6 August - OSAKA
Tanpa perancangan rapi, ak ajak keluarga angkat untuk turut-serta layan 花火 (Fireworks) di 大阪 (Osaka) pada hari ini.. 浪花淀川花火大会 (Naniwa Yodokawa Fireworks Festival) yang dijalankan setiap tahun pada musim panas sememangnya terkenal di seluruh 関西 (Kansai) dan bilangan pengunjung yang hadir juga dianggarkan sekitar 550,000 orang! Ini juga merupakan kali pertama ak menonton pesta bunga api di luar 滋賀 (Shiga); mujur keluarga angkat bersetuju untuk pergi bersama memandangkan cuaca juga cerah.. Kami berpakat untuk tunggu di 高槻駅 (Takatsuki Station) pada jam 1800 dan bersama menuju ke 阪急十三駅 (Hankyu Juso Station).. Kenalan daripada Iran turut membawa ibunya yang berada di Jpon untuk bercuti selama sebulan..
Lautan manusia yang dah menunggu awal untuk usha bunga api.. |
Sewaktu tiba di 阪急十三駅, kami terserempak dengan satu pasangan daripada Iran yang juga dalam perjalanan untuk melihat 花火.. Kendatipun 花火 dijadualkan bermula pada jam 1950, pengunjung sudah cop tempat duduk lagi awal sejak tengahari lagi, jadi tidak pelik bila tempat sudah penuh sesak dengan orang waktu kami tiba sekitar jam 1835.. Mujur dapat jumpa tempat yang agak lapang dan cukup untuk duduk seramai 7 orang.. Waktu ak berbuka, 4 orang Iran itu masih menunggu masuk waktu Maghrib memandangkan ada perbezaan kiraan mengikut mazhab.. Bersyukur dapat berbuka dengan kurma sendiri dan juga kurma daripada Iran (笑) dan sedikit juadah ringan.. Seorang lelaki Iran itu tidak berpuasa kerana tidak tahan panas di Jpon (笑)
花火 berbentuk tembikai.. ;p |
Cecah bulan tuuuuuu... ;p |
Pelik juga kerana 花火 di sini cuma 50 minit sahaja sedangkan tempat lain biasanya mengambil masa 1 jam.. Kagum sebab 花火 dia boleh kata berterusan, dan 休憩 (temporarily stop) pun hanya beberapa saat! Kali pertama melihat bunga api berbentuk tembikai ;) Video dibawah menunjukkan babak-babak terakhir yang sempat ak rakam menggunakan iPhone 4 sebab tertinggal kamera di rumah (-_-") Bila 花火 tamat pada jam 2040, kami tunggu sebentar untuk borak-borak sambil menunggu orang ramai jalan dahulu; tapi kami terpaksa juga ikut jalan sekali kerana orang ramai masih berpusu-pusu cuba meninggalkan kawasan tersebut meskipun jam sudah menunjukkan jam 2130.. Susah hendak mendapatkan keretapi; terpaksa beratur sehingga di luar stesen, akhirnya dapat naik keretapi pada jam 2230!
Dalam perjalanan pulang, seorang kenalan Iran bertanyakan kepadaku tentang kes di Malaysia baru-baru ini yang konon nya membuatkan kaum Cina marah.. Ak baca paper KOSMO! setiap hari tapi langsung tak perasan tentang isu yang dia maksudkan.. Jumpa artikel di BBC pastu bila tonton video dia, rasa cam video biasa, huhu inilah antara yang biasa terjadi dalam negara yang berbilang kaum ;) Di Iran, tiada KFC dan McD o_0 Menariknya, semua restoran tidak beroperasi pada waktu siang di bulan Ramadhan, malah pelancong juga tidak dibenarkan makan di luar pada waktu siang di Iran! 花火 di Iran juga lebih kurang sama seperti Malaysia iaitu banyak kemalangan sengal, putus jari dsb (-_-") Ibu kenalan Iran ini pernah melawat MMU, dan dia kata seronok melawat Malaysia ;)
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment