Followers

Wednesday, 7 August 2013

Multiple Entry Business Visa 212

2 August - KUALA LUMPUR

Objektif utama aku pulang ke Malaysia bukan untuk beraya tapi boleh dianggap 出張 (Business trip) memandangkan aku perlu membuat visa baru selepas tamatnya visa Single Entry Business Visa 211 tempoh hari.. Kali ini aku perlu mendapatkan Multiple Entry Business Visa 212 yang membolehkan aku menetap di Indonesia selama 60 hari atas urusan kerja.. Banyak dokumen yang perlu disediakan ketika ingin memohon di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur antaranya:
  • Complete and sign visa application form (link)
  • Original passport
  • 1 (one) copy of passport
  • 2 (two) passport size photograph in color (Red color background)
  • Passport must be valid for at least 18 months after the date of the entry
  • Copy of itinerary from the travel agent
  • Updated curriculum vitae
  • Indonesian Immigration approval letter
  • Sponsorship letter

Paling leceh ialah 2 dokumen paling bawah memandangkan ia memerlukan bantuan daripada sponsor terutamanya approval letter; perlu pergi menghadap Kantor Imigrasi Pusat di Jakarta terlebih dahulu.. Di Indonesia lagi aku perlu memastikan pelbagai perkara sebelum membeli tiket, termasuklah mengenal pasti tempoh cuti KBRI memandangkan tempoh cuti di Indonesia ialah dari 3~11hb August.. Mujur bagi pemegang passport Malaysia, kita boleh mendapatkan visa pada hari yang sama tapi dengan syarat, perlu menghantar pemohonan sebelum jam 1200~

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sengaja membeli tiket pulang ke Indonesia sedikit lewat supaya jika ada apa-apa berlaku, aku boleh mendapatkan semula passport pada hari kerja berikutnya.. Semangat gerak dari rumah sekitar jam 0930 kerana risau dengan situasi trafik pada pagi tersebut, ambil teksi di PPUM menuju ke KBRI pada harga RM20~ Lucu dengan suasana di KBRI yang saling tak ubah seperti di stesen bas pulang ke kampung tapi kali ini penuh dengan orang Indonesia (笑) Selesai menghantar dokumen pemohonan sekitar jam 1100, kemudian diberitahu untuk datang semula mengambil passport sekitar jam 15:30~16:30...

Oleh kerana masa masih banyak, aku memilih untuk berjalan kaki dari KBRI menuju ke Plaza Low Yat berjarak hampir 2km memandangkan hari tidak begitu terik (笑) Terus maju ke Maxis Center ingin bertanyakan sebab SIM card not registered sebaik aku menghidupkan handset.. Terkejut apabila diberitahu nombor yang aku pakai sejak tamat SPM itu sudah tidak boleh digunakan lagi dan diminta membeli nombor baru! Alang-alang kena pakai nombor baru, aku terus buat keputusan drastik untuk membeli smartphone terus yang membolehkan aku guna internet tanpa menggunakan pocket WiFi.. 

Tertarik dengan Samsung Grand Duos yang membolehkan Dual SIM, dan harganya dalam lingkungan RM1k.. Dok terbayang boleh letak kad SIM Indonesia sekali di dalamnya jadi tak perlu beli Smartphone di sana~ Daripada Low Yat jalan kaki pula ke Masjid Al-Bukhari berjarak 1km untuk mengerjakan solat Jumaat.. Selsai solat, kembali semula ke Low Yat untuk misi membeli Samsung Grand Duos, sedang asyik survey harga, tiba-tiba seorang penjual Melayu memperkenalkan pula dengan promosi DiGi yang menawarkan Alcatel One Touch Glory 2S secara percuma untuk pakej komunikasi belia dengan hanya membayar RM50! 

DiGi Alcatel One Touch Glory 2S Table.jpg

Harga yang sama siap dapat free kad SIM dan juga pakej internet 1.5GB, seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, aku terus beli tanpa berfikir panjang~ Kebetulan masa juga sudah menghampiri jam 15:00 waktu itu, jadi selepas activate nombor, aku terus bergerak kembali ke KBRI.. Asalnya nak pergi naik teksi, tapi pemandu teksi bagi alasan jalan jem di situ dan tidak mahu menggunakan meter sebaliknya meminta aku membayar RM20 membuatkan aku nekad untuk menggunakan kaki sahaja.. Terkejut juga hanya perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk mendapatkan passport sekitar jam 15:40~


Program seterusnya ialah melawat branch company yang terletak di Pandan Indah.. Dah ada plan juga dengan 後輩 (Junior) yang bekerja di situ untuk bukber (buka bersama)~ Nak pergi Pandan Indah pun satu hal bila kebanyakan teksi yang berkumpul depan KBRI yang mengenakan caj RM30 dengan alasan sudah tunggu di situ lama.. Mujur dapat teksi lain dan hanya membayar RM10 dengan menggunakan meter! Selamat tiba di sana sekitar jam 16:00, berborak dengan 後輩 dan MD di situ sambil menunggu waktu pulang pada jam 17:30 dan kemudian bergerak naik kereta menuju ke Restoran Buluh Perindu ala buffet untuk bukber~ 

1 kepala kena RM50.. Gila mahal!

2 comments:

  1. wiit wiit dah balik maysia tu .....

    wahhh ..... dah beli anfon baru ..selamat hari raya .. nanti datglah rumah yop ... :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya gak..
      datang rumah?? huhu..
      12hb dah kena balik Jakarta (-_-")

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC