Antara sebab utama aku turun ke 関西 (Kansai) adalah untuk berjumpa dengan keluarga Kobayashi yang banyak membantu aku sejak tahun 2009 sehingga sekarang.. Okasan yang dalam lingkungan 60-an menganggap aku seperti anaknya sendiri dan banyak menghantar email bertanya khabar semasa~ Sebaik aku beritahu ingin berjumpa pada Golden Week, dia terus bercadang untuk membawa aku ke 嵐山 (Arashiyama), antara spot menarik di Kyoto.. Kebetulan seorang kenalan dari Singapore berada di Kyoto juga pada masa itu jadi aku ajak dia ikut sekali ke 嵐山 pagi itu..
Berkumpul di 京都駅 (Kyoto Station) sekitar jam 1000 dan daripada situ naik 電車 (Train) menuju ke 嵯峨嵐山 (Saga-Arashiyama) yang mengambil masa hampir 20 minit.. Antara tempat yang kami singgah sepanjang berada di 嵐山 ialah Bamboo grove roads, Tenryu-ji Temple, Togetsukyo Bridge, dan Iwatayama Monkey Park~ Makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan menu 湯豆腐 (Boiled Tofu) memandangkan tauhu merupakan makanan paling terkenal di Kyoto.. Sebelum pulang, kami lepak di sebuah kafe sambil berborak tentang kerja dan kehidupan semasa; banyak juga yang aku luahkan dan alhamdulillah banyak input dan nasihat aku terima dalam meneruskan hidup bekerja dengan orang Jpon ini :)
Japanese, Malaysian, Iranian.. One big happy family :) |
wiit wiit ....... wah , tak bawa balik makanan sikit ke ... seronoknya tgk panorama panorama di situ ..kyoto eh ? wahhhh
ReplyDeletebawa balik makanan??
Deletehuhu.. balik pun x tau bila :p
yup, dekat Kyoto :)
kyo penah tinggal kat umah okasan tu x? okasan tu best x orangnye? otosan x de ke? lagi satukan kyo kan jarg sesangat balik mlaysia...kyo x rasa sedih ke rindu teramat ke atau perasaan yg sama waktu dengannya tok jumpe mak ayah adik2 abag kakak semue?
ReplyDeletehaa.. jawapan dia kena tunggu entri seterusnya :)
Deletesoalan last tu rasanya x perlu jawab kot..