Followers

Friday, 11 September 2015

人間ドック (Private Medical Checkup)

11 Sep - YOKOHAMA


Sudah menjadi norma bagi mereka yang berada di Jepun untuk mengambil 健康診断 (Medical Checkup) sekali setahun.. Kebiasaanya adalah pada awal April memandangkan hitungan periode pertahun di Jepun bermula dari bulan April sehingga March tahun berikutnya.. Oleh kerana aku masih berada di Indonesia pada April lalu, maka aku diberi peluang sendiri untuk menentukan tarikh sendiri pada kali ini.. Istimewanya tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, semua pekerja yang bekerja di luar negara diberi keistimewaan untuk mengambil pakej 人間ドック (Private Medical Checkup) yang mana pemeriksaan yang dilakukan lebih terperinci seperti yang ditunjukkan di bawah:


  1. 計測 (Physical examination)  
  2. 血液検査 (Blood test)
  3. 呼吸器系 (Respiratory system) 
  4. 消化器系 (Digestive organs)
  5. 循環器系 (Circulatory organs)
  6. 腎機能 (Kidney functions)
  7. 肝機能 (Liver functions)
  8. 膵機能  (Pancreas functions)
  9. 脂質検査 (Lipid test)
  10. 糖尿病 (Diabetes test)
  11. 痛風 (Gout)
  12. 梅毒 (Syphilis)
  13. ガンマーカー 
  14. 外科診察 (External medical examinations)
  15. 内科診察 (Internal medical examinations)
  16. 超音波診断 (Ultrasonic waves diagnosis) 
  17. MRI診断 (MRI Test)
  18. CT診断 (CT Test)

Selfie di bilik yang telah disediakan di dalam hospital

Sudah jadi lumrah untuk mengambil ujian air kencing setiap kali 健康診断, namun buat pertama kalinya ada pemeriksaan 糞 (Tahi) bukan sekali tapi dua kali pada hari yang berbeza.. Spesimen kecil yang diambil itu pula harus dimasukkan ke dalam tabung khas yang berisi bahan kimia di dalamnya agar ia kekal segar sehingga hari ujian (笑) Oleh kerana bilangan pemeriksaan terlalu banyak, aku di minta untuk melaporkan diri di hospital dari jam 0830 dengan kebarangkalian pulang pada jam 1600.. Memandangkan ada pemeriksaan perut, aku diminta untuk berhenti selepas jam 2100 malam sebelumnya dan pagi itu pula langsung tidak dibenarkan menghadam apa-apa termasuk air minum! Setelah melapor diri, agak mengejutkan apabila diberikan bilik seperti di dalam hotel malah ada makanan tengahari dengan pilihan menu! 

Sesi bermain dengan tahi

Dalam banyak-banyak pemeriksaan, yang paling tidak best ialah 胃検査 (Gastrointestinal endoscopy) iaitu pemeriksaan organ perut dengan memasukkan kamera fiber menerusi rongga hidung atau mulut.. Dengan yakinnya aku minta supaya kamera dimasukkan menerusi rongga mulut kerana kononnya saiz kamera fiber lebih besar jadi dapat mengesan masalah di dalam usus dengan lebih jelas.. Sewaktu pemeriksaan, jururawat menjelaskan kalau ikut rongga mulut, aku kena ambil suntikan malah tidak disyorkan buat orang yang mengambil buat pertama kali (笑) Ternyata keputusan memilih melalui rongga hidung merupakan satu pilihan yang benar memandangkan ianya satu pengalaman yang paling perit dan aku harap tidak akan mengambil pemeriksaan yang sama lagi di masa akan datang (笑) 

Serius tak best!

Peritnya apabila dia mula memasukkan ubat anesthesia dan gel terlebih dahulu ke dalam hidung sebagai persiapan sebelum memasukkan fiber scope.. Kita boleh lihat sendiri di skrin yang menunjukkan laluan kamera masuk dari rongga hidung sehingga ke bahagian usus! Proses pemeriksaan mengambil masa sekitar 10 minit, dan sepanjang masa itu aku diminta untuk bernafas melalui hidung sahaja.. Azab hidung terasa agak pedih apabila kamera fiber selamat dikeluarkan, darah juga mengalir sedikit dan terpaksa tekan hidung dengan tisu ditambah lagi dengan ubat bius di area anak tekak masih ada membuatkan aku diminta untuk tidak makan dan minum kira-kira satu jam lagi.. Ingatkan dapat rehat sebentar, sekali langsung dibawa ke bilik lain untuk CT scan dan yang terakhir MRI scan.. 

CT Scan

Pemeriksaan CT scan a.k.a X-ray Computed Tomography a.k.a Computerized Axial Tomography scan (CAT scan) berbeza dengan pemeriksaan X-ray biasa dimana kita diminta baring di atas pelantar dan kemudiannya dilalukan ke dalam mesin berbentuk donut dengan tujuan untuk mendapatkan kombinasi gambar X-ray dalam pelbagai sudut bagi menghasilkan gambar cross-sectional (tomographic).. Ini membolehkan pengguna untuk melihat ke dalam objek tanpa memotong.. Tiada yang istimewa sepanjang pemeriksaan kerana kita hanya baring kira-kira 10 minit dan ada beberapa ketika diminta untuk ambil nafas dan tahan.. Kurang selesa sepanjang pemeriksaan dijalankan kerana ubat bius masih di area mulut jadi apabila kita baring, kita rasa seperti nak muntah (-_-")


MRI (Magnetic Resonance Imaging) scan pula merupakan pemeriksaan untuk mengkaji anatomy dan fisiologi tubuh dari aspek kesihatan dan juga penyakit.. Sama seperti CT scan, aku diminta baring tapi kali ini segala kelengkapan seperti cermin mata, gelang magnet diminta ditanggalkan terlebih dahulu.. Fokus yang pertama adalah pemeriksaan kepala jadi agak pelik kepala seperti di sarung sebelum dimasukkan ke dalam mesin.. Perasaan sewaktu MRI scan seolah-olah berada di dalam keranda dengan ruangan yang sempit dan dibiarkan selama 10 minit.. Agak menakutkan juga kerana sepanjang pemeriksaan, kita boleh dengar pelbagai jenis bunyi mesin walaupun telinga sudah ditutup dengan pengedap bunyi dari awal.. Selesai pemeriksaan kepala, seterusnya fokus pada pemeriksaan badan, tapi kali ini aku diminta untuk mengawal pernafasan agar bacaan data tidak lari.. 

Lunch break

Ingatkan segala pemeriksaan akan berakhir sehingga hari siang, tak sangka ia berakhir sekitar jam 1130 kerana kebetulan cuma aku seorang yang mendaftar untuk pemeriksan 人間ドック pada hari itu.. Bijak juga dia kasi bilik kerana badan rasa lesu malah hidung rasa tidak selesa membuatkan kita rasa seperti nak terlantar sahaja selepas habis pemeriksaan.. Baru nak terlelap di atas katil, dapat pula telefon dari pihak hospital memaklumkan makan tengahari sudah tersedia dan selepas makan, aku boleh pulang ikut waktu sendiri.. Hari masih awal, biasanya orang Jepun terus bergerak ke syarikat tapi minta maaf, biarlah aku gunakan keistimewaan sebagai 外国人 (Foreigner) hari ini untuk mengambil peluang berehat di rumah (笑)    

3 comments:

  1. Pemeriksaan kesihatan yg menyeramkan...part tahi tu...kalau x berak mana nak dapat tahinya...berak bukan boleh control...haha...part yg hidung tu...air termasuk pon dh perit lgi tube masuk...Allahhuakbar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. tulah, nasib baik minggu tu taik keluar setiap hari (lol)

      Delete
  2. Dr Ong Kee Leong is a fellowship trained senior consultant orthopaedic surgeon who subspecializes in shoulder and knee, foot and ankle, hand wrist and elbow surgeries. He has been registered with the Singapore Medical Council as a specialist in Orthopaedic Surgery since 2011.


    38 Irrawaddy Road #06-59/60/61 Mt Elizabeth Novena Specialist Centre Singapore 329563

    Phone: (65) 6690 3255

    business email: klong@sog.sg

    Website: K.L. Ong Orthopaedics

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC