Followers

Thursday, 22 December 2011

Proses Penukaran Lesen Memandu Jepun [Finale]

21 December - SHIGA


Alhamdulillah! Akhirnya berjaya juga ak lulus dalam ujian memandu setelah mencuba buat kali ke-4.. Amat bersyukur meskipun ak sudah redha jiga gagal juga pada kali ini memandangkan dua 後輩 (Junior) sudah berjaya lulus lebih awal daripada ak.. Berbanding hari sebelumnya, alhamdulillah ak berasa agak tenang sebelum bertolak dari rumah, dapat jalan dengan lancar; traffic light sentiasa hijau ketika ak hendak lintas, malah berjaya letak parkir basikal secara percuma kerana ak letak di sekitar JR Kusatsu yang agak jauh daripada rumah.. Tambang perjalanan daripada JR Kusatsu ke JR Moriyama ialah 180円 (RM 7) meskipun hanya berjarak 2 stesen (-_-") 

3 kali gagal (-_-")

Daripada JR Moriyama, ak naik bas di terminal 1 pada jam 0810 untuk tiba di 運転免許センター (Driving center) sekitar jam 0830 kerana sesi pendaftaran dibuka pada waktu terbabit.. Jika terlewat, memang melepas aa nak amik ujian pada hari itu! Tambang bas pula ialah sebanyak 450円 (RM 18)~ Termasuk ak, seramai 4 orang calon 外国人 (Foreigners) yang mengambil ujian; salah seorang daripadanya sama seperti ak iaitu cubaan kali ke-4 manakala selebihnya baru cubaan ke-2.. Menariknya perempuan yang juga cubaan ke-4 itu telah mengambil kelas sebanyak 4 kali! Mengikut turutan, giliran ak adalah yang terakhir~ Agak mengejutkan apabila 3 orang sebelum ak semua 中止 (Suspended) o_0

Borang kecil yang dimaksudkan..

Markah lulus adalah 70 ke atas; cubaan kali ke-3 ak ialah 60 dan ak begitu mengharap kali ini boleh lepas.. Punyalah berhati-hati ketika memandu, ikut segala nasihat yang diberikan untuk lulus, tapi bila dah selesai parkir kereta di tempat yang diberitahu, agak terkejut dengan komen yang diberikan.. 試験官 (Examiner) tanya ak soalan yang agak panas, "Awak rasa sama atau tidak ketika bawa di dalam litar dengan bawa di jalan raya?" Dia komen ak terlalu berhati-hati ketika memandu sehingga boleh membuatkan pemandu di belakang akan rasa kurang senang (-_-") Lama juga ak "bertekak" dengan dia, tapi bila dah kena macam itu, memang dah fikir kena datang balik la lepas ini~ 

Simbol 初心者 

Alhamdulillah, sebaliknya berlaku ketika di beri borang kecik yang memaklumkan ak lulus kali ini! Ak dikehendaki membayar 2100円 (RM 86) sebagai kos untuk membuat lesen dan maju ke bilik khas bagi sesi mengambil gambar.. Sebelum itu, ak dikehendaki menetapkan 8 暗証番号 (No. PIN) kerana lesen memandu di sini menggunakan cip~ Sesi mengambil gambar hanya sekali dan dia langsung tidak tunjuk kepada kita samada berpuas hati atau tidak dengan gambar terbabit (-_-") Selepas pemberitahuan ak lulus sehingga mendapat lesen tersebut, ak terpaksa tunggu di situ selama hampir 1 jam! Ada sedikit penerangan tentang lesen memandu sebelum dibenarkan pulang.. 

Tanda hijau menandakan anda adalah 初心者 (Beginner).. Setahun yang pertama, anda dikehendaki meletakkan label 初心者 di kereta bahagian depan dan belakang.. Macam label P di Malaysia :)

Terkejut apabila mendapati di bahagian belakang lesen anda ruangan memberitahu sekiranya pemegang lesen ini sanggup atau tidak untuk menderma organ sekiranya maut di tengah jalan o_0

Muhasabah
Ak telah menggunakan lebih daripada 30000円 (RM 1.2k) dalam proses mendapatkan lesen memandu Jpon ini termasuklah kos menghadiri kelas memandu sebanyak 2 kali di AYAHA Driving School (link).. Kelas pertama lebih kepada 安全確認 (Safety check) manakala kali ke-2 lebih kepada membetulkan teknik pemanduan dan melicinkannya memandangkan pengalaman memandu ak agak kurang sebab dah lama tidak bawa kereta.. Istimewanya, ak berjaya minta menggunakan kereta Toyota Prius untuk kelas kali ke-2 ;) Agak risiko sebab ujian sebenar menggunakan Toyota Crown =) 


Kesilapan
Berikut merupakan kesilapan yang ak atau calon lain telah buat sepanjang tempoh ak menghadiri ujian memandu tersebut:


  • 安全確認: Boleh kata ujian memandu ini hanya menumpukan samada calon mengikut peraturan memandu di Jpon atau tidak.. Rujuk part 2 (link)
  • Handling: Pegang stereng kereta seperti sedang mengemudi kapal lanun! Jika tidak, kedudukan kereta seperti berada di tengah lautan..
  • 合図 (Signal): Kena sentiasa pastikan signal hidup sebelum nak pusing.. Kadang-kadang signal boleh mati tanpa kita sedari, kalau dah pusing baru perasan, anda akan hilang markah di situ!
  • Ikut arahan 試験官: Bila dia suruh anda pecut 30 km/j, pastikan anda buat.. Tidak kisah pun sekiranya anda bawa sekitar 27 dan ke atas, asalkan sipi-sipi sudah memadai.. Dia hanya ingin lihat anda boleh pecut atau tidak.. Jika gagal sampai pada kelajuan yang ditetapkan, anda akan kehilangan mata di situ..
  • 止まれ (Stop): 中止 serta-merta sekiranya terlebih garisan 止まれ~  
  • 信号 (Traffic light): Sentiasa peka dengan lampu isyarat di dalam litar..
  • 危険行為 (Dangerous act): Antara situasi yang boleh dilabel sebagai 危険行為 ialah apabila tayar kereta terlanggar bahu jalan dan anda tetap meneruskan perjalanan tanpa mengundur terlebih dahulu dan kembali ke posisi asal.. 危険行為 juga boleh membuatkan 中止 serta-merta..
  • 大曲 (Big curve): 大曲 berlaku apabila anda tidak rapat ke bahu jalan ketika hendak pusing.. Ini juga boleh membuatkan anda kehilangan mata..
  • Driving school: Pastikan anda mengambil kelas memandu walaupun sekali kerana tiada siapa boleh lulus dalam cubaan kali pertama kerana tidak biasa dengan litar dan juga peraturan memandu di Jpon.. Lagi berbaloi bayar pada harga yang sama ketika mengambil ujian tapi boleh bawa di litar berkali-kali daripada bayar, bawak sekali pastu gagal begitu sahaja (-_-")   


p/s Usaha dan tawakal amat penting.. Sebelum ambil ujian, jangan lupa buat solat hajat dan minta family untuk doakan supaya anda lulus ;) Semoga berjaya! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC