22 March - KYOTO
MyKyoto 2015 |
Selesai menjelajah Osaka, kami berangkat pula ke Kyoto keesokan harinya kerana kebetulan ada event MyKyoto (Malaysians in Kyoto) 送別会 (Farewell Party) buat ahli yang bakal meninggalkan bumi Jepun setelah menyelesaikan misi mereka di sini iaitu mendapatkan segulung ijazah.. Punyalah mengharap dapat bertemu para 後輩 (Junior) RITS tapi sayang yang ada cuma Epul dan beberapa 後輩 perempuan yang aku tak beberapa cam.. Bila melihat muka-muka baru yang bakal memulakan kehidupan sebagai pelajar di Jpon, terimbas kembali pengalaman diri sendiri yang agak cuak pada awalnya tapi yakinlah ukhuwah yang terbina di sinilah yang akan membantu sepanjang perjalanan menyelesaikan misi yang dikejar..
Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, event MyKyoto sering dijalankan di 修学院 (Syugakuin) iaitu tempat hostel bagi pelajar asing penuntut 京大 (Kyoto Uni).. Sayangnya kali ini tidak sempat nak booking membuatkan mereka melakukan di rumah ahli MyKyoto yang muat-muat dengan bilangan kami berdekatan dengan 茶山駅 (Chayama Station) (笑) Pertama kali juga naik 電車 (Train) yang agak istimewa kerana tempat duduk dia menghadap luar tingkap.. Sengaja aku bawa abang angkat aku ikut serta event MyKyoto dengan harapan dia dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi orang Malaysia di sini.. Siapa sangka dia sendiri ada kejutan lain untuk aku apabila dia membawa ke sebuah tokong Zen bernama 圓光寺 (Enkouji); 20 minit perjalanan kaki dari event..
Al-Fatihah buat Syed Omar |
Rakyat Malaysia yang ada peluang untuk menziarah Kyoto dan ada masa terluang bolehlah singgah di tokong ini kerana disini menempatkan makam Syed Omar Assegaf, salah seorang penuntut Malaysia yang mati berpunca daripada letusan bom atom di Hiroshima ketika WWII.. Dimakamkan di Kyoto apabila arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke Tokyo untuk mendapatkan rawatan.. Selain menziarah makam, 圓光寺 juga merupakan salah satu spot musim 紅葉 (Autumn leaves) nanti jadi pada yang ingin melawat, pasanglah plan siap-siap.. Selepas itu, kami berangkat pula menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) untuk membeli tiket 新幹線 (Bullet train) menuju ke Tokyo.. Bersyukur ada kedai 格安チケット (Cheap ticket) berdekatan dengan 京都駅 jadi boleh la jimat sedikit (笑)
Sayangnya cuma dapat berborak sebentar dengan お母さん (Okasan) di area Yodobashi Camera memandangkan beliau ada acara bersama jiran tetangga beliau di 宇治 (Uji).. Cukuplah syarat dapat ketemu mereka memandangkan sewaktu aku ke Jpon January lalu selama seminggu, aku tak sempat untuk melawat mereka sampai Yuichi sanggup ambil flight ke Tokyo semata-mata untuk bertemu aku.. Selesai makan-makan, aku berangkat menuju ke Tokyo dalam keadaan agak terkejar-kejar sehingga tak sempat membeli buah tangan (笑) Tumpang tidur di rumah Abul di Malaysia Hall Tokyo sebab memikirkan masa yang agak terhad untuk berjumpa dengan member.. Tak sangka pula ada lebih 10 orang pelajar yang tinggal di situ juga membuatkan kami terpaksa berkongsi toilet (笑)
Okasan dan yuichi mesti sangat menanti kedatang kyo ke Jepun...seronok juga bila datang jauh2 pastu ada orang menanti...mesti terharu
ReplyDeletehuhu..
Deleteitulah, macam jejak kasih plak..
haha