Followers

Saturday, 16 April 2016

新婚旅行 (Honeymoon)

29 Feb ~ 4 March - BALI

Berbagai tempat yang diutarakan sewaktu kami mula merancang lokasi 新婚旅行 (Honeymoon) dan akhirnya memilih untuk ke Bali, salah satu lokasi yang disukai oleh isteri malah memudahkan aku juga memandangkan masih ada duit di dalam akaun Indonesia jadi tidak perlu untuk menukar wang terlebih dahulu.. Pada awalnya kami rancang waktu 新婚旅行 setelah selesai segala walimah kedua belah pihak memandangkan aku dapat cuti hampir 3 minggu.. Namun, waktu terpaksa diubah awal satu minggu gara-gara Hari Nyepi yang jatuh pada 9 Mac tahun ini.. 


Bagi yang tidak mengetahui apa yang berlaku pada Hari Nyepi, boleh membaca entry ini (link).. Rezeki apabila MAS sedang buat offer sekitar bulan October sewaktu kami merancang 新婚旅行 jadi kami langsung beli harga tiket pulang pergi pada harga sekitar RM800 untuk dua orang.. Ada juga tanya-tanya pada travel agent untuk berikan harga pakej honeymoon tapi kebanyakan harga yang ditawarkan melebihi budget malah package trip juga agak padat membuatkan kami tekad untuk buat plan sendiri sambil membuat rujukan itinerary rakan-rakan dan juga apa yang tersedia di internet.. Hasilnya plan kami adalah seperti dibawah:

Day 1
- Berangkat ke Bali

Day 2 
- Tanah Lot
- Bali Night Safari

Day 3 
- Museum Pasifika
- Uluwatu Temple
- Kecak Dance

Day 4 
- Dolphin hunting at Lovina Beach
- Taman Ayun Temple
- Souvenir shopping area Kuta

Day 5
- Free time
- Berangkat pulang ke Malaysia

Untuk penginapan, kami menggunakan Agoda untuk survey private villa dan hotel.. Pertama kali guna perkhidmatan Agoda dan ia benar-benar membantu meskipun menambah pening bila rating villa/hotel tinggi tapi ada komen negatif dari pengguna (笑) Memandangkan itinerary sudah fix, kami pilih untuk menginap di private villa selama 2 malam di area Tanah Lot dan 2 malam di hotel area Kuta.. Soal pengangkutan, awalnya kami ingin dapatkan kereta sewa termasuk driver, dan hasil survey menemukan dengan laman web Bali Indah Tour Holiday (link) yang turut menyediakan itinerary hampir sama dengan kami ditambah pula driver juga Muslim.. 

感想 (Review)
Secara keseluruhan, kami berpuas hati dapat pergi ke tempat-tempat yang telah dirancang malah sempat juga melakukan aktiviti di luar jangkaan seperti menonton wayang di Mall Bali Galeria setelah pulang dari Lovina Beach.. Paling penat pastinya trip ke Lovina memandangkan kami perlu bangun jam 0230 kerana jarak antara Kuta dan Lovina ialah hampir 100km! Lucunya si driver yang terlajak tidur dan datang jemput kami di hotel pada jam 0300, kemudian dia bawa kereta macam pemandu F1 menambah pening tak cukup tidur kami dengan jalan yang bersimpang siur (笑) Tiba di sana, kami diminta bayar IDR 400k seorang untuk naik bot.. Nasib bot itu hanya dinaiki oleh kami berdua sahaja jadi ada sedikit privasi.. 


Night Safari tidak mengecewakan meskipun sewaktu dalam perjalanan ke sana, kami sedikit risau kerana hujan agak lebat.. Mujur hujan berhenti sebaik sahaja kami tiba di destinasi.. Untung menggunakan tour agent kerana tiket Night Safari adalah terhad dan pengunjung perlu membuat reservasi tiket terlebih dahulu, tidak boleh main redah sahaja kerana kebarangkalian anda pulang tangan kosong adalah hampir 90%.. Paling ngeri ialah apabila pengunjung dimasukkan di dalam sangkar bergerak dimana pelbagai jenis haiwan datang mengerumuni kami termasuk harimau dan singa! 


Harga pakej yang ditawarkan oleh Bali Indah Tour Holiday agak rendah berbanding yang lain disebabkan harganya hanya transportasi dan driver sahaja, harga tiket dan sebagainya itu harus ditanggung sendiri (笑) Sewaktu di Nusa Dua, driver bawa kami ke Zooka Dive & Watersports untuk bermain air.. Ikutkan nafsu mahu sahaja cuba Parasailing dengan isteri, tapi kebetulan pagi itu sedikit hujan malah harga yang ditawarkan juga lain daripada hasil survey aku di internet pada waktu itu membuatkan kami berangkat ke Museum Pasifika yang kebetulan terletak di dalam area kompleks yang didalamnya ada area shopping dan restoran.. 


Pakej honeymoon untuk hotel yang kami pilih menyediakan candle light dinner dan juga free one hour massage.. Untungnya pengangkutan ke airport juga termasuk jadi tidak perlu menggunakan tour agent pada hari terakhir.. Lucunya massage yang disediakan hanyalah untuk seorang jadi kami terpaksa bayar extra untuk seorang lagi supaya boleh buat serentak (笑) Pulang dari Lovina kami berehat seketika di hotel sebelum jalan kaki ke Mal Bali Galeria yang mengambil masa hampir 15 minit perjalanan.. Pulangnya isteri minta naik teksi sebab tidak suka jalan (-_-") Mujur Blue Bird Taxi sudah banyak beroperasi di Bali jadi tidak ada masalah tidak guna meter..

p/s  Kebanyakan hotel menyediakan honeymoon setup secara percuma tanpa extra caj.. Pengguna juga tidak perlu menunjukkan bukti mereka baru berkahwin jadi tiada siapa nak halang kalau kita nak minta perkhidmatan honeymoon setup lagi di masa akan datang #eh

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC