Bersyukur dapat beraya bersama keluarga sekali lagi tahun ini walaupun hampir-hampir terkubur apabila mendapat khabar perlu pulang ke Jepun 3 hari sebelum masuk bulan Ramadhan! Awalnya aku cuba menolak dengan memberitahu aku sudah beli tiket pulang ke Malaysia dari Jakarta 2 bulan sebelumnya lagi tapi syarikat di Indonesia sudi membayar tiket pulang ke Malaysia dari Tokyo untuk aku asalkan aku setuju pulang ke Jepun! Sempat berpuasa 1 minggu sebelum berangkat pulang ke Malaysia melalui Haneda Airport.. Sempat bertemu dengan beberapa rakan yang turut pulang beraya.. Kali pertama naik AirAsia untuk tahun ini kerana kalau dari Indonesia, harga pesawat lain banyak yang lagi murah (笑) Dalam penerbangan, duduk sebelah lelaki Jepun yang kerjanya dalam bidang IT untuk memperkenalkan makanan halal untuk pelancong Islam ke Jepun..
Tidak sempat merasa kasih sayang datuk sejak lahir, moga Allah panjangkan usia kedua nenekku, insyaAllah |
Jika raya tahun lalu aku sambut di Terengganu, tahun ini hanya di area KL sahaja kerana kebetulan Jiddah juga berada di KL.. Oleh kerana aku dapat cuti 10 hari, awalnya aku ingat nak buat plan drastik pergi bercuti ke Sumatra sendiri tapi sayang rata-rata syarikat tour yang aku telefon semua beritahu tidak ada orang kerja waktu itu (笑) Tidak mahu kebosanan sampai aku nekad nak angkat PS4 melalui Mudah.my tapi itu juga tak berhasil sebab last-last minit ada customer lain yang terus pergi ke rumah dealer untuk angkat walaupun aku dah deal dulu dengan dealer tu (-_-") Rezeki apabila cousin ajak ikut dia balik kampung di Batu Pahat pada hari raya ke 5 jadi dapatlah juga mengubat rindu setelah lebih 3 tahun tidak ke sana.. Perjalanan mengambil masa hampir 3.5 jam dari rumah cousin di Gombak.. Dapatlah juga beraya di 4 buah rumah saudara di sana, singgah BP Mall, dll.. Nostalgia sungguh dengan pelbagai jenis memori melihat suasana kampung yang saling tak ubah..
Heading back to Japan |
Pulang semula ke Jepun pada 25 July dengan perasaan yang serba-serbi.. Sengaja cuba Thai Massage di KLIA2 selama 1 jam sebab sakit belakang sejak pulang hari itu.. Harga dikenakan hampir sama dengan caj di Jepun (-_-") Terkejut apabila di KLIA2 sudah tidak ada kedai yang jual air botol selepas kita masuk gate.. Kalau sebelum ini masih ada walaupun jual pada harga RM5 kalau tak silap, kini dia cuma jual dalam bentuk cawan plastik dan pastinya tidak boleh bawa masuk pesawat.. Kebetulan ada terlihat orang isi air di kedai yang sama dalam thermos yang dia bawa siap-siap dari rumah.. Tips mantap untuk orang yang nak saving bila guna AirAsia nanti (笑) Lucunya kami di minta keluar dari pesawat gara-gara masalah tayar dan akhirnya flight delay selama 1 jam membuatkan aku terlepas keretapi terakhir menuju ke 川崎 (Kawasaki) malam itu.. Pertama kali naik bas dari Haneda Airport tapi caj bas agak mahal sekitar 500円 (-_-")
Sipi lagi nak ada PS4 tu...jdi pengumpul consol PS nnti kyo...haha...BP ayer hitam Kluang x kan banyak pon berubah...klau kluang yg latest crown sultan kt bulatan jalan raya je...haha...smakin berkembng industry mkann halal kt jpon...bgus lh...hrap stu hri nnti dpt g jepun dpt merasa mcm kyo rasa...huhuhu...
ReplyDeletePengumpul la sangat.. pernah ada ye.. kumpul tak.. rosak kot semua..
DeleteOh ye ke? Kluang cam tak pernah g lak.. huhu
InsyaAllah, kumpul la duit dari sekarang.. ;)
Rugilah rosak...haha...ain punye ps1 n 2 elok lgi tpi dah jadi jeruk dalam kotak bile semua game dah habis main...nak beli cd game pon org dh x jual...huhu
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam bro.Apa khabar? Lama tak datang melawat ke sini....
ReplyDeleteWasalam bro..
DeleteBaik alhamdulillah..
Thanks dtg melawat :)