18 February - RITS
Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu 修士論文公聴会 (Master's Thesis Hearing) bagi pelajar tahun akhir 電子系 (Electronic system) di RITS.. Setiap 研究室 (Lab) telah diberikan senarai tarikh dan waktu; alhamdulillah sesi ak adalah pada jam 1600 tapi kurang seronok kerana giliran ak adalah yang terakhir dalam lab (-_-") Malam sebelum itu, semangat nak tidur awal pada jam 2330, tapi terbangun semula pada jam 0130 terus tidak boleh tidur (-_-") Sambung 発表準備 (Preparation) sambil tengok movie dan chat BCR (笑) Siapa sangka salji turun lebat pula malam itu o_0
Salji lebat pada malam itu |
Dapat melelapkan mata sekitar jam 0730 kemudian terbangun sekali lagi sekitar jam 1030.. Meskipun dah yakin boleh berikan 発表 (Presentation) yang terbaeek berbekalkan pengalaman pergi ke 学会 (Conference) dsb, ternyata perasaan 緊張感 (Cuak) itu tetap ada (笑) Bergerak ke universiti daripada rumah sekitar jam 1300 selepas menunaikan solat Zuhur di rumah, tak sangka salji masih turun pada waktu itu.. Keadaan jalan yang penuh dengan salji memberikan suasana yang agak pelik tapi menenangkan pada hari itu.. Sesi untuk 研究室 ak bermula pada jam 1345 dan bertempat di P107..
Sengal bila salah seorang member lab tidak pakai suit pada hari tersebut dengan alasan tidak tahu.. (-_-") Rupa-rupanya tiada peraturan suruh pakai suit tapi disebabkan majlis formal, sepatutnya mereka sudah tahu pakaian apa yang harus mereka pakai ;) Setiap pelajar diberikan masa 12 minit untuk 発表 dan 3 minit untuk Q&A.. Ada 3 lecturer yang menilai termasuk SV.. Agak sengal bila tiba giliran ak, 'ter' 発表 selama 14 minit 45 saat gara-gara slide powerpoint buat hal (-_-") Baru tahu kalau kita save dokumen powerpoint waktu rehearsal, slide akan bertukar mengikut waktu rehearsal kita o_0
万歳 (BANZAI)~ |
Oleh kerana ak 発表 dalam 英語 (English), hanya seorang lecturer yang menanyakan soalan meskipun mereka tahu ak boleh berbahasa 日本語 (Japanese).. SV juga ada bertanya sebelum itu samada boleh atau tidak dia bertanyakan soalan dalam 日本語, tapi ak tidak kasi (笑) Alhamdulillah, selesai sudah cabaran ak sebagai pelajar di Jpon ini.. Selepas ini bakal membuka buku baru pula setelah memasuki alam pekerjaan bermula April ini.. 9 pelajar M2 Komatsu Lab, tapi hanya 8 pelajar yang memberikan 発表 kerana seorang lagi 留年 (Repeat year) gara-gara ingin mendapatkan 学校推薦 (School's recommendation) untuk 就活 (Job hunting)..
Agak sedih kerana pelajar tersebut duduk di sebelah meja ak dan sepanjang berada di 研究室, dia memang banyak memberikan pertolongan dan tunjuk ajar~ Malangnya dia gagal mendapatkan 内定 (Informal decision) daripada 会社 (Company) sepanjang tahun lepas membuatkan dia nekad untuk memulakan cabaran baru untuk tahun ini pula.. Malam itu kami buat 打ち上げ (Party) di わらい iaitu sebuah restoran okonomiyaki.. Budak lain makan course 3000円 seorang tapi special untuk ak pihak kedai beri 単品 (Separate item)~ Borak-borak daripada jam 1900 sehingga jam 2200~ Selepas ini masing-masing bakal memulakan hidup baru~ InsyaAllah kami rancang untuk berkumpul semula di 研究室 sewaktu Golden Week nanti ;)
p/s Agak sedih kerana gagal "menarik" seorang pun rakan lab untuk melawat Malaysia sepanjang berada di situ~ Tapi mereka berjanji hendak datang selepas ak dah pulang ke Malaysia for good suatu hari nanti ;) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment