Followers

Wednesday, 8 February 2012

Manusia ada 2 otak??


Pernah terfikir kenapa anda rasa sakit perut tiba-tiba sewaktu di saat genting seperti waktu sedang menghadapi peperiksaan, interview, meeting dsb? Ini adalah kerana anda mempunyai otak nombor 2 di perut anda, merujuk kepada Michael Gersho, M.D. yang merupakan penulis buku "The Second Brain".. Lebih 100 billion sel neuron yang terdapat dalam isi perut anda bukan sahaja menghantar isyarat apabila stress malah boleh juga mengakibatkan penyakit! Otak di perut berfungsi dalam mengawal proses penghadaman.. Ia juga bekerja dengan sistem imunisasi badan untuk memelihara daripada bakteria dalaman.. Video dibawah menceritakan lebih terperinci tentang otak nombor 2 ini..


Contoh paling mudah mengenai fungsi otak nombor dua ini ialah apabila kita hendak membuang air besar.. Najis yang sudah terkumpul di "pintu keluar" akan dikesan oleh sel neuron tersebut lantas memberitahu kepada otak pertama yang bertindak sebagai "kerajaan" anda untuk segera maju ke tandas (笑) Sembelit berlaku apabila najis yang sepatutnya keluar tersimpan lama di dalam usus perut.. Ini berlaku akibat daripada gaya hidup yang tidak tetap.. Otak nombor dua gagal menghantar isyarat kepada otak pertama dan akhirnya "pelaburan" tidak menjadi (笑) Langkah paling mudah untuk mengubati penyakit sembelit adalah seperti gambar di bawah~ Selamat mencuba :)

1) Ambil nafas dari hidung dalam masa 5 saat
2) Hembus keluar dari mulut dalam masa 10 saat
* Buat berulang kali sebanyak 5 minit setiap pagi, tengahari, malam

“Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya . Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suapan saja asalkan sudah dapat menegakkan tulang rusuknya . Tetapi kalaupun tidak boleh ,tidak harus makan melebihi beberapa suapan , sepertiganya untuk tempat minuman dan sepertiganya lagi untuk kejernihan jiwanya. Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” 
Nabi Muhammad SAW

References:

p/s Thesis dalam peringkat akhir.. Mohon doa kalian~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC