Followers

Saturday, 9 November 2013

Talking about Islam

Sempena 開所式 (Opening Ceremony) yang lepas, aku berkesempatan untuk berinteraksi dengan para 社長 (President Director) anak syarikat FFEC dan juga VIP daripada HQ.. Setiap kali aku berada semeja dengan mereka, topik yang tidak akan lari semestinya tentang Islam.. Ada yang mempersoalkan tentang isu halal haram, kenapa Islam melarang umatnya makan babi, isu arak, perbezaan Melayu dan Indonesia dari sudut pegangan agama, isu perang di Myanmar dan kaitan di Indonesia dan banyak lagi.. Entri kali ini aku ingin kupaskan serba-sedikit apa yang aku dapat hasil perbincangan kami~

Isu babi
Hampir majoriti orang Jepun tahu orang Islam tidak makan babi.. Jadi jawapan paling mudah apabila ditanya kenapa tidak makan semestinya kerana sudah tercatit dalam Al Quran.. Cuma yang sengalnya ada yang tidak tahu tentang kewujudan Al Quran itu sendiri! Pernah suatu ketika aku ditanya samada Allah itu wujud selepas Jesus atau tidak kerana dia ingat orang Islam juga menyembah seorang manusia (=_=") Setakat ini jawapan yang pada aku berjaya memuaskan mereka ialah "Islam melarang umatnya makan binatang yang makan daging, dan hidup 2 alam" Oleh sebab babi makan semua, senang untuk mereka akur akan hal pengharaman babi~

Isu arak
Aku rasa dah banyak episod yang terpaksa aku lalui dengan sikap kebanyakan orang Jpon yang memang menjadi hamba kepada air kencing syaitan ini.. Agak lucu apabila mereka mengutarakan teori mereka kenapa orang Islam tidak minum arak adalah sebab di Arab, kawasan sana panas, udara lembab, berpasir dan apa semua membuatkan kalau minum boleh mati dan sebagainya (笑).. Ada yang lagi lantang siap mendakwa pasti lagi ramai yang akan menerima Islam kalau Islam membenarkan penganutnya minum (-_-") Kesian kerana mereka semua ibarat perokok, walau apa jenis fakta yang kita beri, kalau dah penghisap tegar, memang tak akan berhenti!

Kita boleh beritahu mereka bahawa alkohol itu pembunuh no 1 melebihi tembakau tapi mereka tidak mahu percaya.. Alkohol memusnahkan rumah tangga dengan banyak isu Domestic Violence (DV) berpunca daripada alkohol.. Mereka mendakwa kalau minum sedikit itu sepatutnya boleh tapi kita boleh tentang dengan mengaitkan semula dengan perokok; sekali kita cuba, boleh jadi kita akan terperangkap dalam jerat Syaitan yang menghasut.. Semoga Allah menghalang nafsu untuk mencuba sesuatu yang boleh membawa kita ke neraka Jahanam, nauzubillah~

Isu Islam dan Indonesian
Ketika berborak tentang isu Indonesia banyak perarakan demonstrasi, aku dikejutkan dengan pertanyaan daripada 社長 FFEC-Myanmar yang dengan yakin memberitahu, "mesti yang join demo itu semua orang Islam, sebab golongan cina di Indonesia semua kaya-kaya"Aku faham situasi di Myanmar yang agak kritikal tentang perbalahan antara puak pelampau Buddha dan Islam, tapi takkanlah segala benda nak dikaitkan dengan agama! Malah di Indonesia ini ada pelbagai jenis demo, ada demo khusus untuk perjuangkan agama, dan ada juga yang tidak.. Jadi untuk merasionalkan semua benda berkait dengan agama itu suatu yang tidak masuk akal..

Isu Myanmar
Sewaktu bertanya kepada 社長 (President) FFEC-Myanmar tentang isu perang di sana, dia secara gah menerangkan ini semua salah orang Islam.. Malah dia turut mendakwa di negara yang ramai penganut Buddha, pasti tidak ada keganasan (Memanglah, dah dia juga penganut Buddha) Aku juga faham dia cuba mengaitkan dengan situasi di Jepun yang sememangnya aman dan tenteram.. Malah aku juga sedia maklum peranan media elektronik kebelakangan ini gagal memaparkan imej Islam sebenar tetapi hanya menunjukkan "red neck" seolah-olah dunia Islam itu penuh dengan orang sebegini sedangkan realitinya tidak!

Jadi untuk melawan ideologi seperti ini, aku bawakan kisah seolah-olah aku tidak begitu tahu tentang Jepun dan hanya mendapatkan maklumat melalui media elektronik seperti dia.. Menerusi internet, aku dapai mereka suka bunuh diri seperti di landasan keretapi dan sebagainya dan dengan itu menyusahkan orang lain.. Oleh sebab Jepun juga ramai orang Buddha, aku pun membuat kesimpulan mudah bahawa dalam ajaran Buddha itu mungkin ada menyuruh penganutnya membunuh diri.. Tapi sebagai seorang yang terpelajar, adakah kesimpulan mudah sebegitu boleh diterima masuk akal malah disampaikan kepada orang lain?? Pastinya tidak, cuma sayang tidak ramai yang berfikir lebih dalam untuk isu Islam dan sebagainya..

p/s Entry kali ini hanya celoteh aku tentang kehidupan yang aku lalui sekarang..   

5 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=RA-98nVXWoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the link
      watched it before and indeed a bit weird since they eat bacon and drink alcohol which is utterly contradicts their bible..

      Delete
  2. Selagi dorang x dapat hidayah...terangkan kebaikan islam sampai bebuih mulut pon dorang tetap x paham2 tentang islam...huhu...tapi nak terangkan hukum dalam islam kat orang kafir memang payah ek? Walaupon sebenrnye bnde seng je tpi sebb dorng tu zero tu yg jdi payh sikit...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..
      berdoalah supaya Allah x tarik hidayah yang telah dia beri pada kita :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC