Followers

Wednesday, 20 February 2013

送別会 (Farewell Party)

2 Feb - YAMANASHI

送別会 (Farewell Party)

Alhamdulillah aku diberi peluang untuk memanfaatkan minggu terakhir aku di 山梨 (Yamanashi) sebelum tamatnya STEP3 現場実習 (Site training) tanpa perlu menghadirkan diri ke 現場 kendatipun ada kerja ;p Terharu apabila dijemput sama untuk menghadiri 送別会 (Farewell party) bagi meraikan pelajar Malaysia tahun akhir yang menuntut di 梨大 (Yamanashi U) bertempat di New Maman Pumpkin, sebuah restoran India yang menyediakan masakan ala buffet halal.. Majlis bermula selepas Isya' pada jam 1900 jadi aku mengambil kesempatan untuk bergerak awal selepas Asar alang-alang nak pusing-pusing sekitar 甲府駅 (Kofu Station)~

甲府城 (Kofu Castle)

Pertama kali naik bas daripada 南アルプス (Minami Alps) walaupun terpaksa berjalan hampir 1km untuk tiba di pondok perhentian berhampiran.. Punyalah yakin dengan maklumat masa bas di internet sekali bila sampai ternyata apa yang tertampal di pondok tersebut berbeza sehingga membuatkan aku terpaksa menunggu bas hampir 30 minit~ Jauh juga untuk tiba di 甲府駅 malah dikenakan pula 670円 (RM 22) iaitu antara paling mahal pernah aku bayar sepanjang berada di Jpon ;p Ketika tiba di 甲府駅, aku hanya sempat bersiar-siar di 甲府城 (Kofu Castle) memandangkan jarak dia begitu dekat~ 

Karaoke paling mahal pernah aku bayar; hampir 3千円 (-_-")

Singgah sebentar di rumah pelajar Malaysia di situ untuk solat Maghrib dan Isya' sebelum bertolak ke destinasi~ Terbaiklah makanan buffet di restoran ini walaupun kedudukan dia agak jauh daripada 梨大 iaitu hampir 20 minit perjalanan! Kagum dengan 送別会 ini sebab mereka siap buat cabutan bertuah, sesi penyampaian hadiah, upacara memotong kek dan juga persembahan gitar! Selesai majlis, bertolak ke Round1 dengan niat asal nak main bowling tapi akhirnya sangkut di pusat karaoke sehingga Subuh! Pertama kali mengerjakan solat Subuh di dalam bilik karaoke siap berjemaah lagi! (笑)

      

6 comments:

  1. pengalaman tu hihi :) lagi2 kat negara org :D xdpt pergi jepun,baca dekat sini pun dh seronok dh..heee ;p

    ReplyDelete
  2. menang cabutan bertuah tak? ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course tak..
      huhu.. dapat jemputan tu pun dah kira bertuah da :)

      Delete
  3. wahhh lepas ni stay tmpt baru laaaa. semuanya mahal kat jpon yeppp.. tu berapa hengget 3(tulisanjipon). terkesima bila kalian bersubuh dlm pusat karoke....alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      kali ini g 山梨(Yamanashi) sebab ada kerja..
      kerja dah habis so kena balik HQ :p

      hiburan hiburan gak, solat xleh tinggal :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC