12~15 March - THAILAND
Setelah berhempas pulas sepanjang kursus 6 bulan serta 6 bulan 現場実習 (Site training), pihak syarikat menyediakan ご褒美 (Reward) iaitu 海外研修旅行 (Oversea Training Trip) dengan memberi memberi pilihan samada Philippine atau Thailand dan aku memilih Thailand sebab dekat sedikit dengan Malaysia.. Objektif 研修旅行 kali ini ialah mengenal pasti proses 現場 (Site) di Thailand dan juga mempelajari sedikit sebanyak tentang budaya mereka.. Seramai 14 orang termasuk seorang 上司 (Superior) turut-serta dalam 研修旅行 ini~
12 March
Kendatipun penerbangan ke Thailand menaiki JAL (Japan Airlines) berlepas jam 1045, kami terpaksa naik bas jam 0500 daripada hostel memandangkan kena naik sekali dengan kumpulan yang pergi ke Philippine memandangkan penerbangan mereka lebih awal~ Rata-rata daripada kami langsung tidak tidur malam sebab cuak terlepas bas (笑) Selamat tiba di 成田国際空港 (Narita International Airport) sekitar jam 0630, duduk menunggu 上司 sambil sarapan sebentar.. Dalam flight, dapat tidur dalam keadaan kurang selesa memandangkan tempat duduk JAL lebih kurang sama dengan AirAsia X (-_-")
Pertama kali naik JAL, tak sangka tempat duduk dia sempit (-_-") |
Selamat mendarat di Suvarnabhumi Airport sekitar jam 1545 waktu tempatan.. Pertama kali melawat negara yang lewat 2 jam daripada Jpon~ Semangat nak check-in di Foursquare bila dah lepas imigresen, sekali terkejut bila Free WiFi hanya disediakan bagi pengunjung di dalam sahaja (-_-") Tour guide menyambut kami dan daripada situ terus maju ke Bangkok Palace Hotel yang mengambil masa sejam lebih disebabkan kesesakan trafik~ Sampai sahaja di bilik terpaksa bergegas untuk solat sebab kena naik bas semula untuk maju ke restoran untuk makan malam.. Lucu bila menu pertama di Thailand adalah 中華料理 (Chinese cooking) sedangkan kalau ikut plan asal sepatutnya タイ料理 (Thailand food)~
Pemandangan lobi hotel |
Alhamdulillah 上司 sedia maklum aku tak boleh makan menu berdaging jadi dia beri kebebasan untuk aku pesan menu selain daripada apa yang telah terhidang atas meja.. Sewaktu bergerak ke tandas, aku disapa oleh tour guide yang bertanya samada aku nak pergi "tempat baik" selepas selesai makan; sesuatu yang tak diduga keluar dari mulut dia memandangkan dia seorang perempuan (笑) Member satu bilik boleh pula demam hari itu membolehkan aku mencari alasan untuk tidak keluar satu malam untuk tengok-tengokkan dia..
Geram je tengok menu berdaging tapi seafood dia memang not bad :) |
13 March
Selesai sarapan sekitar jam 0730. aku ajak member lain mandi dekat swimming pool di dalam hotel alang-alang bila lihat ada orang sudah mandi di sana.. Sekitar jam 0900 kami ada taklimat tentang anak syarikat di Thailand dan selepas itu kami bergerak menaiki bas menuju ke JFE Steel Galvanizing Thailand untuk melihat suasana 現場~ Perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih daripada 2 jam; berhenti makan di Tesco dalam perjalanan.. Seperti biasa kami diberi taklimat ringkas sebelum masuk ke 現場; agak terkejut dengan bilangan 作業員 (Worker) seramai 50 ribu diperlukan untuk projek selama 1 tahun ini..
Gambar dalam kilang dilarang ambil jadi hanya sempat ambil dalam bas~ |
Bila disoal mengapa begitu ramai, jawapan yang diberi ialah faktor kepakaran dan juga gaji 作業員 yang ternyata begitu ketara jika dibandingkan dengan 作業員 Jpon.. 工場見学 (Factory trip) sekitar 30 minit sebelum bertolak semula ke destinasi seterusnya iaitu sebuah restoran Thai untuk makan malam bersama 先輩社員 (Seniors)~ Nama sahaja restoran Thai tapi menu yang disaji mirip 中華料理 juga (-_-") Dapat berdialog dengan beberapa CEO termasuk 社長 (President) anak syarikat Thailand.. Sampai semula di hotel hari sudah lewat membuatkan terpaksa menghabiskan masa di dalam bilik seperti biasa (笑)
Menu spesel tanpa daging :) |
14 March
Seperti biasa kami mandi-manda dalam swimming pool terlebih dahulu sebelum berkumpul di hadapan lobi hotel sekitar jam 0800 untuk bersiar-siar sekitar Bangkok.. Antara tempat yang kami ziarah ialah Grand Palace, Emerald Temple, Wat Arun dan Wat Pho.. Makan tengahari di Twin Towers Hotel Bangkok yang menyediakan masakan buffet.. Alhamdulillah, menu berdaging kecuali khinzir yang disajikan adalah halal ;) Selesai makan, tour guide bawa kami ke Royal Lapidary Bangkok dan King Power Duty Free Shop; boleh kata semua barangan berjenama yang boleh didapati di lapangan terbang terhimpun di dalam bangunan ini..
Grand Palace |
Wat Arun |
Wat Pho |
Kami diberi masa 2 jam untuk pusing-pusing sekitar sebelum kumpul semula di tempat bas untuk bersiap ke destinasi terakhir sebelum pulang ke hotel iaitu restoran untuk makan malam bersama 先輩社員.. Makan malam bermula agak awal sekitar jam 1800 memandangkan esok hendak bertolak awal pagi.. Kalau ikutkan plan asal, tour guide nak bawa pergi tengok "New Half Show" pada kos 5000円 seorang tapi atas faktor kewangan dan masa, plan tersebut dibatalkan kendatipun tour guide dah tempat tempat duduk siap-siap.. Sebaik pulang ke hotel, aku jalan kaki menuju ke Baiyoke Sky Tower, hotel tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 304 meter..
100% Seafood restaurant :) |
400 Baht (RM42) dikenakan untuk masuk dan pemandangan dari tingkat 84 sememangnya suatu yang tidak dapat dilupakan.. Menariknya lantai tingkat itu berputar 360°membolehkan pengunjung menikmati suasana tanpa perlu bergerak dari suatu tempat.. Mujur aku sempat tiba memandangkan ia tutup pada jam 2200 ;) Kemudian aku jalan-jalan melalui pasar malam di sekitar itu sebelum pergi ke kedai urut yang telah ditempah dengan bayaran 700 Baht (RM 74) dalam masa 2 jam~ Hilang lesu seluruh badan walaupun terjerit kesakitan (笑)
15 March
Kena kumpul di lobi pada jam 0530 jadi jam 0430 lagi sudah bangun untuk kemas apa yang patut.. Sarapan pagi yang disediakan oleh tour guide berupa 2 muffin dan 2 biji epal serta air minuman diberi setiap seorang dalam bas.. Selamat tiba di Suvarnabhumi Airport sekitar jam 0640, terus check in tempat duduk memandangkan penerbangan ke Narita berlepas jam 0815.. Cuba minta tempat duduk yang boleh regangkan kaki tapi tak dapat; duduk tepi tingkap bersebelahan pula dengan 上司 (-_-") Sesiapa sangka aku dapat tidur sepanjang perjalanan dan hanya bangun 2 jam sebelum mendarat! Alhamdulillah, selamat mendarat sekitar jam 1545, sebaik sahaja ambil bagasi, terus maju ke dalam bas untuk pulang ke hostel~
p/s Sayangnya tak dapat ziarah masjid sepanjang berada di sini (-_-") Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
Bestnya jalan2..
ReplyDeleteLepas ni nak pergi mana lak..?
lepas ni pergi... hmm...
Deletenak baliiikkkkkkk :tlg
ni business trip ke apa??cam jalan je banyak.hehehe
ReplyDeletehaha..
Delete1 hari tengok kilang..
1 hari jalan2..
saido stress benau2 ke smpai tak sabar2 nak balik???haha..
ReplyDeletetula pasai.nape reward yang berbentuk training ni macam seolah2 holiday trip??kui3..
dah mmg holiday trip pun :p
Deletebestnya holiday. ;)
ReplyDeletehuhu.. thanks!
Deletewahh buat bisnes apa ni..siap boleh travel lg
ReplyDeletebisnes jual jam G-Shock..
Deletewaka waka eh eh
Wah....seronok ye boleh jejalan bagai....
ReplyDeletealhamdulillah..
Deleterezeki :)
nampak macam pack sangat sja jadual . tapi mesti best dapat jalan2 thai . kalau ada masa lebih masa trip tu boleh datang singgah malaysia kejap .. hahaha ..
ReplyDelete