8-9 April - HAKONE
Sering kali aku dambakan ingin ke destinasi yang menjadi hotspot buat para pengunjung ke Jepun khusunya area 関東 (Kanto) iaitu bercuti ke 箱根 (Hakone).. Niat hendak ke sana selalu ada tapi jarang ada waktu dan teman untuk ikut sama ke sana memandangkan aku tidak gemar pergi seorang diri.. Alhamdulillah peluang tersebut hadir apabila isteri tersayang datang melawat Jepun buat pertama kali dari 7~12 April dan kami memilih untuk ke 箱根 pada hari ke-2 memandang hari pertama aku masih kerja.. Berikut merupakan itinerary perjalanan kami dengan menggunakan keretapi pada hari itu..
鶴見市場 (Tsurumi Ichiba) --> 横浜 (Yokohama) --> 小田原 (Odawara) --> 箱根 (Hakone)
Berangkat dari rumah sekitar jam 10, kami berhenti di Odawara untuk makan siang sambil singgah sebentar di 小田原城 (Odawara Castle) untuk sesi bergambar.. Untung daun 桜木 (Sakura tree) masih lebat di area sini berbanding tempat lain di area Tokyo jadi sempatlah ber-花見 (Hanami) dengan isteri di 小田原.. Setelah itu kami singgah di Odakyu Sightseeing Service Center berhampiran 小田原駅 (Odawara Station) untuk beli Hakone Freepass pada harga 4,000円 (RM140) seorang.. Hakone Freepass yang sah-laku nya 2 hari membolehkan pengunjung naik segala jenis pengangkutan di area Hakone secara percuma!
Bunyi seperti menarik tapi rupanya ada udang di sebalik mee.. Pengguna tidak layan menggunakan pengangkutan express dari 小田原 ke 箱根 (笑) Setibanya di 箱根, destinasi pertama kami sebelum checkin hotel ialah Hakone Open-Air Museum memandangkan pintu masuk tutup jam 5 dan kami cuma ada 90 minit untuk melihat-lihat di situ~ Perjalanan ke hotel memerlukan kami bertukar train kepada cable car dan lucunya kami tersilap exit sewaktu turun di stesen 中強羅 (Nakagora) dan terpaksa menunggu cable car seterusnya semata-mata untuk melintas pergi ke exit sepatutnya (笑)
Lama juga aku survey di じゃらん untuk penginapan di 箱根.. Biasanya orang Jepun pergi ke sini untuk menikmati 温泉 (Hot spring) jadi aku inginkan tempat privacy untuk suami isteri menikmatinya bersama jadi keyword yang dicari ialah 貸切露天風呂 (Chartered open-air bath).. Aku ambil pakej yang paling ekonomi yang hanya termasuk sarapan pagi tanpa makan malam dengan harapan boleh makan di luar pada malam itu.. Ternyata sangkaan aku meleset apabila rata-rata kedai makan di sekitar hotel tutup jam 7 malam malah lebih menyedihkan restoran paling hampir dengan hotel juga full-booked! Kami berjalan kaki 2km semata-mata untuk mencari restoran di area lain sebab cable car juga sudah tidak beroperasi pada waktu itu tapi sayang semua tempat yang kami pergi full-booked!
Hotel Kao Kao di Hakone |
Kagum dengan kesabaran isteri pada malam itu ditambah lagi tiada WiFi di kamar membuatkan kami terpaksa lepak lama di lobby (笑) Keesokan paginya barulah sarapan nasi dengan ikan bakar sebelum checkout hotel jam 1000.. Destinasi selanjutnya ialah menuju ke 早雲山 (Sounzan) dengan harapan nak naik ropeway tapi sayangnya bas yang menanti untuk bawa kami ke 姥子 (Ubako) gara-gara aktiviti gunung berapi 大涌谷 (Owakudani).. Dari 姥子 kami naik ropeway menuju ke 桃源台港 (Togendai-ko) tapi sayangnya tak dapat lihat 富士山 (Mt. Fuji) seperti yang terlihat dalam website Odakyu tentang 箱根.. Pemandangan indah 芦ノ湖 (Lake Ashi) dari ropeway sedikit mengubati perasaan walaupun naik tak sampai 10 minit (笑)
Dari 桃源台港 pula kami menyusuri 芦ノ湖 dengan menaiki kapal lanun menuju ke 箱根町港 (Hakonemachi-ko) dan mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan.. Suhu dingin sepanjang perjalanan atas kapal mengurangkan perasaan mabuk laut (笑) Setibanya di 箱根町港, kami singgah di restoran berdekatan untuk makan tengahari sebelum naik bas menuju ke 小田原駅.. Sebelum pulang ke 川崎 (Kawasaki), aku bawa isteri makan angin ke 熱海 (Atami) memandangkan dia teringin nak lihat pantai walaupun ketika ini masih awal musim bunga dan suhu masih dingin.. Pertama kali juga menjejakkan kaki ke 熱海 dan mujur lokasi pantai juga sekitar 15 minit jalan kaki dari stesen..
Sekiranya 箱根 terkenal dengan 温泉 (Hot spring), 熱海 pula terkenal dengan keindahan pantainya.. Kaget juga bila lihat orang-orang Jepun di kawasan pantai memakai sut renang seolah-olah sudah masuk musim panas (笑) Setelah itu kami berjalan kaki semula menuju ke 熱海駅 (Atami Station) dengan harapan dapat pulang ke rumah untuk mengerjakan jama' Zuhur dan Asar.. Untuk itu kami terpaksa naik keretapi express dan dikenakan caj extra tapi tempat duduk agak privacy memandangkan hari itu tidak banyak penumpang..Berkejaran apabila tiba di 川崎駅 (Kawasaki Station) sebab perlu tukar ke 京急線 (Keikyu line) tapi alhamdulillah tiba on-time beberapa minit sebelum azan Maghrib..
No comments:
Post a Comment