Pernahkah anda rasa malas nak menaip menggunakan telefon bimbit bila mesej datang ketika anda berada di hadapan PC? Bagi kes aku, bukan sahaja malas, tapi tak mahu bazir bateri dan masa untuk buka handset, tunggu loading dsb semata-mata untuk balas mesej.. Aku sering mencari alternatif lain bagi mengubat sikap "malas" ini~ Mujur LINE ada menyediakan aplikasi untuk PC jadi pengguna boleh membalas mesej terus melalui PC tanpa perlu buka app di handset.. Anda boleh download sendiri perisian LINE for Windows melalui sini=
Baru-baru ini aku kerap menggunakan Whatsapp membuatkan aku terfikir benda yang sama.. Malangnya Whatsapp tiada aplikasi rasmi untuk PC membuatkan aku terpaksa mencari alternatif lain..Puas menggeledah internet menemukakan aku dengan software Bluestacks yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Android menggunakan PC.. Proses install persisian tersebut juga begitu mudah tanpa perlu membayar apa-apa tapi pengguna perlu update video card masing-masing bagi melengkapkan proses install tersebut.. Sila lihat link ini sekiranya anda mempunyai masalah ketika hendak install perisian Bluestacks ini ;) Sebaik sahaja selesai, aku terus maju untuk install Whatsapp dan Viber; sanggup buka akaun Gmail sebab perlu untuk download apa-apa aplikasi dalam App Store Android..
Kedua-dua aplikasi berfungsi dengan jayanya tapi kini aku sudah tidak lagi menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut di Bluestacks.. Berbeza dengan aplikasi LINE, Whatsapp dan Viber hanya boleh berfungsi menggunakan satu nombor sahaja.. Maksudnya kalau aku pasang Whatsapp dan Viber pada perisian Bluestacks, mesej dan telefon (Viber) hanya akan masuk pada Bluestacks sahaja.. Tiada masalah jika sepanjang masa berada didepan PC sahaja, tapi kalau tiada di depan PC memang menyusahkan (-_-") Buat masa ini aku hanya membiarkan sahaja Bluestacks dalam PC kalau-kalau ada aplikasi Android yang menarik aku jumpa di masa akan datang~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemaknanya kalau kita guna whatsapp kat pc . kat hp dah tak leh guna ? macam tu ke?
ReplyDeletehmm..
Deletekyo x pakai Android kt PC so x tau la kot2 boleh guna ke x.. tapi kalau kt iPhone malangnya xleh.. dia cuma leh activate pada 1 device jer..
tp whatsaap tak bleh kan masuk pc?
ReplyDeletehmm.. kalau guna perisian Bluestacks ni boleh jer :)
Deletewhatsapp boleh ke guna? sbb bkn ke whatsapp nie guna number phone???
ReplyDeleteBaju Paling Mahal DiDunia $USD91,500
Gambar : Iklan Paling Kreatif
Gambar : Cara Buat Anak [KLIK SINI]
boleh guna bro..
Deletetapi sesuai ntk mereka yg nak jimat pakej internet phone aa.. hehe