Mula mendapat tahu aku diberikan cuti Golden Week selama 10 hari pada minggu terakhir bulan April.. Waktu itulah sibuk nak plan macam-macam; balik Malaysia, melancong ke utara Jpon, selatan dan sebagainya.. Terkejut betapa pantasnya tiket AirAsia habis minggu itu membuatkan aku terpaksa membatalkan hasrat untuk balik Malaysia~ Kemudian trip ke utara Jpon juga mendapat berita malang apabila rakan yang sepatutnya menjadi tour guide tak rasmi memberitahu kenderaan dah penuh jadi terpaksa melupakan pula hasrat untuk pergi ke utara membuatkan aku mengubah arah ke selatan..
Penjelasan tentang keselamatan menerusi tayangan video dan juga soket AC pada setiap tempat duduk.. Lepas ni kalau nak guna bas malam, kena guna syarikat オリオン ;) |
Survey harga tiket bas malam di Yahoo! pun dah habis.. Ingatkan terpaksa pasrah beli tiket bas Willer Express pada harga melebihi 6000円 (RM180) sebab musim cuti; mujur terjumpa tiket bas murah pada harga 3600円 bila survey guna Rakuten Travel (Untung lagi guna Rakuten sebab boleh kumpul mata)~ Dah setahun lebih tak naik bas malam jadi awalnya hampir tersesat nak cari tempat tunggu bas di 新宿 (Shinjuku)~ Awalnya aku risau tempat duduk tak selesa kendatipun aku beli tiket bas yang menyediakan ruang kaki yang luas sedikit berbanding bas biasa.. Alangkah terkejutnya bila ada soket elektrik pada setiap tempat duduk (Bullet train pun takde mende nih!)
1 May - KUSATSU
Perjalanan hampir 600km daripada Tokyo menuju ke Kyoto itu selamat tiba di destinasi sekitar jam 0600~ Dengan pantas aku naik 電車 (Train) menuju ke 南草津 (Minami Kusatsu) iaitu 故郷 (Hometown) atau rumah ke-2 aku di Jpon ;) Mujur 後輩 (Junior) baru sahaja pindah ke rumah baru jadi dapat juga tidur dengan selesa pagi itu sebelum bangun pada belah tengahari untuk bersiap ke RITS~ Misi hari ini ialah mendapatkan 成績証明書 (Transcript of results) dan 卒業証明書 (Graduation certificate) versi 英語 (English) memandangkan pihak RITS tidak menyediakannya sewaktu tamat belajar tahun lepas.. Elok simpan sebab kemungkinan besar akan guna di masa hadapan :)
RITS antara universiti yang menyediakan kemudahan makanan halal secara terbuka :) |
Selesai misi pertama, pergi berjumpa bekas 担当教員 (Supervisor) untuk bertanya khabar.. Beliau baru sahaja bersara sebagai Professor pada tahun lepas tapi masih mempunyai kontrak selama 5 tahun di RITS sebagai pensyarah~ Bila hantar email minta kebenaran ingin jumpa, dia balas ingin minta tolong pindahkan barang-barang lagi (笑) Kagum dengan kesihatan beliau yang masih larat mengangkat barang-barang berat walaupun usia dah mencecah 65 tahun! Pindahkan barang masuk dalam lori kecik, kemudian dibawa pula ke sebuah rumah sewa yang menempatkan pelbagai jenis kotak yang dalamnya mengandungi buku-buku dan bahan kajian beliau; dah boleh bina perpustakaan rasanya dalam bilik itu (o_0)
Selesai mengangkat kotak-kotak dan beberapa meja untuk disusun dalam bilik itu, beliau bawa aku ke pasaraya berhampiran untuk beli sedikit buah tangan sebab beliau nak pulangkan lori sewa tersebut pada hari itu juga! Hujan pula mula turun pada petang itu membuatkan aku tidak sempat langsung untuk duduk berborak dengan beliau memandangkan beliau juga dalam keadaan tergesa-gesa.. Makan malam di kedai RAJU sebelum bergerak ke BB Kusatsu untuk lepas gian main futsal di court baru~ Plan nak ambil gambar ramai-ramai selepas habis main tapi sayangnya hujan mula turun pada 15 minit terakhir (-_-") Habis futsal, sambung lepak tunggu Subuh di Gasto~
p/s Walaupun baru setahun lebih meninggalkan dunia pelajar U, serius rasa dunia U lagi seronok berbanding dunia kerjaya (笑)
sudu ngn garfu tu penah jumpe kat kedai HOMES rm4.99...ramai orang cakap belajar lagi best dari kerja...abg ngn kak ain pon cakap gitu...tapi ayh ain cakap pencen lagi seronok dari kerja...huhu
ReplyDeleteada kelainan ke sudu garfu ini dari yg biasa nyer??
Deletepencen for sure paling best skali :p
wow, sdapnyaaa makanan tu... kari kan kan??? ke bukan??? kiranyaa kyo stay kat jepun 5 tahun la kan??? kyo ambil perubatankan??? syoknyaaaaaa
ReplyDeletehaah kari halal :)
Delete5 tahun stay?? x faham..
perubatan?? terang2 tulis benda lain kt sijil tu :p
wah bestnya.. jauh perjalann luas pmndgn.. :)
ReplyDeleteWahhhh, untung laa dapat pergi sana pergi sini..
ReplyDeleteeden nie hahh..
baru habis praktikal..
banyak benda nak kena buat.. -,-
baru praktikal..
Deletebelum stat kerja lagi..
ada lagi banyak masa ntk jalan2 :)
ha'ah kan... masa ada kem tahun lepas kan.. lect tu seorang dr.. dia pun bekas pelajar uitm.. katanya.. "jika anda rasa stress dan penat belajar, tunggulah zaman anda berkerja nanti.. anda kan rindukan zaman belajar..."
ReplyDeletedr tu dah merantau lebih 30buah negara..
30 negara??
Deletewow.. dahsyat dia merantau..
owhh.. smbng master erk.. gud luck..
ReplyDeletetp kan best jgk dpt jln2 tmpt org ni...
huhu..
Deletebukan sambung, tapi dah grad pun tahun lepas :)
best tak stay Japan.? ;)
ReplyDeletehujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..
Deletejawapan kyo :)
yeke zaman belajar lagi best dari kerja ...
ReplyDeletehurm , sems depan dah LI , nak study lah balik! tak nak LI
study biar gempak!
Deletecerah sket masa depan :)
Assalammualaikum! hehehe
ReplyDeleteTak lambat lagi kot nak wish, tahniah, master da dlm genggaman.
Tokyo ke kyoto 600km..jauh juga ya..brapa jam tu kyo nak smpai.
Bab blajar lagi best dri kerja tu,hehehe. Betul sgt2.. dua dunia yg berbeza..Kerja mmg dpt duit..tpi blajar, bnyk memori,relationshp dgn org skeliling pun lebih kuat..time kerja, masing2 cam pk diri sndiri je,huhu. Pnglmn sndiri k.. (-_-)
Waalaikumussalam! hehehe
DeleteTerima kasih :)
berapa jam? hmm.. gerak around jam 11, sampai around pkl 6.. ada stop kt R&R sebanyak 3 kali.. bas berhenti around 30 minit kot setiap stop.. kira sendiri~ :p
itu lah.. sebab gaji masih akaun bank sendiri kan.. :p