Alhamdulillah, rezeki daripada Allah kerana memberikan aku peluang untuk menyambut Eid Adha bersama keluarga setelah 5 tahun menyambut di Jepun.. Tahun ini juga menyaksikan aku diberi peluang untuk menyambut kedua-dua perayaan umat Islam di Malaysia! Kepulangan aku ke Malaysia pada tarikh 10 Oct yang lepas juga merupakan ketentuan-Nya memandangkan visa aku di Indonesia selama 60 hari sahaja jadi perlu keluar setiap 2 bulan sehinggalah aku memperoleh visa kerja.. Alang-alang dah keluar 10 Oct, aku minta cuti sehingga 16 Oct memandangkan syarikat juga cuti sehingga 15 Oct..
Suasana di Masjid Al-Islah di mana 8 ekor lembu telah selamat ditumbangkan |
Oleh sebab Jepun antara negara yang mengharamkan pemotongan binatang hidup di tempat terbuka, perayaan Eid Adha di sana tidak semeriah di Malaysia.. Terkejut juga dengan bilangan kaum hawa di tapak sembelihan kerana seingat aku hanya golongan lelaki yang memonopoli ruangan sembelihan manakala yang wanita di dapur (笑) Dalam jam 1100 kami bertolak ke rumah Habib Omar yang mengadakan jamuan ringan seperti biasa dan seterusnya ke rumah makcik di Gombak memandangkan Jiddah (nenek) ada di situ.. Balik itu boleh pula Ummi ajak shopping di Sogo KL; agak kekok kerana aku masih mengenakan jubah hitam kemudian masuk tempat sebegitu (笑)
Bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Qurban menerusi sumbangan kepada EZ Qurban secara online.. |
Baru nampak semangat raya kyo pakai jubah g shooping...mesti kyo jadi tarikan tok hari tu...famous lah kyo...huhuhu
ReplyDeletemalangnya x famous mana pon..
Deletesebab itu port foreigner rasanya..
banyak Indon waktu kyo masuk Sogo tu..
haha