Followers

Friday, 3 April 2015

Bali Revisit

20 March - BALI

Setelah selesai aplikasi visa renewal pada akhir January yang lepas tanpa disoal apa-apa oleh pihak imigrasi Jpon, aku sangka tidak ada apa-apa masalah dan dapat pulang dengan aman.. Beberapa hari selepas itu, aku terima email dari HQ mengatakan mereka menerima surat dari imigrasi bertanyakan sebab rasmi kenapa aku cuma ada di Jepun kurang dari sebulan sepanjang tahun 2014.. Alhamdulillah HQ menguruskan dengan baik dan pemohonan aku lulus lalu diminta pergi semula ke Jpon untuk mengambil 在留カード (Residence Card) yang baru di pusat imigrasi yang sama waktu aku memohon.. Oleh sebab visa aku tamat 23 March, nak tak nak kena masuk Jpon sebelum tarikh itu maka aku pilih dari tarikh 20-24 March..


Disebabkan January lepas aku tidak sempat menziarah 里親 (Hostfamily) di Kyoto, kali ini aku nekad untuk pergi ke sana dan tiada cara lain selain untuk turun di Kansai Airport di Osaka.. Awalnya aku fikir sedikit rugi untuk pulang pergi dari Osaka memandangkan urusan visa di Tokyo jadi aku sengaja tanya travel agent yang uruskan reservasi tiket pesawat tentang harga sekiranya turun di Osaka dan pulangnya melalui Haneda.. Terkejut apabila dimaklumkan harga kalau pulang melalui Haneda adalah lebih murah daripada return flight Osaka! Agak sengal tiada direct flight dari Jakarta ke Osaka pada tanggal 20 itu; harus transit di Bali terlebih dahulu! Kali terakhir aku ke Bali juga adalah transit pada tahun 2014 tapi itu cuma 3 jam lebih, kali ini aku sengaja pilih masa supaya aku boleh jalan-jalan di sekitar Bali selama 10 jam..


Punyalah semangat aku usha di internet apa yang boleh dibuat di Bali memandangkan pesawat mendarat di Bali sekitar 14:30 dan penerbangan ke Osaka pula jam 00:50.. Banyak juga perubahan di Bandara Bali berbanding tahun lalu kerana sudah tiada taksi preman; semuanya diganti dengan taksi khusus di airport tapi caj yang dikenakan tidak berubah iaitu IDR 80k menuju ke kota tanpa meter (笑) Apabila di info banyak jalan yang ditutup sempena perayaan Hari Nyepi (Silent Day), aku sudah mula fikir nak jalan kaki sahaja.. Tak sangka ada mat ojek yang mencari penumpang dan setelah nego dia setuju untuk bawa aku ke Kuta Square pada harga IDR 50k.. Kuta Square merupakan salah satu shopping mall bajet di sana cuma apabila aku sampai, agak terkejut rata-rata kedai di situ masih tutup.. 


Pemikiran suci aku waktu itu mengingatkan mereka tutup sementara solat Jumaat ke apa jadi aku jalan-jalan merayap di sekitar Kuta untuk melihat apa yang istimewa di Bali.. Hari Nyepi ialah perayaan tahun baru bagi penganut agama Hindu di Bali dan ia merupakan cuti umum di seluruh Indonesia.. Tahun ini ia jatuh pada hari Sabtu tanggal 21 Maret; sedangkan aku tiba di Bali pada tanggal 20.. Tak sangka rata-rata kedai daripada kecik ke besar, termasuk restoran seperti McD dan lain-lain juga mengambil cuti 3 hari sehingga Ahad sempena Hari Nyepi! Memang suwey walaupun aku dapat menikmati serba-sedikit tentang perayaan Nyepi apabila ada pesta perarakan patung-patung di beberapa jalan.. Siapa sangka aku berjalan dari Kuta sehingga ke Seminyak dan kemudian pulang melewati Pantai Legian..


Kelaparan sepanjang hari membuatkan aku nekad untuk mengisi perut di airport sahaja memandangkan restoran lain rata-rata tutup! Tiba di airport, aku lihat yang ada cuma Bangi Kopitiam di ground floor; habis keliling sehingga ke level 3 untuk mencari restoran tapi sayang tidak ada yang buka.. Agak mengejutkan apabila aku kembali semula ke Bangi Kopitiam, staff di situ memberitahu menu yang ada cuma roti (-_-") Entah dari mana keyakinan untuk mencari restoran di Domestic Airport yang memerlukan aku berjalan kaki 15 minit tapi sayang situasi yang sama juga! Kebetulan ada コンビニ (Convenience store) yang masih buka lalu aku langsung beli maggi cup untuk mengisi perut.. Sambil sedang makan boleh pula コンビニ tu tutup lampu juga sebab staff juga nak pulang kampung! Kelaparan sepanjang malam, masuk sahaja dalam flight, aku terus tidur sampai ke pagi (笑)

  


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC