8 August - KL
Alhamdulillah, diberi kesempatan pulang beraya bersama keluarga pada tahun ini merupakan nikmat terbesar sepanjang aku mula hidup merantau sejak tahun 2008.. Banyak juga drama yang berlaku sebelum dan sesudah Raya; setiap tahun kami akan pulang beraya di kampung sebelah Ummi yang terletak di Batu Pahat.. Jadi pada awalnya aku sudah merancang untuk beli tiket pulang ke Jakarta dari Johor sahaja tanpa perlu pulang ke KL.. Sekali dikejutkan pula dengan berita Jiddah (Nenek) tidak sihat dan kini berada di rumah Khala (Makcik) di sekitar KL sekaligus menetapkan tahun ini beraya di KL sahaja~
Raya pertama memang tidak sah kalau tak singgah di rumah Tok Guru terlebih dahulu |
Yang tak seronoknya beraya di KL ialah tidak dapat berkumpul ramai-ramai, tidur satu tempat bersama sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya dsb~ Malah suasana kampung yang didambakan itu juga tiada bila beraya di bandar (=_=) Cuma bersyukur Allah panjangkan usia kedua Jiddah aku untuk beraya bersama-sama pada tahun ini :) Mujur tradisi Futsal Syawal bersama sepupu dapat diteruskan juga tahun ini walaupun terdapat adegan melucukan apabila tempat futsal yang ditempah melalui telefon, bila tiba di situ, cina yang jaga bagitau tiada tempat futsal.. Plan nak main di Subang Jaya terpaksa berpindah ke Petaling Jaya (De Samba)
Mujur juga tidak beli tiket perlawanan Barcelona menentang Malaysia XI yang bertempat di Stadium Shah Alam.. Sengal Messi tak nak menghiburkan hati peminat yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat beliau beraksi.. Bersyukur dapat bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang sudi meluahkan apa yang mereka rasa tentang situasi bekerja di Malaysia dan apa yang perlu aku fikirkan sebelum nekad untuk pulang suatu hari nanti.. Malam terakhir di Malaysia, terserempak dengan seorang pakcik Cina yang tiba-tiba tegur ketika aku sedang survey buku di MPH.. Borak lama juga tentang bisnes online sehingga kedai dah nak tutup, dan aku tidak beli buku langsung (-_-")
Sepupu paling kecil belah Baba.. Selamat dilahirkan pada tarikh aku bertolak semula ke Jepun pada tahun lepas.. |
Plan asal nak guna teksi sahaja ke LCCT sebab boleh claim dengan syarikat.. Alhamdulillah Ummi berbaik hati untuk tolong hantarkan.. Drama juga di LCCT ketika sedang beratur untuk menghantar bag.. Segerombolan pelancong China berkumpul di tempat penghantaran bagasi ke Jakarta sebab ada masalah pengiraan bagasi.. Berdiri hampir 30 minit dek masalah tidak selesai; rupa-rupanya boleh sahaja hantar bagasi ke kaunter di sebelah (-_-") Ingatkan dah terlewat, sekali boleh pula flight delay 30 minit (笑) Sewaktu di LCCT, berselisih dengan Jonathan, pemenang The Apprentice Asia sewaktu dia keluar dari tandas.. Nak tegur pun tak sempat sebab dia pun dalam keadaan tergesa-gesa juga..
Cousin conquer PS3 Move sewaktu open house |
Aku ambil hot seat 1D untuk penerbangan balik kali ini dengan harapan dapat keluar awal.. Sewaktu tiba di terminal 3, memang aku yang terawal maju ke bahagian kastam, jadi ingatkan perjalanan lancar sahaja sehinggalah aku ditanya tujuan aku ke Indonesia dan mana tiket penerbangan keluar.. Sedikit kaget bila dibawa masuk ke bilik khas untuk sesi soal siasat.. Rupa-rupanya Multiple Visa 212/60days yang aku dapat ini memerlukan tiket penerbangan keluar ke Indonesia bagi mengelak pelancong menetap di Indonesia melebihi 60 hari seperti yang dimaksudkan.. Terpaksalah aku bergegas keluar terminal untuk beli tiket AirAsia dan kemudian masuk balik untuk serahkan dokumen penerbangan yang dibeli supaya dia boleh cop passport..
Geram juga sebab niat di hati tak mahu naik AirAsia, nak cuba penerbangan lain tapi malangnya terminal 3 itu memang khusus untuk AirAsia dan Lion Air.. Nak cari printer juga tidak ada jadi langsung tiada pilihan lain.. Boss suruh beli tiket 11hb Oct tapi sebab aku tak suka bertolak pada hari Jumaat, aku buat keputusan beli tiket 10hb Oct.. Bila semak kalendar, Indonesia cuti 14 & 15hb sempena Eid Adha jadi aku sudah boleh mula membayangkan dapat pulang beraya di Malaysia lagi buat pertama kali sejak 2008! Semoga impian tersebut direstuiNya insyaAllah :)
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu sepanjang bulan Ramadhan
InsyaAllah jika dipanjangkan umur,
dapat lagi kita bersua kembali dengan Ramadhan pada tahun berikutnya~
Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat
semua pembaca~
hai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.702
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
thanks sbb follow
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteMemang tradisi raya ke kyo, berkumpul sama2 sepupu, main futsal? seronoknya :)
Saya pula, tiap tahun memang beraya dikampung..alhamdulillah, smpai ke hari ini, kami sepupu masih ada pluang tido bergelimpangan..yg lelaki belah ats rumah, yg perempuan kat tingkt bwh..masa kecik2, muat kwsn..skrg semua dah besar2, hehehe, sempit jadinya..smpai ada yg berkhemah kat laman,hehe
waalaikumussalam wbt
DeleteHuhu.. yup, sejak 5,6 tahun yang lepas kalau x silap
fuiyoo.. siap berkhemah tuu..
mmg terasa la beraya camtu..
kalau xde, mesti jadi cam kyo, rasa lain giler cuti raya :p
bestnye... sy plak tiap kali raya kedua, p trk wayang ngn sepupu2...hihi.. tu la masanya tuk mengeratkan ikatan... law tak susah ckit nk jpe.. sorang sibuk stdy, sorang sbuk keje kt negeri lain..
ReplyDeletetengok wayang??
Deletebelah pompuan family kyo ada gak buat..
tapi yg laki mmg lebih pada sukan aa :)
erkk.. dapat berkumpul ramai-ramai, tidur satu tempat bersama sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya tu mmg tak di sangkal... kul satu dua pagi blm tentu tido lagi kalo dah berkumpul..
ReplyDeletetu la pasal..
Deletesolat subuh pun berjemaah dengan pakcik2 apa sumer..
lepas tu semua tido balik.. haha~
Raya main futsal. Seronok dengar :)
ReplyDeleteSelamat hari raya :)
haha..
Deletesuasana raya paling pelik
LOL
Selamat hari raya..
ReplyDeleteMaaf zahir batin..
minal aidin wal faidzin
Deletelama x singgah :)
selamat hari raya...
ReplyDeletekembali ;)
DeleteSelamat hari raya. Kita kan beraya sebulan. Ehhh
ReplyDeletedah masuk bulan Zulkaedah nih :)
Deletekira setiap 60hari kne keluar dr indonesia ke mcm mana?
ReplyDeletehaah.. buat masa nih macam tu lah..
Deletenantikan je lah post lain bila dah ada visa lain :)