Followers

Tuesday, 5 July 2011

Dr. NakaMats

Yoshiro Nakamatsu atau lebih dikenali dengan nama Dr. NakaMats merupakan seorang pencipta yang dilahirkan pada tahun 1928.. Beliau mendakwa memegang rekod dunia dengan bilangan ciptaan melebihi 3200 paten.. Beliau menjadi terkenal di mata dunia apabila sebuah dokumentari lucu mengenainya telah diterbitkan berjudul "The Invention of Dr. NakaMats" pada tahun 2009.. Di dalam suatu interview, beliau mendakwa telah terpilih antara 5 orang saintis terhebat di dunia selepas Archimedes, Michael Faraday, Marie Curie dan Nikola Tesla (笑) 


Sebenarnya, orang Jpon yang memiliki paten terbanyak merupakan 山崎舜平 (Yamazaki Shunpei) yang juga pernah memegang rekod dunia dengan 2638 paten sebelum dipintas oleh Kia Silverbrook pada tahun 2008 ;) Merupakan seorang graduan daripada 東大 (Tokyo U), Dr. NakaMats turut dikenali ramai di US apabila pernah muncul di beberapa rancangan tv termasuk Late Show with David Lettermen.. Menarik apabila beliau suka menyelam di dalam air dalam proses untuk mencari idea baru untuk mencipta.. Beliau juga mencipta pen dan kertas untuk digunakan di dalam air bagi mencatit idea tersebut..   


Antara ciptaaan-ciptaan beliau yang penuh kontroversi termasuklah floppy disc, cecair yang mampu meningkatkan kemampuan seksual manusia, kasut lompat-lompat dan juga sebuah kerusi yang boleh meningkatkan kemampuan otak.. Beberapa ciptaan beliau yang agak menarik boleh didapati melalui video-video dibawah~




p/s Dr. NakaMats sekali lagi mencuri tumpuan ramai baru-baru ini apabila mendakwa berjaya menghasilkan sebuah alat penghawa dingin mini yang hanya beroperasi menggunakan 3 Watt dan mesra alam.. (link)

Monday, 4 July 2011

Insan


Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.. Kesilapan boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya kelalaian dan alpa namun bagi ak, kesilapan merupakan cara Tuhan untuk mengajar manusia.. Tanpa kesilapan, manusia tidak mampu untuk membesar dan berjaya.. Peribahasa Jpon ada menyatakan bahawa "kesilapan itu adalah asas kepada kejayaan".. Oleh itu, kita tidak sepatutnya takut melakukan kesilapan malah disyorkan melakukan kesilapan sebanyak yang mungkin terutama ketika masih berstatus pelajar~ Orang yang bijak ialah orang yang belajar daripada kesilapan sendiri dan orang lain.. Berikut merupakan kesilapan-kesilapan yang masih segar dalam minda ak sepanjang berada di perantauan:-

  • Terlupa menutup suis penghawa dingin sewaktu duduk bertiga di rumah lama.. Akibatnya, bil elektrik berserta bil gas meningkat secara mendadak pada bulan itu..
  • Terlupa menutup api ketika masak air di dalam cerek; tak perasan bunyi air telah mendidih sehinggalah di tegur oleh member.. Mujur tidak berlaku kebakaran! Cerek sudah nyawa-nyawa ikan dan terpaksa digantikan dengan cerek baru..
  • Gagal membantu rakan serumah sehingga membuatkan dia terjerumus ke lembah "gelap" (Read more)
  • Minum air livita 4 botol dalam satu masa membuatkan ak muntah teruk dan kepala pening-pening ketika sampai di puncak gunung Fuji; mujur masih ada tenaga untuk turun semula ;) (Read more)
  • Terlupa hendak menutup lampu pintu sewaktu keluar umah awal pagi; bila balik lewat malam baru perasan -_-"
  • Terlupa hendak menutup kipas dapur; tak perasan bunyi kipas sebelum keluar rumah untuk pergi ke lab; mujur balik tidak lewat sangat..
  • Terlupa hendak tutup lampu tandas selepas buang air pada tengah malam; bila bangun tengahari baru perasan -_-"
  • Tidak tutup rapat pintu peti sejuk; bil elektrik terus naik mendadak pada bulan itu.. 
  • Tertinggal snow cap Arsenal sewaktu tergesa-gesa keluar daripada bas pagi setelah puas bermain Snowboard buat pertama kali (Snow cap import dari London hilang begitu sahaja -_-") (Read more)
  • Tertinggal beg di dalam keretapi sewaktu melancong di Korea tahun lepas; paling best dalam itu ada passport! Mujur staff keretapi itu sempat mendapatkan beg ak, kalau tidak memang dah risau bagaimana nak pulang ke Jepun tanpa passport (笑) (Read more)
  • Dompet tercicir di dalam keretapi sewaktu tiba di Kansai Airport! Berjaya mendapatkan semula dompet tersebut di minit-minit terakhir sebelum pintu pelepasan di tutup! Nyaris-nyaris tidak dapat pulang pada hari itu -_-" (Read more)   
  • Memakai baju tanpa lengan pastu bermain bola sepak di kawasan padang atas bukit ketika matahari sedang terik; tidak memakai suntan cream jadi menyakitkan serta menggelapkan kulit.. 
  • Terlupa hendak tutup suis kipas angin sebelum keluar rumah pada belah petang; lepas rumah 後輩 (Junior) untuk main PES sampai subuh, bila balik rumah baru perasan kipas dok terpasang -_-" <-- paling latest

Apa yang ingin ditekankan disini ialah untuk kita berusaha agar kesilapan yang sama tidak berulang.. Apabila kita sudah melakukan kesilapan, akan ada tindak balas semula jadi di dalam otak yang akan menambahkan kepekaan terhadap sesuatu.. Kesilapan merupakan guru paling terbaik dalam hidup manusia!

When you make a mistake, don't look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lessons of wisdom. The past cannot be changed. The future is yet in your power. - Hugh White

Saturday, 2 July 2011

Unwelcome

Dokumentari "Unwelcome: The Muslims Next Door" keluaran CNN membawa penonton ke Murfreesboro, Tenn., sebuah bandar yang mempunyai bilangan penduduk sekitar 104 ribu orang.. Soledad O'Brien, hos dokumentari ini mengetengahkan isu pembinaan sebuah masjid oleh 250 keluarga yang dilaporkan sudah menetap di bandar tersebut melebihi 30 tahun.. Bandar tersebut memiliki berpuluh-puluh gereja dan surau yang mereka gunakan kini tidak dapat menampung bilangan pengunjung yang hadir~ Muslim di situ percaya undang-undang di US membenarkan sesiapa pun bebas mengamalkan agama dan kebenaran untuk membina masjid telah pun diluluskan oleh pihak pentadbiran.. 


Namun, masalah timbul apabila penduduk mula berhimpun untuk meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap pembinaan masjid tersebut.. Pelbagai jenis perbicaraan telah dijalankan dalam usaha memprotes pembinaan masjid tersebut meskipun terdapat juga perhimpunan yang menyokong~ Kata-kata sahaja tidak dapat membendung perasaan masyarakat sehingga ada yang sanggup melanggar undang-undang dengan melakukan vandalisme dengan perbuatan membakar bulldozer dan menconteng papan tanda di lokasi pembinaan.. Imam yang ditemu-ramah turut menunjukkan peti simpanan suara beliau yang mengandungi mesej daripada orang yang tidak dikenali meninggalkan mesej penuh caci-maki dan menghina Nabi SAW..


Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang membuat tuntutan mahakamah dalam proses menangguhkan pembinaan masjid tersebut.. Di sinilah timbul dialog yang mempertikaikan adakah Islam itu sendiri boleh dianggap sebagai agama atau tidak -_-" Dokumentari ini telah menemubual beberapa orang yang terlibat dalam aktiviti memprotes pembinaan masjid dan pandangan yang mereka berikan secara jujur tiada asas langsung! Mujur mahkamah memberikan kata putus membenarkan projek pembinaan diteruskan namun mereka yang memprotes enggan menyerah kalah dan kini difahamkan mereka sedang berunding untuk membuat tuntutan di mahkamah agung.. Selain keluarga imam, dokumentari ini juga menemu-bual sebuah keluarga yang mana anak perempuannya turut giat dalam mempertahankan pembinaan masjid.. 

p/s Malaysia kecoh dengan pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara baru-baru ini.. Adakah reaksi penduduk Islam di Malaysia juga akan sama seperti yang ditunjukkan dalam dokumentari ini? 

  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC