Followers

Friday, 15 February 2013

Islamic Graveyard in Japan

27 Jan - ENZAN


Hari sebelumnya aku mendapat mesej daripada kenalan di 山梨 (Yamanashi) samada aku ingin membantu membersihkan tanah perkuburan Islam di situ.. Tabik dengan sikap pelajar-pelajar Malaysia di 梨大 (Yamanashi U) kerana siapa sangka antara aktiviti mereka di sini ketika hujung minggu ialah membersihkan salah satu daripada 2 tanah perkuburan Islam di bumi matahari terbit ini.. Satu lagi terletak di 静岡県 (Shizuoka Pref) dan itu lebih besar! Menariknya tanah perkuburan Islam di 山梨 ini berkongsi dengan penghuni agama Buddha malah turut dijaga oleh Sami di situ! 


Tanah perkuburan itu terletak di 塩山 (Enzan) dan mengambil masa hampir sejam daripada 南アルプ市 (Minami Alps) iaitu tempat aku menginap.. Mujur kenalan tersebut sanggup datang mengambil aku dari rumah kendatipun jika gerak daripada 甲府 (Kofu) hanya mengambil masa sekitar setengah jam~ Apabila tiba di destinasi, aku diperkenalkan pula dengan 1 keluarga Uzbekistan dan 2 orang kakak Malaysian yang tiba daripada 埼玉 (Saitama)~ Matlamat utama ialah menziarah kubur isteri keluarga Uzbekistan tersebut yang disemadikan di situ~


Sepanjang aktiviti bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan di situ yang rata-ratanya diselimuti salji, aku difahamkan tanah perkuburan di situ merupakan ehsan ayah Sami tersebut yang menjualkan tanah kepada Japan Muslim Association (JMA) sekitar 50 tahun yang lepas walaupun kalau ikut undang-undang di Jpon, perkara tersebut adalah dilarang sama sekali! Lebih mengejutkan siap ada bina pagar lagi untuk "mengasingkan" kubur orang Islam dan orang Buddha sedangkan perkara itu menyalahi kontrak yang Sami itu sediakan sebagai syarat orang Islam dikebumikan di tanah tersebut (^_^")

Gambar kenangan bersama keluarga Sami dan juga keluarga Uzbekistan

Malah kontrak yang sama juga tertulis ahli keluarga jenazah tanpa mengira agama hendaklah membayar 管理費 (Management Fee) setiap tahun sekitar 5千円 kepada Sami tersebut tapi malangnya majoriti orang Islam tidak membayar sebab kebanyakan daripada mereka telah pulang ke negara asal.. Kerunsingan Sami tersebut untuk memahami maslahah orang Islam ini terjawab hasil diskusi dengan keluarga Uzbekistan tersebut yang rajin menziarah kubur arwah isterinya.. Keakraban yang terjalin antara mereka membuatkan Sami tersebut membenarkan kami mengerjakan solat di dalam tokong dia setelah selesai aktiviti bergotong-royong! 


Pertama kali dapat masuk ke bilik tetamu di dalam tokong dan alangkah terkejutnya terdapat pelbagai cenderahati tergantung di dinding ruang tamu dan salah satu daripadanya adalah gambar Qaabah! Kagum dengan keluarga Uzbekistan ini yang sudah menetap lebih 30 tahun di Jpon kerana sikap toleransi yang ditunjukkan semasa membina hubungan dengan golongan sami di seluruh Jpon~ Selesai mengerjakan solat, keluarga Uzbekistan tersebut belanja makan tengahari di Gusto sekitar 塩山 sebelum masing-masing bergerak pulang~ 


Alang-alang hari masih muda, aku minta member bawa pusing-pusing sekitar 梨大 memandangkan sudah jadi tabiat menziarah universiti-universiti di Jpon.. Menariknya 梨大 juga seperti 名大 (Nagoya University) apabila jalan raya umum membahagikan bangunan dalam universiti~ Terkejut apabila pelajar diminta menggunakan selipar khas untuk masuk ke dalam 研究室 (Lab)! Selepas itu, member bawa pula pergi 武田神社 (Takeda Shrine) yang merupakan salah satu tokong terkenal di Jpon memandangkan kedudukan dia begitu dekat dengan kampus universiti.. Terkejut juga tiada caj dikenakan untuk masuk ;) Lepak2 di situ sebelum member hantar pulang~ 



  

12 comments:

  1. bagusnya sami tu kyo.. huhu

    harapnya lepas ni balik malaysia jangan lupa bersihkan tanah perkuburan dekat sini jugak ye.. ^__^

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alhamdulillah, sikap toleransi mereka terhadap Islam memang layak untuk dipuji

      Delete
  3. Nice share!

    Ada dua je tanah kubur Islam kat sana eh...huhu

    ReplyDelete
  4. seronok baca...
    pengalam yg berharga kan kyo. semuanya tak disangka2. jalinan persahabatan tak mengenal agama, tapi...ada mungkin tak keluarga sami tu akan masuk islam?

    adik CiM studynkat china. bila dia balik M'sia, slalu dia tunjuk gambar2 dia jalan2 di china sambil bercerita. cerita2nya pown sama menarik spt pengalam kyo di jpon.

    apa2 pun, tabik kat kyo. tak leka dibuai keindahan, ingat Allah dimana sajaa berada. walaupun dlm rumah ibadah agama lain, solat ttp perlu dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam, sama2 doa supaya Allah beri hidayah kepada keluarga sami tu :) mohon doa sekali untuk kyo supaya Allah x tarik hidayah Islam eh~

      Delete
  5. alahai..nasib ada jg yg prihatin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai..
      itulah, kalau x seksa jenazah kot nak kena hantar balik ke negara asal lagi untuk ditanam~

      Delete
  6. Assalammualaykum kyo, I'm andinna from Indonesia. Nice to meet you :)
    I'm very glad to visit your blog. Do you study in Yamanashi?
    I'm planning to go to japan for the first time next march and I'd like to go to yamanshi especially to islamic graveyard in koshu. I want to visit my friend's grave yard. If your don't mind, please tell me how to get there from Tokyo. Thank you ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Thank you for reading this blog..
      I'm kyo from Malaysia, studied in Ritsumeikan University in Shiga, have worked in Japan but currently working in Jakarta since June last year ;)

      Based from what I wrote inside this entry, I went to the graveyard with my friend's car so technically I don't really know how to go to the place by yourself..

      Though I found a website which have some details about the graveyard that I think worth noting..
      http://www.islamicfinder.org/getitWorld.php?id=34379

      From Tokyo, you can ride train heading to Yamanashi and from there, change to Enzan Station.. From Enzan station, you need to ride a taxi to go there.. Or you can try call the number given inside the website, maybe they can pick you up at the train station ;)

      If you understand Japanese language, do try to visit this website as well because the map is really precise..
      http://www2.dokidoki.ne.jp/islam/benri/enzan.htm

      Hope you enjoy your trip to Japan and don't forget to bring lots of thick jackets because winter in Yamanashi is too cold for South East Asians like us ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC