3 December - KAGAWA
Alhamdulillah ak telah terpilih untuk menyertai lawatan sambil belajar selama 2 hari ke Kagawa-prefecture dan Awaji anjuran RITS International Center.. Tema lawatan adalah pendedahan ringkas mengenai gempa bumi dan cara-cara untuk menanganinya memandangkan kami akan melawat 淡路 (Awaji) iaitu salah satu kawasan bencana teruk sewaktu 阪神・淡路大震災 (Great Hanshin Earthquake) yang berlaku pada tahun 1995.. Orientasi ringkas tentang aktiviti kali ini telah dijalankan 2 minggu sebelum trip dan kami dipecahkan kepada 4 buah kumpulan (8 ahli setiap kumpulan) bagi kampus BKC.. Setiap seorang dikenakan bayaran 5000円 (RM 200)~
2 buah bas disediakan dan akan bergerak pada jam 0800 dari 京都駅 (Kyoto Station).. Ak sepatutnya naik keretapi daripada 南草津 (Minami Kusatsu) pada jam 0725, tapi entah kenapa boleh terjaga dari tidur pada jam 0730!! Mujur mereka sanggup tunggu ak bersiap; selamat tiba di destinasi sebelum jam 0830; 2 留学生 (Foreign Students) lewat pada pagi itu (-_-") Setiap kumpulan dibahagikan sama-rata bilangan pelajar Jpon dan 留学生.. Selain ak, ada seorang pelajar Korea, dan 2 pelajar dari China.. Sewaktu sesi 自己紹介 (Self-introduction) di dalam bas, agak terkejut bila dapat tahu ada pelajar Singapore di BKC!!
Tujuan lawatan ke 香川県 (Kagawa-prefecture) atau lebih dikenali sebagai うどん県 (Udon-prefecture) semestinya untuk belajar cara membuat udon dan menikmatinya.. Untuk itu, pihak RITS telah menempah satu kursus untuk kami di 中野うどん学校 (Nakanoya Udon School) yang agak terkenal sehingga mendapat liputan media.. Ini merupakan kali ke-2 ak membuat udon sendiri selepas menikmati hasil tangan sendiri buat pertama kali ketika mengikut lawatan sambil belajar di Osaka pada Mac yang lepas (link) Sila lihat gambar animasi di bawah untuk mengetahui bagaimana proses menghasilkan udon ;)
Selesai menikmati udon untuk makan tengahari, kami bergerak ke destinasi berikutnya iaitu こんぴらさん (Kotohira Shrine) yang merupakan salah satu tokong paling terkenal di Jpon.. Kononnya Tuhan Air menginap di tokong ini o_0 Tokong ini juga terkenal dengan bilangan anak tangga berjumlah 1368 (Batu Caves pun baru 272 anak tangga!) Atas kesuntukan masa, kami hanya dibenarkan pergi sehingga ke pintu utama tokong sahaja tapi itu pun dah beratus anak tangga ;) Kononnya seseorang itu tidak boleh melepaskan keluhan ketika mendaki, kalau tidak apa yang dihajati itu mendapat sebaliknya? (need citation)
Selesai bergambar, kami bertolak menuju ke hotel yang terletak di 徳島県 (Tokushima-prefecture).. Dalam perjalanan, sempat lalu 鳴門市 (Naruto City) yang terkenal dengan Naruto whirlpools (link) Selamat tiba di Tokushima Grand Vrio Hotel sekitar jam 1800; berkongsi bilik dengan seorang ahli kumpulan yang kebetulan satu mansion dengan ak o_0 Makan malam pada malam itu agak lawak; ak ditempatkan bersama 5 留学生 lain tapi seorang Brazilian itu bukan Islam~ Perempuan daripada Kazakhstan itu pula mengaku Islam!! Berikut merupakan menu kami pada malam itu~
Entah kenapa sewaktu diberi makan mushroom bakar, perut ak terus rasa tak sedap sehingga termuntah di dalam sinki tandas (-_-") Takut gak bila maklumkan ke staff hotel kot-kot dia suruh ak bersihkan sendiri ke tapi sebaliknya dia siap tanya keadaan ak dah baik atau belum.. Rasa serba-salah lagi kepada staff RITS sebab dah susahkan dia sejak pagi bila ak lewat dan kini susah-susah nak jaga ak kot-kot terpitam ke (笑) Dia risau ada pork dalam makanan tu sebab ingat ak alergi dengan pork (-_-") Badan rasa kurang baik dan ingatkan nak terus tidur malam tu meskipun dah bawa laptop (semangat) untuk layan match Arsenal..
Tak sangka mereka pun suka tengok bola o_0 |
Siapa boleh sangka ahli kumpulan tiba-tiba nak buat 飲み会 (Drinking party) dan menariknya nak buat di dalam bilik ak sebab ak berkongsi bilik dengan ketua kumpulan (-_-") Borak sakan bercerita pasal teman masing-masing sambil main UNO yang ak bawa sehingga jam 0000~ Ak siap bawa kabel HDMI untuk cucuk pada TV tapi malangnya tidak jumpa butang untuk tukar kepada Video membuatkan kami terpaksa layan match Arsenal melalui skrin 11" laptop ak (-_-") Mujur Arsenal menang besar pagi itu dan kami tidur sekitar jam 0200 dengan hati yang riang (笑)
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment