaimana guru dia mengajar.. Jika guru tersebut gagal mengajar dengan baik dek politik, maka bakal guru di masa akan datang juga akan gagal mendidik pelajarnya dan isu ini bertindak dalam bentuk pusingan.. Speaker kedua turut membincangkan isu yang sama sambil membuat perbandingan kebebasan pendidikan di dalam sejarah Islam seperti dalam gambar dibawah..
Speaker seterusnya membincangkan topik Islamic Finance; suatu topik yang agak menarik kerana ak pernah ditanya oleh seorang pelajar dari China yang membuat bidang ekonomi tentang bagaimana bank hendak untung jika konsep "faedah" diharamkan.. Banyak juga cabang bidang ini, konon nya 30% daripada bank-bank di dunia kini ada menyediakan servis Islamic Finance..
Speaker seterusnya daripada sebuah universiti di Jordan membincangkan tentang isu universiti swasta di negara arab.. Seorang lagi speaker daripada Jpon turut membincangkan tentang corak pendidikan Islam di Indonesia tetapi memfokuskan pada pasca kemerdekaan di awal 50-an.. Prof. Rosnani pula menerangkan lebih lanjut tentang UIAM dan mengapa pentingnya ia diangkat sebagai status universiti antarabangsa..
Jika sebuah universiti swasta kekurangan pelajar, kemungkinan universiti tersebut terpaksa ditutup.. Jadi bagi mengelak perkara tersebut dari berlaku, universiti tersebut mengambil langkah mengambil 留学生 (Foreign students).. Sebenarnya, penerimaan 留学生 sudah bermula lama sejak zaman Renaissance di mana ramai orang Eropah berkumpul di Andalusia untuk menuntut ilmu daripada orang Islam! Islam itu memang sudah international, sebab wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW adalah untuk seluruh umat!
Orang mempertikaikan kenapa universiti di negara Islam sukar untuk tersenarai dalam ranking top 100 universiti dunia oleh THES dsb.. 2 sebab utamanya adalah universiti itu dinilai daripada kekerapan data daripada barat, dan juga jurnal bahasa english yang mantap! Rata-rata negara Islam tidak menggunakan 英語 (English) dalam kehidupan seharian jadi ini merupakan dinding utama yang perlu dirobohkan terlebih dahulu..
Sesi terakhir bagi seminar ini paling menarik bagi ak kerana speaker pertama merupakan seorang yang pakar dalam bidang comparative religion; topik yang sudah lama ak ikuti sejak bergelar pelajar U.. Al-Quran merupakan satu-satu kitab suci di dunia yang ada menceritakan tentang agama lain! Jika dulu bidang ini lebih mengutamakan konsep ketuhanan, namun kini ia lebih menjurus kepada co-existance~
Comparative religion yang dibawa oleh paradigma barat ternyata tidak disenangi oleh paradigma Islam.. Ini adalah kerana paradigma barat memulakannya dengan teori evolusi, dan lebih mengetengahkan dunia tanpa Tuhan.. Menurut Dr. Kamar, Al-Biruni merupakan bapa kepada bidang Comparative religion.. Salah satu sifat yang perlu kita berjaga-jaga ialah "Superiority Complex" kerana sifat ini boleh membuatkan segala jenis perbincangan tidak akan menemui jalan penyelesaian..
Pernah timbul isu di Malaysia konon nya jika orang Islam belajar tentang agama orang lain, dikhuatiri dia akan terikut masuk ke dalam ajaran itu.. Hal ini memang lucu lebih-lebih waktu sekarang apabila media barat menulis pelbagai cerita tentang Islam; kita mahukan mereka menulis yang betul pasal Islam tapi cuba tanya diri sendiri balik, sejauh mana kita tahu tentang agama mereka? Di Malaysia, konon nya undang-undang tidak membenarkan aktiviti dakwah Islam terhadap kaum lain~ (need citations)
Speaker ke-2 pula merupakan Prof. Ahmed Akgunduz, salah seorang tenaga pengajar dari Islamic University of Rotterdam, Netherlands.. Beliau agak terkenal di barat sehinggakan ramai non-muslim golongan elit berjumpa dengan beliau untuk bertanyakan tentang Islam termasuk jurucakap untuk Bush! Isu yang dibawa oleh beliau ialah berkaitan isu komuniti Islam minority di barat dan corak pendidikan Islam di universiti tersebut..
Speaker ke-2 pula merupakan Prof. Ahmed Akgunduz, salah seorang tenaga pengajar dari Islamic University of Rotterdam, Netherlands.. Beliau agak terkenal di barat sehinggakan ramai non-muslim golongan elit berjumpa dengan beliau untuk bertanyakan tentang Islam termasuk jurucakap untuk Bush! Isu yang dibawa oleh beliau ialah berkaitan isu komuniti Islam minority di barat dan corak pendidikan Islam di universiti tersebut..
Speaker ke-3 yang juga penganjur seminar ini, Dr. Mina pula membawa isu perbezaan antara UK dan Belanda dari segi fungsi pendidikan tinggi Islam dalam masyarakat majmuk.. Beliau ada menceritakan pengalaman berada di Indonesia dan Malaysia selama 2 tahun untuk menyiapkan tesis; konon nya beliau telah diberitahu sebanyak 200x yang "ko akan masuk neraka sebab tidak masuk Islam" oleh penduduk sekitar situ.. (-_-")
Bagi ak, inilah salah satu contoh orang yang menghidap masalah "Superiority Complex" kerana Islam merupakan agama yang tegas dan tidak memberi jalan mudah buat semua penganutnya untuk ke syurga jika dibandingkan dengan agama lain.. Speaker terakhir pula menceritakan tentang Qatar; negara jiran kepada Arab Saudi yang memiliki populasi sekitar 1.5 juta sahaja tapi bakal menjadi tuan rumah untuk World Cup 2022! Qatar memerlukan tenaga pakar khususnya bidang akademik bagi mencapai misi menjadi negara maju pada tahun 2030!
p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~
No comments:
Post a Comment